Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

JANJI NORA DANISH UNTUK PUTERA RAYQAL

"Can't wait to bring this boy on holiday for 10 beautiful days early next month, counting days. Now my turn to squeeze u son. Enjoy ur time now with daddy, aunties, atok n Tah ok," demikian pesanan Nora Danish dari London baru-baru ini untuk anaknya Putra Rayqal. Nampaknya, bulan November nanti (mungkin ketika cuti sekolah), jadual percutian Nora dan Rayqal bakal padat dengan pelbagai kejutan dan kegembiraan. Mungkinkah Nora bercuti berdua sahaja dengan Rayqal? Atau Nora akan membawa bersama buah hatinya? Surprise..!!

KILAFAIRY MELARAM DI AUSTRALIA

Gambar menarik artis bibir sexy, Kilafairy di Melbourne, Australia. Namun pelakon itu ke sana bukan seorang diri, tetapi khabarnya dia bercuti bersama ahli keluarga. Rasanya, tentu ramai jejaka Mat Salleh yang tertarik bila melihat bibir Kilafairy yang hangat menawan seolah pelakon Hollywood, Angelina Jolie. Iyalah... bukan ramai artis Malaysia yang punya kelebihan macam tu ya tak? Ahak!

Abby Tidak Hormat Suami?

TIDAK hanya mencetuskan kontroversi berkaitan isu politik, timbul pula cerita tidak enak mengenai sikap bekas anggota Elite, Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 36, yang dikatakan tidak menghormati suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24. Berita yang tersebar di kebanyakan blog itu bukan saja melaporkan aktres itu melayani suaminya dengan kasar, bahkan turut menengking Farhan di hadapan orang ramai. Situasi itu dikatakan berlaku setelah kereta yang dinaiki mereka rosak selepas pulang dari majlis anjuran PAS, di Sungai Limau, Kedah, baru-baru ini. Bagaimanapun, Abby yang telah bernikah dengan Farhan pada 9 Julai lalu itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan menganggap ada pihak yang sengaja cuba untuk menjatuhkan kredibilitinya. “Semua itu fitnah untuk memburukkan saya! Saya tidak meninggi suara atau menengking suami seperti yang didakwa oleh mereka. "Ini semua mainan politik kotor orang yang tidak menyenangi saya,” tegasnya. Mengulas mengenai persepsi segelintir pihak yang menganggap dia cuba mengawal suaminya atas jurang usia yang ketara, Abby berkata, dia tahu kedudukannya sebagai isteri dan tetap meletakkan suami sebagai ketua keluarga. “Cukuplah fitnah-fitnah itu. Hubungan saya dan suami baik-baik saja," ujarnya. Tetap Dengan Pendirian Dalam pada itu, Abby turut mengulas kenyataan Presiden Seniman, Zed Zaidi, 33, yang menempelak tindakannya dalam mengaitkan kehidupan artis dan maksiat ketika sesi ceramahnya sebelum ini. Menurut Abby, dia hanya berkongsi pengalamannya ketika bergelar artis dan tindakan Zed membidasnya itu turut dibayangi jawapan politik. "Saya lihat kenyataannya tidak realistik. Mengapa dia mahu fitnah saya? Ini perjuangan saya untuk memperbetulkan apa yang berlaku dalam industri hiburan tanah air, yang mana kini terlalu banyak maksiat yang berlaku. “Namun, siapalah saya kerana saya tidak mempunyai kuasa untuk membentuk dan mendidik acuan dalam industri hiburan. Cuma apa yang dapat saya lakukan adalah berdakwah dan menyebarkan apa yang dibolehkan oleh agama,” katanya. Mengulas mengenai sikapnya yang tidak disenangi segelintir pihak, ibu kepada tiga cahaya mata ini nyata melahirkan rasa kecewa. Bagaimanapun dia tidak mahu mendendami sesiapa yang tidak menyukainya. “Saya tidak berdendam dengan sesiapa. Dan saya maafkan ketelanjuran mereka. Bagi saya setiap manusia perlu melalui proses kematangan. “Saya memberikan peluang kepada sesiapa untuk memperbaiki niat mereka,” akhirinya.

Rossa Impikan Lelaki Lebih Tinggi

SEJAK bercerai dengan pemain dram kumpulan Padi iaitu Yoyo pada 14 Julai 2009, penyanyi Datuk Rossa masih belum memiliki pengganti bekas suaminya itu. Menurut laporan portal Kapanlagi, Rossa atau nama sebenarnya Sri Rosa Roslaina Handiyani berkata, walaupun dia ada menjalinkan hubungan dengan beberapa lelaki namun dia masih belum menemui pasangan yang bersesuaian. "Saya belum ada calon suami. Doakan saja ya. Hanya 'Yang Di Atas' saja tahu jodoh yang paling tepat buat kita. Yang penting orangnya baik. Indonesia atau Malaysia, mana-mana pun sama sahaja," katanya. Tambah Rossa, dia berharap lelaki yang akan menjadi suaminya kelak mempunyai postur badan yang lebih tinggi daripadanya. "Yang penting lelaki itu janganlah pendek lagi daripada saya tetapi perlu seagama dan mesra dengan keluarga masing-masing. Kriteria ini sama sahaja dengan keinginan wanita-wanita lain" selorohnya. Bagaimanapun penyanyi yang popular dengan lagu Hey Ladies itu belum meletakkan tempoh masa tertentu untuk berkahwin semula.

Zizan kini usahawan burger

SUDAH lama dia mengimpikan untuk memiliki perniagaan sendiri, namun ekoran daripada keterbatasan waktu menyebabkan dia menangguhkan impian tersebut. Pada pertengahan tahun ini, impian penerima anugerah Artis Komedi Lelaki Popular, Razizan Razak atau lebih dikenali sebagai Zizan Razak itu akhirnya terlaksana. Bersama rakan kongsinya, Rostam Affendy Abd. Rahim, mereka mengusahakan perniagaan restoran Burgerbyte Grill&Soul. “Memandangkan saya sudah lama berhasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, tetapi tidak ada masa kerana sibuk dengan tugas, kini semuanya telah menjadi nyata dengan tertubuhnya bisnes burger ini,” jelas Zizan ketika ditemui pada majlis pelancaran Burgerbyte di Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor minggu lalu. Bercerita tentang idea untuk membuka bisnes tersebut, Zizan memberitahu, Rostam mempunyai pengalaman mengusahakan restoran iaitu Tam’s Place yang memudahkan mereka bekerjasama menggerakkan bisnes tersebut. Walaubagaimanapun, kedua-duanya sepakat untuk tampil dengan konsep restoran yang berbeza daripada kebiasaan konsep masakan panas yang diusahakan kebanyakan premis. Sewaktu sibuk mencari idea, mereka tertarik dengan cerita tentang kehebatan Burgerbyte yang berpangkalan di Sentul, Kuala Lumpur.
Mengagumi hidangan Burgerbyte yang ringkas dan lazat termasuk konsep restorannya yang santai dan selesa, Zizan dan Rostam terpanggil untuk turut serta dengan membuka cawangan Burgerbyte atau menjadi francaisi kepada jenama produk Burgerbyte Sdn. Bhd. “Saya memang seorang penggemar burger. Burger sudah sinonim dengan saya. Kerana itu saya memilih bisnes ini dan pada saya ia senang, mudah serta cepat. Apa yang penting, burger itu sedap”, jelas Zizan. Beroperasi dari pukul 12 tengah hari hingga 1 pagi, restoran tersebut turut menawarkan 64 jenis menu daripada masakan Barat dan Asia. Sementara itu, sebelum majlis pelancaran berlangsung, satu majlis tahlil bersama anak yatim telah diadakan bagi mendapat keberkatan. Turut diadakan pertandingan makan burger bagi mengisi ruang sepanjang majlis berlangsung. Dalam acara itu, seorang peminat telah berjaya mengalahkan sembilan peserta lain dan membolehkan dia membawa pulang hadiah telefon pintar Samsung Galaxy S3.

Fida tak kahwin Shah tahun lalu

SATU demi satu kontroversi menghimpit penyanyi dan juga pelakon Rafidah Ibrahim atau Fida. Bermula dengan isu gambar tidak memakai tudung, isu percintaan, isu memakai bajut ketat dan juga lari dari set penggambaran telefilem Kampungku dan Aidiladha yang berlangsung di Kedah sekitar bulan September lalu. Terkini, Fida sekali lagi terpalit kontroversi apabila didakwa mengikut jejak langkah pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal berkahwin secara senyap. Fida didakwa telah melangsungkan perkahwinan dengan pengurusnya yang dikenali sebagai Shah di Selatan Thailand tahun lalu. Namun dia cuba menyorokkan hakikat tersebut dengan mencipta isu percintaan dengan pelakon komedi Zalif Sidek. Atas sebab itu juga, setiap kali muncul dalam majlis-majlis hiburan, Fida didapati mengenakan inai di kukunya. Alasan Fida mengenakan inai sejak setahun yang lalu ialah untuk menaikkan seri pada kukunya. Tidak cukup dengan itu, Fida juga didakwa ‘gila publisiti’ kerana sering kali dilihat cuba menyertai program-program realiti seperti Akademi Fantasia 2013 dan terbaharu program Maharaja Lawak Mega 2013. Adakah benar semua dakwaan yang menghimpit pelakon filem Adik Manja The Return itu dan apakah motif di sebalik penyertaannya dalam semua program realiti popular? Fida melanjutkan perbualannya bersama Kosmo! ketika ditemui pada majlis sidang akhbar memperkenalkan barisan pelawak yang menyertai program realiti Maharaja Lawak Mega 2013 di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Kosmo!: Adakah benar anda telah berkahwin secara senyap di Selatan Thailand dengan pengurus sendiri? FIDA: Kahwin? Kalau betul saya telah berkahwin sila kemukakan bukti. Cerita saya kahwin secara senyap sebenarnya sudah timbul sejak dulu lagi. Sebelum ini, saya didakwa berkahwin secara senyap dengan seorang VIP. Sekarang, saya didakwa pula berkahwin secara senyap dengan pengurus sendiri. Sebenarnya, ada orang yang cuba mereka cerita mengenai perkahwinan saya. Bagaimana pula dengan dakwaan inai yang sering menghiasi jari? Saya memang suka pakai inai sejak dulu lagi. Sebabnya, kita (orang Islam) tidak boleh pakai pewarna kuku, jadi saya pakai inai untuk cantikkan kuku. Kenapa anda sering sahaja dihimpit kontroversi? Di Malaysia, orang lebih suka mengetahui tentang kontroversi berbanding perkara lain. Ia juga sudah jadi perencah tambahan dalam kerjaya seorang pelakon atau penyanyi.
Bagi anda, yang mana satukah kontroversi paling berat yang pernah dihadapi? Paling teruk adalah isu saya lari dari set penggambaran di Kedah. Saya hadapi pelbagai fitnah sehingga terpaksa membuat dua laporan polis di Taman Melawati, Kuala Lumpur. Jika dia masih tidak berhenti memberi kenyataan, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan. Apakah kesan daripada kontroversi yang sering melanda anda? Sebenarnya saya terasa sangat apabila ramai rakan media yang cuba menjarakkan diri daripada saya sejak kes di Kedah itu. Saya juga risau dengan kata-kata orang terhadap ibu dan keluarga saya. Saya masih boleh menerimanya, tetapi bagaimana dengan keluarga saya? Boleh beritahu kenapa anda sering menyertai program-program realiti seperti Akademi Fantasia 2013 dan Maharaja Lawak Mega 2013? Adakah anda gila publisiti? Saya tidak gilakan publisiti. Cuma, saya suka cuba sesuatu benda yang baharu. Walaupun lawak bukan bidang saya, saya mahu mencabar diri. Saya difahamkan, anda ada berjumpa dengan Mamat Sepah dan menyatakan hasrat untuk menyertai kumpulannya dalam Maharaja Lawak Mega, tetapi permintaan anda itu telah ditolak Mamat? Benarkah? Jep Sepahtu sendiri yang beritahu saya, Mamat ada menyertai Maharaja Lawak Mega. Dia kata sesuai sangat kalau saya dan Mamat sama-sama bergandingan dalam program itu kerana kami sebelum ini pernah bersama, tetapi Mamat tolak kerana dia sudah mempunyai ahli sendiri. Bila difikir-fikir balik, elok juga sebab orang tidak akan fikir kembali kontroversi kami dahulu. Selepas itu, saya dipanggil oleh Datuk Ali Mamak dan Aziz Kota untuk menyertai kumpulan mereka. Adakah anda yakin pandai melawak? Sebelum ini, saya pernah berlakon dalam sebuah sitkom Warna Raya 2013. Dalam sitkom tersebut saya pegang watak isteri, jururawat dan juga orang Indonesia. Datuk Ali Mamak ada menonton sitkom tersebut dan tertarik lalu menjemput saya menyertai kumpulannya. Saya pun tidak tahu boleh buat lawak atau tidak, tetapi apabila orang sudah beri kepercayaan dan juga melalui pengalaman saya bergaul dengan pelawak-pelawak, ia boleh beri saya inspirasi untuk melawak. Boleh kongsikan mengenai perkembangan aktiviti seni anda buat masa ini? Selain menyertai Maharaja Lawak Mega 2013, saya juga akan mengeluarkan single terbaharu berjudul Rintihan Kalbu daripada komposer Manusia Putih.

Selidik dulu - Ramli M.S

ISU memplagiat lagu bukanlah perkara baharu dalam industri muzik tempatan mahupun antarabangsa. Namun, baru-baru ini isu tersebut berbangkit semula apabila lagu Botingkek-tingkek nyanyian W.A.R.I.S feat Juzzthin yang pernah didakwa sebagai plagiat tercalon dalam kategori Lagu Hip Hop Terbaik Anugerah Industri Muzik ke 20 (AIM 20). Mengungkit kisah tentang lagu tersebut, ia didakwa meniru muzik dan lagu berjudul Racks On Racks nyanyian YC bersama Nelly, B.o.B., Trae The Truth, Yo Gotti, Cyhi Da Prynce, Dose & Ace Hood yang dihasilkan pada tahun 2011. Malah, judulnya juga hampir menyamai lagu tersebut yang kelihatan seperti dialih bahasa. Ketika sidang akhbar AIM 20 yang diadakan di Hotel Istana, Kuala Lumpur baru-baru ini, Datuk Ramli M.S, selaku ketua juri ditebak persoalan tentang penghakiman lagu dalam kategori yang menerima paling kurang penyertaan itu. Mungkin lagu tersebut kedengaran hampir serupa jika didengar sambil lalu, bagaimanapun, ia akan diselidik secara teknikal mengikut undang-undang muzik dunia. “Saya baru tahu mengenai perkara ini. Keputusan belum dikeluarkan dan ini baru tahap pencalonan. Saya akan selidik semula perkara ini. Jika ia melanggar peraturan iaitu lagu tersebut ditiru melebihi empat tiang muzik, maka lagu tersebut akan dikeluarkan. “Saya akan berbincang kerana baru kini saya mendapat aduan tentang perkara ini. Jika aduan itu betul dan memang ada isu ciplak, kami akan menjalankan penjurian semula terhadap lagu tersebut,” tegas Ramli yang memandang serius tentang perkara tersebut.
Tambahnya tentang isu tersebut, dari segi teknikal, walaupun mungkin kurang satu tiang muzik, maka pihaknya tidak berhak mendakwa ia lagu ciplak. Meskipun kedengaran agak sama dari segi muziknya, ia masih perlu dinilai sebanyak empat tiang muzik atau nada. Selain itu, antara lagu lain yang didakwa diplagiat merupakan lagu nyanyian Amran Ismail yang berjudul Ini Janjiku. Lagu tersebut dikatakan meniru kumpulan K-Pop Indonesia iaitu Smash melalui lagu yang berjudul I Heart You. Bagaimanapun, dakwaan tersebut dinafikan oleh Amran dengan mengatakan dia telah mendapat ilham lagu tersebut ketika terlibat dalam penggambaran drama. Nasyid harus sederhana Selain itu, ketika ditebak persoalan mengenai kumpulan nasyid yang mengungguli pencalonan Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (berkumpulan), tutur Pengerusi Jawatankuasa Pengelola AIM 20, Rosmin Hashim, kumpulan nasyid memenuhi kriteria yang ditetapkan. “Ini kerana kriteria utama yang kami lihat dalam kategori tersebut ialah nyanyian dan vokal harmoni. “Kami tidak boleh nafikan kumpulan nasyid memang memenuhi kriteria tersebut. Kami memang ada terima pencalonan kumpulan lain juga, namun, dari segi permarkahan lebih memihak kepada kumpulan nasyid,” jelas Rosmin tentang perkara tersebut. Namun, selaku ketua juri, Ramli sempat menyelitkan nasihat kepada kumpulan nasyid bahawa walaupun zaman mungkin berubah, irama dan konsep nasyid harus sederhana. “Walaupun kini telah moden yang menggunakan peralatan bertali, namun, ia harus secara sederhana. Mereka tidak boleh memasukkan unsur muzik seperti rock kerana ia tidak sesuai. “Ketika membuat penilaian, kami juga banyak berbincang. Akhirnya kami perlu akur kerana konsep muzik telah berubah mengikut peredaran zaman. Bagaimanapun, saya melihat nasyid itu merujuk kepada agama, maka ia harus sederhana,” nasihat Ramli mengakhiri temu ramah. AIM 20 dijadual berlangsung pada 14 Disember ini di Stadium Putra Bukit Jalil pada pukul 9 malam.

Maya akui kebenaran gosip

SEJAK kegagalan dalam perkahwinannya yang pertama, diam tak diam sudah lebih tiga tahun personaliti terkenal tanah air, Maya Karin berstatus solo. Setelah digosipkan dengan beberapa artis lelaki ternama, aktres yang genap berusia 34 tahun itu tetap keras menafikan bahawa tiada sebarang hubungan istimewa yang terjalin antara dia dengan mana-mana artis tempatan. Bagaimanapun, pelakon filem Ombak Rindu itu memberitahu yang dia sedang bercinta dengan seseorang. "Gosip yang diperkatakan itu benar, saya sedang bercinta dengan seseorang. "Bukan saya tidak mahu berkongsi dengan peminat, tetapi buat masa ini saya tidak dapat memberitahu dengan siapa saya bercinta," ujar aktres berdarah kacukan itu lagi ketika ditemui pada majlis pelancaran Peraduan Fuelled By Fans, Powered By Petronas anjuran Petronas Dagangan Bhd. di Hotel Westin, Kuala Lumpur baru-baru ini. Katanya lagi, keinginan untuk berkahwin itu sentiasa ada namun tiada tahun yang spesifik kerana semua itu ketentuan Tuhan dan manusia hanya mampu merancang. Selain itu, ada sesetengah pihak yang beranggapan Maya akan menolak mentah-mentah sebarang percubaan lelaki Malaysia untuk menjalinkan hubungan yang serius dengannya. Ketika ditanya mengenai hal tersebut, Maya tanpa ragu menafikan dakwaan itu. Ini kerana dia sendiri tidak kisah jika ditakdirkan mempunyai jodoh dengan lelaki tempatan. "Saya jenis tidak memilih tetapi saya mempunyai ciri-ciri lelaki idaman tersendiri seperti wanita yang lain. "Namun ciri-ciri tersebut tidak mempunyai bangsa yang khusus serta saya juga tidak mengambil kira warganegara sesorang itu sebelum menjalinkan hubungan kerana saya seorang yang terbuka," tambah aktres jelita tersebut. Katanya lagi, tiada kekurangan pada lelaki Melayu kerana semua orang tanpa mengira bangsa mempunyai kelemahan masing-masing. "Saya bukan jenis yang akan kategorikan seseorang itu dalam golongan tertentu kerana semua terserah pada cita rasa individu itu sendiri," jawab penyanyi yang terkenal dengan lagu Erti Cinta itu lagi.
Muzikal Berbalik kepada perkembangan terkininya, Maya bercerita dia sedang giat menjalani latihan persediaan sebelum berlangsungnya teater yang dinanti-nantikan oleh peminat lakonan pementasan yang berjudul, SuperMokh yang bakal dipentaskan pada bulan hadapan. Bakal membawa watak isteri pemain bola sepak legenda negara, Datuk Mokhtar Dahari iaitu Datin Tengku Zarina Tengku Ibrahim, Maya nyata teruja dengan pementasan tersebut. "Saya ada melakukan ulang kaji sedikit sebanyak untuk watak Datin Tengku Zarina Tengku Ibrahim, isteri kepada pemain bola sepak legenda negara, Datuk Mokhtar Dahari. "Saya ada membaca kisah pasangan itu di internet selain sempat bertemu empat mata bersama Tengku Zarina dalam tempoh beberapa jam dan kami sempat berbual panjang mengenai cerita yang boleh dikongsi dan informasi tentang perkahwinan beliau dahulu," jelasnya yang akan berganding dengan Awie yang membawa watak SuperMokh. Maya turut memberitahu Tengku Zarina merupakan seorang wanita yang cukup tabah dan dia juga mempunyai hubungan cukup romantis dengan bekas pemain bola sepak Selangor itu. "Peluang untuk menjadi sebahagian daripada produksi muzikal sesuatu yang sukar untuk ditolak kerana kali terakhir saya membuat muzikal adalah pada zaman remaja berbelas tahun lepas. "Tambah pula teater ini diarahkan oleh Hans Isaac yang memang kita mengerti dia seorang pengarah yang cukup arif dan kebiasaannya pementasan teater di bawah kelolaan dia akan menjadi spektakular," ucap Maya yang turut menyukai kisah kehidupan Mokhtar Dahari kerana generasi muda sekarang semakin melupakan legenda negara itu. Pelakon yang terkenal dengan watak Johanna dalam filem Anak Halal itu turut menjelaskan dia tidak dapat meniru secara terperinci perwatakan Tengku Zarina kerana produksi Hans Isaac ini bukan untuk layar lebar. "Perbualan kami berjalan dengan sangat santai dan saya akan mengikut sedikit perwatakan dia kerana ini merupakan muzikal teater dari sebuah produksi yang besar," tambah Maya yang juga merupakan bekas pengacara rancangan Nona. Penyanyi yang bakal mengeluarkan album terbaharu itu turut menolak dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa dia tidak mahu berlakon dalam produksi drama bersiri. "Saya menerima pelbagai tawaran kerja tanpa mendatangkan masalah. Namun, untuk berlakon dalam produksi drama bersiri yang memakan masa tiga hingga empat bulan lamanya akan membuatkan saya terikat dan tidak dapat menerima projek lain dalam tempoh tersebut," tambah Maya yang hanya pernah muncul dalam drama bersiri Waris Jari Hantu beberapa tahun lepas.
Sementara itu, bercakap tentang kariernya sebagai penyanyi, pemilik album Bukan Qalamaya itu telah melancarkan single terbaharunya yang berjudul Bintang Syurga memberitahu, perancangan untuk mempromosikan single tersebut sudah dibuat sementara menanti kelahiran album baharu. "Lagu itu telah diputarkan di corong-corong radio, tetapi pihak syarikat rakaman dan saya sedar yang kami perlu berusaha lebih keras untuk membuat lagu itu lebih mendapat perhatian peminat," ujarnya lagi. Ketika ditanya tentang isu kontrak selebriti bersama syarikat rakaman mahupun produksi, Maya tegas mengatakan bahawa penulis kontrak berhak menulis terma dan syarat yang dimahukan. "Sebarang keputusan terserah kepada mereka (selebriti) untuk menerima atau menolak terma dan syarat yang terkandung di dalam kontrak tersebut sebelum mereka menandatangani sesuatu perjanjian. "Mereka juga perlu peka secara terperinci dengan isi kandungan tawaran kontrak tersebut dan bila keputusan sudah dibuat, mereka tidak boleh mengeluh kerana persetujuan melibatkan kedua-dua belah pihak," katanya yang sangat berhati-hati sebelum menandatangani kontrak dengan pihak produksi mahupun rakaman. Melancong Satu perkara yang memang diketahui umum, Maya merupakan antara artis yang terkenal dengan hobi bercuti secara backpacking. Ketika disoal mengenai dengan siapa selalu dia bercuti, sambil tersenyum dia menjawab, kebiasaannya Maya akan keluar bercuti bersama ahli keluarga secara bergilir. "Mungkin sebelum ini saya pergi bersama ayah, kemudian bersama ibu, dan seterusnya bersama adik-adik saya," jawabnya lagi yang merancang untuk bercuti ke negara Latin seperti Mexico dan Sepanyol selepas ini.

ASHRAF & WAN SAKINAH SANDING 'BERTIGA'

Gambar majlis persandingan Ashraf Muslim dengan isteri keduanya, Wan Sakinah yang dikhabarkan berlangsung di Ipoh perak. Meskipun awal daripada tekaan media iaitu pada bulan November, namun mereka nampak manis dan sepadan apabila memakai pakaian sedondon warna hijau. Apa yang menarik, mereka bukan bersanding berdua, tetapi bertiga apabila Wan Sakinah disahkan hamil baru-baru ini. Apa-apapun, tahniah diucapkan. Moga Ashraf bahagia menempuh kehidupan bermadu yang sememangnya penuh cabaran.

PENDARAHAN OTAK - DATUK RAHIM RAZALI KINI STABIL Read more: http://www.myartis.com/2013/10/pendarahan-otak-datuk-rahim-razali-kini.html#ixzz2j6X9UGwy

Datuk Rahim Razali kini stabil meskipun disahkan mengidap penyakit pendarahan dalam otak (subdural hemorrhage) dan perlu menjalani rawatan pembedahan dengan segera. Beliau baru-baru ini telah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Sunway Petaling jaya. Bagaimanapun, beliau sudah dipindahkan ke wad biasa hari ini.
"Beliau dijadualkan menjalani pembedahan akibat penyakit berkenaan pada Rabu atau Khamis ini. “Saya ada hubungi anak beliau tadi iaitu Nadia dan saya dimaklumkan keadaan Datuk (Rahim) sudah stabil dan dia sudah pun dipindahkan ke wad biasa,” kata pelakon Khir Rahman. Untuk info, Rahim mengadu sakit kepala kepada anaknya sejak seminggu lalu tetapi tidak berkesempatan untuk menjalani pemeriksaan doktor kerana kesibukannya di lokasi penggambaran. Namun pada petang Ahad (semalam), Rahim yang sedang menjalani penggambaran di Kuantan, Pahang sekali lagi mengadu tidak sihat dan beliau kemudian terus dibawa ke Pusat Perubatan Sunway. Marilah kita berdoa agar pelakon dan pengacara veteran itu cepat sembuh dan boleh menjalankan aktivitinya seperti biasa.

FOUZIAH GOUS SELEPAS LEBIH SEBULAN NIKAH

Gambar menarik Fouziah Gous yang masih lagi dalam mood bulan madu. Bukan setakat bulan madu, malah Fouziah juga sudah mula belajar main golf untuk menyelami hobi suaminya Md Zhafran Mohd Yusof. "Baju, belt, bag adalah hak suami. Senang kahwin dengan orang saiz sama ni," ujar Fouziah mengenai pakaian golfnya.
Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails