Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Kasihan Nabila

KALAU ikutkan cerita tentang pelakon yang seorang ini memang tak pernah habis-habis sejak dahulu. Ada sahaja kisah panas yang melatari perjalanan seni ibu kepada seorang anak ini sampai sekarang. Terbaru ramai yang bersimpati dengan nasib Nabila Huda yang terlibat dalam kemalangan minggu lalu. Walaupun anaknya Keisha mengalami kecederaan, mujur tak ada sesuatu yang buruk berlaku. Pun begitu bila berlaku sahaja kemalangan, macam-macam cerita yang keluar sampaikan mengejutkan ramai pihak. Kalau ikutkan bekas suami Nabila sendiri memang ada meluahkan rasa kurang senang dengan kejadian tersebut melalui Twitter. Macam-macam yang dihambur Zaidy Zailani mengenai kemalangan tersebut yang boleh dibaca. Tak boleh nak salahkan bekas suaminya juga sebab sebagai bapa sudah tentu dia risau dengan keadaan anaknya. Tapi sebagai ibu tak mungkin juga Nabila mahukan anaknya menerima nasib sebegitu. Tak cukup dengan itu bapanya pula meluahkan rasa sedih dengan apa yang telah berlaku. Bila dah jadi macam ini, barulah keluar cerita yang Nabila tak pulang berhari raya pada Syawal yang lalu. Amy yang melahirkan rasa kurang terkilan kerana Nabila tidak pulang beraya dan langsung tidak mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) memohon maaf sempena kehadiran 1 Syawal sebaliknya memilih untuk beraya di rumah rakan di Singapura. Walaupun Nabila sudah membalas kenyataan tersebut nampaknya hubungan mereka kelihatan masih dingin apabila Amy Search menitipkan pesanan baru-baru ini. “Ada yang menanti kepulangan atau panggilan seorang yang dikasihi dari pagi Syawal hingga berakhirnya Syawal. Walaupun sepi namun doa tetap dihimpun hingga mati dan kemaafan tetap diberi. Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah bergalang nyawa. Kasihanilah ayah ibu seperti mana mereka sangat menyayangi kamu." Semoga ada jalan damai buat dua beranak ini sedikit masa lagi. Buang yang keruh ambil yang jernih.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails