Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Jual baju dalam Che Ta

MULA-MULA masa Miss J ternampak sahaja gambar merah menyala itu memang Miss J dah pelik. Ada juga orang tak berapa nak cerdik sanggup percaya bila kononnya itu adalah baju dalam pelakon Rozita Che Wan. Seingat Miss J gambar ini bukan gambar baru tetapi hanya minggu lalu sahaja baru kecoh cerita tentang pemilik akaun Facebook yang mahu menjual baju dalam yang kononnya pernah dipakai oleh Che Ta kita itu. Agak-agak la kalau nak menjual barang pun. Kalau sampai baju dalam pelakon popular pun mereka kata nak jual, nampak sangat penipunya. Miss J baca status Facebook Awek Comel tu - 'nak jual bra yang dipakai oleh pelakon Rozita Che Wan. Bau harum semerbak. Dikutip selepas penggambaran drama oleh pihak belakang tabir'. Tak mungkin la Che Ta itu nak tanggal baju dalam dan tinggal merata-rata. Kalau betul sekalipun itu baju dalam Che Ta dah sah-sah kru yang jumpa itu ambil bawa balik rumah. Memang cerita karut. Miss J pun tak faham kenapa Che Ta selalu sangat jadi mangsa cerita-cerita keji macam ini. Dulu cerita gambar bogel tersebar, orang pun percaya bulat-bulat. Sekarang dah cerita baju dalam pula jadi perhatian. Kasihan Che Ta, lagi kasihan pada Zain Saidin terpaksa telan cerita-cerita macam ini.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails