Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Wan Nor Azlin tak kisah dilabel anak derhaka

PERMASALAHAN yang melanda pelakon Wan Nor Azlin seperti tiada kesudahannya. Setelah kes dengan bekas suaminya berakhir, kini dia berhadapan pula konflik dengan bapanya kandungnya sendiri, Wan Mohd. Husain. Semuanya berpunca daripada pemilikan sebuah rumah di Taman Keramat, Kuala Lumpur apabila bapanya menfailkan saman pada 5 Februari lalu kerana dia enggan keluar daripada rumah berkenaan yang diduduki tidak sampai setahun. Pelakon itu meluahkan dia tidak kisah dengan segala tanggapan serong masyarakat terhadapnya, meskipun ada yang mahu melabelkannya sebagai anak derhaka. Ujarnya, segala konflik yang timbul itu merupakan masalah dalaman keluarga. Disebabkan itu dia lebih banyak mendiamkan diri dan enggan memburukkan lagi keadaan. Ikuti luahan Wan Nor Azlin seterusnya ketika ditemui semasa majlis pelancaran drama bersiri Mencintamu baru-baru ini. Kosmo!: Apabila kisah pergeseran dengan bapa menjadi bualan ramai, adakah ia memberi impak kepada kehidupan anda? WAN NOR AZLIN: Berkenaan dengan isu ini, impak yang paling ketara sudah tentu melibatkan maruah keluarga. Orang luar boleh bercakap apa sahaja yang disukai, tetapi mereka tidak tahu situasi sebenar yang berlaku. Apapun label yang diberikan kepada saya sekarang, ia langsung tidak menjadi kudis dalam kehidupan saya. Semuanya ini saya anggap sebagai ujian yang agak berat daripada Allah. Apakah perkara yang membuatkan anda berasa kecewa? Secara jujur saya kecewa apabila mengenangkan nasib ketiga-tiga anak saya berbanding diri sendiri. Bayangkanlah, kami tinggal di rumah tanpa bekalan air dan elektrik selama lapan bulan. Lagipun salah seorang anak saya sebelum ini bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Sudah tentu sukar untuk dia membuat ulang kaji pelajaran dalam keadaan selesa. Bagaimanakah pula dengan impak terhadap kerjaya lakonan? Setakat ini tawaran berlakon masih lagi banyak, namun kerisauan itu tetap ada. Tidak dinafikan saya bimbang kalau ada penerbit atau pengarah yang enggan mengambil saya berlakon lagi. Sebelum ini saya pernah melalui zaman kejatuhan kerana kontroversi yang melanda, sehinggakan mengambil masa yang lama untuk bangkit semula. Lakonan juga merupakan periuk nasi dan punca rezeki untuk menyara anak-anak. Mengapakah anda berat membuka mulut apabila diminta memberi komen terhadap permasalahan yang timbul? Pertama sekali saya telah dinasihatkan oleh peguam supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Selain itu, saya tidak mahu isu dengan bapa kandung diperbesar-besarkan sehingga menjadi bualan ramai. Tambahan pula masyarakat akan tetap beranggapan seorang bapa betul manakala anak pula bersalah. Cuma, saya berharap supaya orang ramai tidak terus menjatuhkan hukum sebelum mengetahui keadaan dan situasi sebenar. Selain mahkamah, tiadakah jalan lain yang boleh digunakan untuk menyelesaikannya? Itu sahaja jalan yang ada kerana memang tiada pilihan lain yang boleh dilakukan. Lagipun saya hanya inginkan kos perbelanjaan menambah baik rumah tersebut berjumlah RM64,000 dapat dikembalikan semula. Wang itu sangat penting kerana saya boleh menggunakannya membeli rumah lain atau menyewa untuk tempat saya dan anak-anak berteduh. Sebagai seorang ibu tunggal, saya mempunyai tanggungjawab yang besar kepada anak-anak. Adakah anda tidak mahu berbaik-baik semula dengan bapa? Apa pun yang terjadi dia tetap bapa kandung saya sampai bila-bila. Namun begitu, perkara yang paling mengecewakan saya apabila dia terus berubah setelah berkahwin lain. Ketika masih hidup bersama arwah ibu saya dahulu, sikapnya amat berlainan berbanding sekarang. Itulah yang membuatkan saya masih lagi terus tertanya-tanya dengan perubahan sikapnya itu.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails