Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Kekasih Hadiahkan Haliza Misbun Kondominium Bernilai RM2 Juta

Dalam diam rupanya pelakon yang kini bergelar penulis buku, Haliza Misbun sudah mempunyai kekasih hati dan khabarnya lelaki yang bertuah ini bukan calang calang dan bergelar jutawan. Laporan Berita Harian hujung minggu lalu menyebut yang Haliza Misbun telah menerima hadiah berupa sebuah kondominium bernilai RM2 juta sempena dengan ulangtahun kelahiran beliau yang ke 40 pada 14 Mei 2013 yang lalu. Haliza Misbun tidak menafikan perkara itu malahan berkata yang beliau kini sedang dilamun cinta dan sangat mencintai lelaki yang bergelar ahli perniagaan ini. “I really honestly love this man so much. Dia memberikan cinta yang tulus dan suci yang tak ternilai harganya jika dibandingkan dengan harta benda dan wang” “Dia orang yang paling rapat dengan Liza sejak dua tahun kebelakangan ini. Orangnya lebih dewasa dari Liza. Dia orang Melayu dan ahli perniagaan. Liza serahkan soal jodoh kepada Allah, jika Allah temukan jodoh Liza ingin berkahwin,” ujarnya. Pelakon ini turut berkata sifat matang dan kebijaksaan lelaki itu sangat istimewa di mata beliau dan membuatkan dirinya tertarik. sumber : Berita Harian

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails