Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Ramli MS Beri Amaran!

Terkenal dengan sikapnya yang tegas khususnya ketika melontarkan kritikan, pemuzik dan konduktor muzik terkenal tanah air, Datuk Ramli MS, bagaimanapun masih tidak terlepas daripada gosip dan kontroversi mengenai kehidupan peribadinya. Masih bengang dengan tindakan sebuah portal yang membuat laporan palsu tentang perkahwinan rahsianya dengan penyanyi Alyah, duda anak dua itu memberi amaran kepada blogger dan juga media agar tidak mengulangi perkara itu. "Saya harap benda-benda begini tidak berulang lagi. Saya juga tak mahu mengulas tentang apa-apa yang tak penting. Sekarang saya mahu fokus pada karier dan juga rumah yang lama tak siap,” katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian online. Enggan berkongsi lebih lanjut perihal hubungannya dengan penyanyi Kau Yang Terindah itu, Ramli berkata, biarlah perkara itu terus menjadi rahsia dirinya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails