Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Mahu Lebih Serius, Akim Mula Kongsi Perihal Agama Islam Dengan Stacy

Baru-baru ini tersebar hangat di ruang internet mengatakan penyanyi Stacy telah memeluk agama Islam. Namun sehingga kini tiada pengesahan daripada tuan punya badan. Sementelah bertemu Akim Ahmad sewaktu di majlis pelancaran klip video Soo Wincci berjudul Musim Asmara, semalam, MD bertanyakan akan desas-desus berita tersebut, memandangkan jejaka berusia 22 tahun ini seperti ramai sedia maklum sangat intim dengan Stacy, 23 - walaupun mereka menafikan bercinta. "Saya ada juga terdengar tentang tu. Sebenarnya, saya terkejut juga bila dia pakaikan Bella (anak angkat Stacy) tudung. Kalau dia ada keinginan begitu (peluk Islam) bagus lah. "Stacy sebenarnya ada juga bertanya-tanya pada saya tentang hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam. Mana yang saya tahu, saya kongsikan dengannya. Bab-bab agama ni sensitif, masing-masing ada kepercayaan. Jadi saya pun tak boleh nak cakap lebih-lebih. Saya kongsi apa yang saya tahu", katanya. Dalam pada itu ditanya mengenai perkembangan hubungan mereka, Akim memberitahu dia memang mengharapkan hubungan rapat yang telah terjalin sejak lima tahun itu akan melangkah ke tahap yang lebih serius. Tambahan kedua-dua keluarga sangat menyenangi hubungan mereka. "Kami kawan rapat. Mungkin kalau ada rezeki hubungan kami ni boleh pergi ke tahap yang lebih serius. "Tapi buat masa ini saya tak fikir untuk nak tamatkan zaman bujang lagi. Perjalanan saya dalam industri ni masih panjang. Saya sedar saya masih teraba-raba lagi dalam industri ni, jadi soal kerjaya yang saya perlu utamakan dulu", katanya sambil tersenyum. Lelaki Idaman Soo Wincci
Sementara itu berkongsi tentang penglibatannya dalam klip video penyanyi antarabangsa Soo Wincci, kata Akim, ia merupakan satu pengalaman baru yang menyeronokkan. Malahan saat 'lamar' sendiri oleh Soo Wincci yang mahukan diri menjadi heronya, Akim tidak berfikir panjang sebaliknya terus bersetuju. Difahamkan Akim menjadi pilihan bekas Ratu Cantik Dunia 2008/2009 itu kerana dia memiliki ciri-ciri kekasih idaman penyanyi itu. "Saya tak pernah rasa vibe seorang model dalam klip video. Sebab tu bila Wincci lamar saya, saya terus bersetuju. "Seronok dan terharu dapat bekerjasama dengan beliau untuk klip video ni, saya juga dapat belajar dari segi cara kerja produksi. Selain tu, kualiti penghasilan klip video ni memang bertaraf antarabangsa sebab kamera yang digunakan untuk rakaman klip video ni adalah kamera yang digunakan untuk penggambaran filem. Walaupun klip video ini hanya lima minit tapi siapa tahu video ni mungkin akan dapat bertahan bertahun lamanya. Dengan pelaburan yang besar dan kualiti video ni, saya rasa Winnci adalah penanda aras di mana kita penyanyi Malaysia juga mampu hasilkan klip video setanding penyanyi antarabangsa", ujarnya yang juga bercadang mahu menampilkan pula Wincci di dalam klip videonya, pada masa akan datang. - mD

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails