Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Dazrin Kamarudin & Amyra Rosli Nikah 8 Ogos Depan

Pelakon Dazrin Kamarudin mengesahkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya yang juga aktres Amyra Rosli pada 8 Ogos depan. Dazrin, 26, berkata, dia sendiri memilih tarikh berkenaan kerana ia mempunyai simbolik istimewa dalam hubungan mereka tambahan pula ketika itu umat Islam masih meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri. "Insya-Allah saya dan Amyra akan disatukan sebagai suami-isteri pada 8 Ogos depan iaitu dua minggu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. "Saya memilih tarikh itu kerana ia bulan kelahiran Amyra dan dia dilahirkan pada tahun 1988. Jadi ia sebagai satu simbolik sebagai ingatan kami berdua," katanya kepada mStar Online. Dazrin ditemui pada majlis pelancaran program Seindah Ramadan dan Anugerah Syawal di Hotel One World dekat sini pada Rabu lalu. Pasangan itu terdahulu mengikat tali pertunangan pada 25 Ogos tahun lalu selepas tiga tahun menjalinkan hubungan cinta.
Dalam pada itu, Dazrin mengakui gementar untuk bergelar seorang suami namun menjelaskan sudah bersedia mengalas tanggungjawab baharu itu apabila mengambil keputusan untuk berkahwin. "Tanyalah pada sesiapa pun perasaan gemuruh itu pasti akan ada pada mana-mana lelaki yang bakal berkahwin tambahan pula tarikh untuk disatukan itu semakin hampir. "Pun begitu saya sudah bersedia untuk melayari alam rumah tangga bersama Amyra dan berharap perancangan ke arah itu berjalan dengan baik," katanya. Sementara itu, Amyra, 23, yang turut hadir pada majlis sama berkata, dia tidak melihat keputusannya untuk menamatkan zaman solo akan memberikan impak negatif kepada kerjaya lakonannya yang sedang meningkat naik. Jelas Amyra, dia yakin rezekinya bukan ditentukan oleh status seseorang artis itu sebaliknya ia daripada Tuhan selain usaha dan kerja keras untuk berjaya. "Perkahwinan adalah sesuatu yang baik dan banyak hikmah disebalik sesuatu perkahwinan dan salah satunya adalah rezeki. "Saya tidak bimbang tawaran dalam bidang lakonan berkurangan selepas berkahwin kerana percaya sesuatu rezeki itu bukan boleh kita tentukan tetapi ia daripada Allah," katanya. Dalam perkembangan sama, Amyra berkata, persiapan perkahwinan mereka sedang rancak dilakukan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan dia turut terharu apabila ada beberapa pihak bersedia menaja majlis itu nanti.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails