Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

ZAIN SAIDIN TETAP KAHWIN ROZITA

"Saya merancang untuk menunaikan umrah ke Mekah bersama Rozita selepas kami bergelar suami-isteri nanti," demikian kata Zain Saidin, 29, atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin. Beliau berkata demikian bagi menepis cubaan pihak tertentu yang mahu memburuk-burukkan kekasihnya Rozita Che Wan bagi menggagalkan perkahwinan mereka pada disember nanti. Antara percubaan tersebut ialah dengan cara membuka aib dan menyebar kisah-kisah buruk Rozita pada masa lampau.
“Ada seseorang datang kepada saya dengan bercerita macam-macam kisah buruk Cik Ta agar saya menarik balik keputusan saya untuk berumah tangga dengannya termasuklah bercerita kisah dia yang lepas-lepas. “Oleh itu, saya tanya Cik Ta sendiri kisah-kisah yang saya dengar itu dan selepas penjelasan dibuat, saya tidak ragu-ragu untuk mengambilnya sebagai isteri,” ujar Zain kepada media. "Buat masa ini, persiapan perkahwinan saya serahkan kepada Rozita untuk menguruskannya selepas melantik seorang perunding perkahwinan bagi hal berkenaan. “Saya berdoa agar jodoh saya dipermudahkan kerana hati saya benar-benar terbuka untuk berkahwin. Selepas balik dari Palestin itu, saya bersyukur kerana rezeki saya tidak putus-putus mungkin kerana niat baik saya itu,” tambahnya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails