Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Jehan Miskin Akur Isteri Belum Sedia Timang Anak

Pelakon Jehan Miskin terpaksa akur dengan kehendak isterinya Julie Camelia Rhee, 30, yang tidak bersedia untuk memperoleh anak buat sementara waktu. Jehan, 35, berkata, isterinya yang merupakan warga Korea itu ingin menikmati masa bersama sebagai suami-isteri sebelum bersedia menggalas tanggungjawab bergelar seorang seibu. "Isteri kata dia nak kami berbulan madu dahulu dan saya akur dengan kehendaknya. Saya pun tidak mempunyai masalah tentang itu. "Lagipun saya boleh memberi fokus dengan syarikat produksi saya, Mastermind Group Sdn Bhd menerbitkan kerja-kerja iklan serta drama," katanya.
Jehan ditemui pada majlis pelancaran drama baharu terbitan syarikatnya berjudul Seludup di restoran Serai, KL Life di sini pada Rabu. Tambah Jehan, dia mengakui berasa lebih bahagia sejak mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu. Malah dia juga semakin serasi dengan budaya negara Korea sejak mengenali keluarga isteri. Sementara itu, mengenai drama Seludup, ia merupakan karya terbitan dan arahan kedua Jehan selepas drama What If. Dia telah megambil masa selama sembilan bulan untuk membuat kajian mengenai penyeludupan haram yang berlaku di negara ini. "Sebenarnya idea mahu menghasilkan drama ini selepas saya membaca akhbar banyak kes mengenai isu pemerdagangan haram tidak kira apa jua benda yang diperdagangkan. "Jadi saya mula memahami hal-hal penyeludupan dan kebanyakan informasi semuanya datang daripada Internet selain membaca sebuah buku mengenai perdagangan haram berjudul Elicit.
"Sembilan bulan saya buat kajian dan ini pun saya belum habis siapkan skripnya lagi. Ia sebuah drama yang serius tetapi tetap akan menarik minat penonton untul menyaksikannya," ujar Jehan. Antara pelakon yang akan terlibat dalam Seludup termasuklah Tiz Zaqyah, Syafie Naswip, Raja Ilya, Namron serta Jehan sendiri. Penggambaran akan bermula pada Julai depan di Melaka dan ia bakal disiarkan sekitar September ini menerusi saluran Astro Prima (105) dan Astro Maya HD (135).

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails