Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Remy Takkan Sorok Hal Kahwin, Akan Kongsi Bila Tiba Masanya

Selepas mengakhiri hubungan cinta bersama aktres putih gebu Tiz Zaqyah, belum ada lagi berita mengenai Remy Ishak sudah bertemu pengganti. Tapi ada juga beberapa kali timbul gosip manja-manja yang mengkhabarkan, pelakon berkulit hitam manis ini kembali bercinta dengan sahabat baiknya, si jelita Maya Karin. Memberitahu dirinya masih belum mempunyai teman istimewa, Remy bagaimanapun berkata satu hari nanti apabila dipertemukan jodohnya, dia pasti akan berkongsi dengan semua peminat. "Eh, perkara baik (kahwin) mestilah saya akan kongsi dengan semua nanti...", katanya kepada Malaysian Digest.com ketika ditemui pada majlis pelancaran Cabaran Dashing 2, di Vertigo The Garden, semalam. Remy yang sudah tiga tahun dilantik sebagai duta Dashing For Men itu berkata demikian tatkala menjawab pertanyaan dari pihak media, adakah dia akan memyembunyikan hal perkahwinannya dari pengetahuan umum, seperti mana yang dilakukan sesetengah rakan artis.
Dalam pada itu Remy mengakui dia agak cerewet dalam soal memilih pasangan hidup. Katanya, "Nak pakai (nak hidup bersama) lama... Nak pakai sampi ke dunia sebelah sana (akhirat). Itu yang susah tu. Kalau setakat nak pakai sampai kat dunia ni jer, berlambak. "Setakat ni belum ada yang istimewa lagi. Sekadar berkawan biasa tu ada lah...", tuturnya lagi sambil berkias dengan nada berseloroh. Dalam perkembangan lain, Remy baru saja selesai menjalani penggambaran sitkom terbitan RTM berjudul Oh! Bama. Bercerita pengalaman menjayakan sitkom 26 episod itu, Remy berkata pengalaman pertama kali bekerja dalam studio begitu menyeronokkan. Dalam sitkom tersebut dia memengang watak komedi sebagai seorang Cikgu Baharom. "Seronok juga kerja dalam studio dan kali ini saya dapat bermain dengan sedikit komedi. Memang kalau ikutkan saya lebih cenderug melakonkan watak-watak berat. Tapi sesekali tu bila ada tawaran watak komedi, saya terima. Walaupun sebelum ni saya pernah melakonkan watak komedi seperti dalam filem Hantu Kapcai tapi sebenarnya saya masih berasa kekok", katanya yang juga bakal sibuk di set penggambaran drama bersiri terbitan TV3 berjudul Jiwa, pada Oktober ini. - mD

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails