Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Kalau Tak Puas Hati, Jumpa Saya - Sharnaaz Ahmad

Baru baru ini, satu status Shila Amzah melalui Twitter mendapat perhatian ramai lebih lebih lagi beliau sendiri mengesahkan pernah melalui situasi digambarkan melalui filem Bencinta dan masih dalam trauma sehingga ke hari ini. Ekoran pendedahan Shila itu, orang ramai dan peminat yang membuat andaian situasi yang di’alami itu ada kena mengena dengan bekas teman lelakinya, Sharnaaz Ahmad? Sharnaaz melalui satu kenyataan kepada Sinar Harian hari ini merasakan dirinya difitnah dan menyuarakan kekesalan tentang kenyataan Shila Amzah itu. “Kalau tak puas hati, datang jumpa saya. Tak guna cakap belakang-belakang. Orang yang cakap belakang-belakang ini menggambarkan kebodohan mereka sendiri” “Saya dah lama memaafkan mereka. Tapi saya tak tau bagaimana pula di sebelah sana. Saya juga malas nak ambil tahu lagi mengenai mereka lagi. Lagipun buat masa ini, saya hanya fikirkan kerja,” ujar Sharnaaz Ahmad lagi.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails