Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Nora Danish Dedah Ada SMS Adi Putra

Dalam ramai-ramai artis wanita, Nora Danish boleh dikatakan sering bekerjasama dengan pelakon Adi Putra, baik dalam filem mahupun drama. Sebagai antara orang yang kerap 'mendampingi' aktor kacak itu di layar juga di skrin, sudah pasti Nora sikit sebanyak mengenali lebih dekat dengan Adi. Ekoran isu kontroversi yang membabitkan Adi, kata Nora, sukar untuk dia mempercayai segala dakwaan yang dilemparkan terhadap pelakon kesayangan ramai itu. Menolak untuk mengulas lanjut mengenai hal tersebut, Nora bagaimanapun secara ringkas berkata, dia juga menantikan keputusan siasatan yang kini masih dijalankan oleh pihak polis. "Ya, saya banyak bekerjasama dengan abang Adi. Saya pun dah anggap beliau macam abang saya. Biarlah pihak polis meneruskan siasatan mereka. Bagi saya, saya tidak percaya. Saya pun pernah melalui situasi di mana orang fitnah saya. Jadi sikit sebanyak saya dapat merasakan bagaimana perasaan abang Adi dan isterinya sekarang. "Saya ada menghantar SMS kepada abang Adi dan kak Aida (isteri Adi) dan beri mereka semangat agar tabah dan kuat menghadapi semua ini", katanya kepada Malaysian Digest.com ketika ditemui pada majlis malam pratoton filem terbaru lakonannya Lagenda Budak Hostel bertempat e@curve, malam tadi. Nora berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai isu skandal yang mengaitkan diri Adi Putra dengan seorang wanita bergelar isteri orang. Nora dan Adi pernah bergandingan menerusi drama hits seperti Demi Dhia, Ijab & Qabul juga filem, Aku Terima Nikahnya dan bakal yang berada di pawangam berjudul, Suami Aku Ustaz. Masih Relevan

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails