Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Iqram Dinzly Raikan Malam Berinai Ala Pakistan Fouziah & Zhafran

Tinggal beberapa jam saja lagi aktres kacukan Pakistan-Cina-Melayu, Fouziah Gous bakal bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Md Zhafran. Malam tadi telah berlangsungnya acara malam berinai untuk bakal pasangan pengantin baru ini. Bertemakan ala tradisi Pakistan, acara penuh meriah itu diadakan di kediaman bakal pengantin perempuan. Selain dimeriahkan lagi dengan kehadiran saudara mara terdekat, turut kelihatan pelakon Iqram Dinzly yang juga merupaka kawan baik Fouziah, hadir sama - siapa kata mereka bergaduh? Fouziah Gous dan Md Zhafran akan melangsungkan pernikahan pada 21 September 2013 (malam ini) di Dewan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam, pada jam 8.00 malam. Disusuli majlis kenduri dan persandingan di sebelah perempuan pada 29 September yang dijadualkan berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya. Manakala majlis menyambut menantu akan diadakan pada 5 Oktober depan di kediaman keluarga pengantin lelaki di Bukit Jelutong, Shah Alam. Berikut merupakan beberapa keping gambar sekitar majlis malam berinai Fouziah Gous dan Md Zhafran.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails