Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Rozita Che Wan Rancang Borong Barang Hantaran di London

Selagi tidak diumumkan bilakah tarikh sebenar majlis pernikahannya bersama pelakon Zain Saidin, selagi itulah aktres jelita Rozita Che Wan diburu sekaligus didesak supaya berterus terang saja mengenai tarikh hari bahagianya yang bakal menjelma itu. Sungguhpun tuan punya badan mengakui sudah penat mahu menjawab pertanyaan media, pelakon yang mesra dengan panggilan Che Ta ni, tetap tidak dapat mengelak dari terus diajukan soalan sama. "Belum ada tarikh yang betul-betul lagi. Lepas raya, saya sibuk jalani penggambaran. Hujung minggu pula saya sibuk dengan program Primadona. Zain pun sibuk jalani penggambaran. Kami belum sempat duduk dan buat apa-apa keputusan. "Tapi setakat ni kami dah ada senarai seperti siapa pereka baju kami, siapa jurusolek dan sebagainya, cuma belum pilih yang mana. Tapi InsyaAllah, majlis kami dalam bulan Disember nanti", katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Laugh Out Loud (LOL) Entertaiment, bertempat di RD Bijai 8, petang semalam. Begitu pun, ibu kepada dua cahaya mata ini tidak lokek berkongsi mengenai persiapan majlis perkahwinan. Kata Che Tah, dia bercadang mahu ke London bagi membeli barang-barang hantaran untuk bakal suaminya. "Saya cadang nak beli barang hantaran di London. Sebab kat sana murah. Mungkin saya akan pergi dalam lima hari. Saya pergi mungkin penghujung Oktober ni. Zain tak ikut sebab dia terlibat dengan Fear Factor Selebriti Malaysia (musim kedua)", katanya sambil turut memberitahu berkemungkinan akan terbang ke kota metropolitan itu ditemani adiknya, pelakon Ayu Raudhah. Dalam pada itu, Che Ta memberitahu dia akan mula memperlahankan aktiviti seninya mulai minggu hadapan bagi meluangkan masa dan memberi sokongan kepada anak keduanya yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). "Anak saya nak PMR, jadi saya akan slow down sikit ngan job shooting. Sebenarny saya tunggu sampai anak saya habis menduduki peperiksaan, biarlah semuanya selesai dulu. Selepas tu baru saya mula buat persiapan macam beli hantaran dan persiapan lain untuk majlis kahwin kami", katanya yang baru saja selesai menjalani telefilem berjudul 'Kalung Kak Dara'. Ada 5 Tarikh, Tunggu Panggilan Pihak Dewan
Sementara itu, menurut Afiq iaitu pengurus peribadi Che Ta, sidang media mengenai perkahwinan artisnya itu masih belum dapat dilaksanakan kerana belum ada tarikh muktamad. "Bukan tak mahu umumkan cepat-cepat, tapi sebenarnya ada lima tarikh dalam senarai. Tarikh yang dipilih tu ikut kekosongan dewan. Masalahnya sekarang ni, kami sedang tunggu panggilan dari pihak dewan. Sebaik saja mana-mana dewan yang kami tempah mengesahkan ada kekosongan, sidang media akan terus dibuat bagi mengumumkan tarikh majlis mereka (Che Ta dan Zain). "Tapi yang pasti, majlis perkahwinan mereka akan berlangsung pada Disember nanti. Tiada apa-apa yang istimewa pun mengapa mereka memilih bulan Disember. Cuma bulan tu penghujung tahun, jadi senang kepada semua para jemputan untuk hadir", jelasnya. - mD

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails