Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

SIAPA KATA SAYA FAIL CERAI? - ERMA FATIMA

Gara-gara sebuah laporan akhbar mingguan yang mendakwa Erma Fatima bakal memfailkan cerai terhadap suaminya iaitu Badaruddin Azmi, Erma akhirnya tampil menjelaskan bahawa ia tidak benar sama sekali dan menyifatkan dakwaan itu sebagai karut. "Fail cerai? Siapa yang kata? Saya sendiri tidak tahu menahu mengenai perkara ini macam mana pula orang lain lebih tahu?
"Saya belum baca gosip berkenaan tetapi apa yang ditulis itu tidak benar," ujar erma dipetik sebagai berkata kepada media semalam. Apa yang memelikkan Erma, akhbar tersebut turut melaporkan bahawa dia sedang mencari peguam untuk menguruskan permohonan perceraiannya itu.
"Saya juga tidak mengetahui siapakah dalang disebalik penyebaran gosip tersebut. "Saya tidak mahu komen panjang mengenai perkara ini dan biarlah apa orang hendak kata," jelasnya yang enggan melayan gosip berkenaan. Bade & Aida (tengah) di hari perkahwinan mereka
Difahamkan melalui laporan tersebut, teman rapatnya yang mendedahkan rahsia itu dengan mendakwa tindakan Erma berikutan tekanan hidup bermadu dengan Aida Abdullah yang dikahwini Bade pada Mac lalu, selain wanita berkenaan kini hamil. Untuk rekod, Erma dan Bade telah berkahwin pada 30 November 1990 (selama 24 tahun) dan mempunyai lima orang anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 21, Ahmad Arir, 19, Ahmad Aifin, 17, Citra, 12 dan Nurain kini berusia lapan tahun. Ketiadaan anak sendiri didakwa menjadi punca Bade berkahwin lagi.

TAHNIAH - NURUL DEEP HAMIL 12 MINGGU

Berita gembira di Hari Raya apabila Nurul Deep memberitahu satu rahsia melalui Youtube yang dia kini hamil 12 minggu. Kehamilannya itu adalah kali ketiga dan kali kedua bersama suaminya sekarang iaitu Eric Depp. "Saya tak boleh sebut dalam bahasa Inggeris, nanti yang di Perancis tahu. Saya nak buat kejutan untuk mereka," ujar Nurul yang bakal ke sana bertemu mertuanya pada 17 September depan. Tahniah kami ucapkan kepada Nurul sekeluarga.

'LARA' NAMA BABY SCHA AL-YAHYA & AWAL ASHAARI

'Lara' merupakan nama yang diberikan oleh Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya untuk puteri sulung mereka yang lahir baru-baru ini. Namun tidak diketahui jika masih ada nama sambungan selepas nama tersebut. Memang cantik nama tu... tahniah diucapkan buat mereka.

GARA-GARA GAMBAR, ISTERI JOHAN RAJA LAWAK KENA TEGUR

"Lepas solat isyak semalam.. 3 bradik doa sama2.. abg long n abg ngah doa mcm2 permintaan.. tp adik doa mcm2 bahasa.. mama aminkan dr belakang," demikian caption Ozlyn Wati, isteri Johan Raja Lawak melalui IGnya. Namun entah kenapa, gambar yang dimuat naiknya itu menjadi isu hangat pada segelintir pihak yang kurang senang dengan tindakan tersebut. Meskipun ramai pengikut yang mempertahankannya, namun Ozlyn dilihat tampil memberi penerangan mengenai gambar tersebut.
"byk cara nk tegor dik bkn atas penerimaan org.. bdk kecik yg beberapa thn pun kalau mak bapak marah dpn org pun dorg malu.. lbh baik pvt msg kan nmpk lbh baik cara ko tuh.. korg dtg umah org dgn x bg salam bagai tetibe meroyan.. x elok la mcm tu kan.. baik tgk duk diam2.. x suka ko xyah follow hati ko pun x sakit dosa ko pun x bertambah," nasihat Ozlyn pada yang menegur. Pada Ozlyn, bersabar lah ya. Anggap ia sebagai satu cabaran dalam hidup kerana bukan semua pihak sependapat dengan kita.

RAGAM HANEZ SURAYA BERCUTI DI SINGAPURA

Gambar menarik Hanez Suraya makan angin di Singapura bersama rakan-rakannya. Bagaimanapun, tiga gambar Hanez itu kami ambil melalui Instagramnya, manakala yang satu lagi kami 'cilok' di laman sosial yang lain. Heh.

BELI KATIL BABY - ISTERI BARU JIMMY SHANLEY HAMIL?

"No comment buat sementara ini. Rileks dulu... Nanti-nanti bila saya sudah bersedia, saya akan beritahu. "Ia masih lagi terlalu peribadi untuk diceritakan buat masa ini," demikian komen Jimmy Shanley bila diajukan soalan mengenai kehamilan isteri barunya, Mariam Jamilah Abdul Jalil, 27.
Entah enapa, kali ini Jimmy dilihat mengambil pendekatan berhati-hati mengenai gosip yang mengatakan dia bakal menimang anak hasil daripada perkahwinan keduanya. Gosip itu timbul gara-gara Jimmy memuat naik menerusi Instagramnya sekeping foto sebuah katil bayi yang disambungkan ke katil dewasa dengan kapsyen 'Ada extension plak katil...ermmm'.
Sebagai makluman, Jimmy dan Mariam mendirikan rumah tangga pada 7 Jun lalu. Sebelum ini, Jimmy pernah bernikah dengan Nursuhaila Eliani Suhaimi pada 1 Oktober 2010 dan berpisah pada 10 Oktober 2012.

ANAK ALLY ISKANDAR & FARAH LEE

Gambar anak perempuan Ally Iskandar dan Farah Lee yang selamat dilahirkan di sebuah hospital swasta di Shah Alam, Selangor pada 7 Ogos lalu. Meskipun hanya sebelah sisi, namun rasanya ia sudah memadai sebelum gambar penuh dimuat naik oleh mereka... kemungkinan selepas pantang nanti. Jom tengok!

KELUARGA BAHAGIA FIZA HALIM & ADAM AF

Selepas hampir sebulan rujuk, akhirnya gambar-gambar mesra Fiza Halim dan Adam AF2 kembali mewarnai Instagram selepas gambar sebelum ini 'di delete'. Malah ramai peminat mereka juga tumpang bahagia melihat perkembangan tersebut. Bak kata pepatah, laut mana yang tak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan. Oleh itu, buang yang keruh ambil yang jernih. Anggaplah apa yang berlaku sebelum ini sebagai ujian daripada Allah SWT.

Rahsia kulit halus mulus Datin Dr. Halina Mohd Yunos

Datin Dr. Halina Mohd Yunos mendedahkan di blognya bahawa beliau mengamalkan Secret Skin White Kawaii Collagen setelah ramai bertanyakan apa rahsia kecantikan kulit beliau. Secret Skin White Kawaii Collagen telah diakui ramai dapat menyelesaikan masalah kulit gelap, kusam, kulit kering, kulit berminyak, kulit berjerawat, kulit berjeragat dan pelbagai lagi masalah kulit yang lain.
Ia bukan sahaja berfungsi untuk kulit malah untuk kesihatan menyeluruh. Hal ini diterangkan dengan lebih detail oleh Datin Dr. Halina Mohd Yunos di dalam artikel yang dimuat naik dalam blog beliau. Boleh baca artikel beliau di sini http://barelysupermommy.com/2014/05/31/why-anti-oxidant. Datin Dr. Halina yang juga isteri kepada angkasawan Negara Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ternyata sangat berpuas hati dengan produk ini sebelum bersetuju untuk menjadi Duta produk keluaran syarikat Zofea Beauty ini. Boleh baca di sini barelysupermommy.com/2013/12/27/self-love-notes produk yang diamalkan oleh beliau dalam mengekalkan kecantikan kulit untuk dalaman dan untuk luaran sebelum bersetuju untuk menjadi Duta produk. Ternyata ramai terpegun dengan kecantikan kulit Datin Dr. Halina selepas bertemu sendiri dengan beliau di Hospital Selayang. Berikut komen peminat yang tertarik untuk mencuba produk Secret Skin White Kawaii Collagen selepas bertemu dengan Datin Dr. Halina di hospital tersebut. Dalam instagram beliau juga turut dimuatnaik gambar beliau menyimpan dua paket Secret Skin White Kawaii Collagen dalam pouchnya beserta barangan lain semasa bertugas di hospital. Daripada tinjauan kami produk ini memiliki banyak testimonial yang menunjukkan ia memang berkesan dan berbaloi untuk wang anda. Untuk mendapatkan produk ini boleh layari facebook official www.facebook.com/secretskinwhitekawaiicollagen

Cinta jarak jauh yang bahagia - Diana Amir

SETIAP pasangan sememangnya mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia setelah mendirikan rumah tangga. Begitu juga dengan pelakon Diana Amir yang mencintai Mohd. Habibullah A.Rahman dengan sepenuh rasa dan jiwa, selepas bergelar isteri yang sah kepada lelaki itu. Setelah hampir setahun mengalas tanggungjawab sebagai suami isteri, pasangan ini sudah bersedia untuk punya zuriat sendiri dalam masa terdekat ini. “Perkahwinan saya bersama suami bermula dari bulan Oktober tahun lepas dan kini telah masuk 10 bulan kami menjadi suami isteri. “Insya-Allah saya berharap hubungan ini terus berkekalan sehingga mempunyai cahaya mata untuk membina keluarga bahagia," kata Diana dalam pertemuan dengan penulis di majlis Malam Cinta Rasul di Saloma Bistro, Kuala Lumpur baru-baru ini. Memperkatakan tentang jodoh mereka, Diana tidak lepas daripada mengucapkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan lelaki sehebat Habib. Walaupun ketika itu menjalin hubungan jarak jauh dan jarang sekali berjumpa seperti pasangan lain, itu bukan halangan untuk hubungan mereka berkembang. Diana percaya Allah telah merancang segalanya yang terbaik buat dirinya. Diana yang amat ceria apabila bercerita tentang orang tersayang berkata, kehidupannya banyak berubah selepas berkahwin. Dia turut bersyukur kerana mendapat seorang suami yang soleh, taat pada agama dan mempunyai ciri-ciri seorang ketua keluarga yang baik. Malah dia percaya suaminya boleh membimbing dirinya dan anak-anak pada masa hadapan. Justeru pada waktu yang sama, Diana mempunyai impian untuk memiliki keluarga yang besar bersama Habib. Menyorot kisah lalu, Diana bertemu dengan suami selepas diperkenalkan oleh seorang rakan. “Ketika pertemuan pertama itu lagi, saya tertarik dengan penampilan dan personaliti Habib. Dia mempunyai keperibadian tersendiri dan saya dapat melihat Habib mempunyai ciri-ciri seorang lelaki yang baik. “Pada mulanya, Habib langsung tidak terfikir dengan siapa dia akan diperkenalkan oleh rakannya itu. Memang dia tahu saya seorang artis tapi tidak sangka akan diperkenalkan secara dekat sebegitu. “Allah telah mengaturkan pertemuan kami dengan sempurna. Saya amat bersyukur kerana hari ini dia telah membimbing saya untuk menjadi insan yang lebih baik," jelasnya. Lelaki yang tabah Menurut Diana, semasa baru sahaja berkenalan, perkara pertama yang membuatkan dia jatuh cinta kepada Habib adalah keperibadian lelaki itu semasa mereka mula berkomunikasi. Dari situlah Diana telah menilai diri Habib bersandarkan segala sudut pandangan. “Selepas lama bersamanya, saya dapati Habib bukan seorang yang suka merungut walaupun dirinya berasa letih dan sibuk, dia kekal sabar. Dia adalah seorang lelaki yang bertanggungjawab dan sanggup melakukan apa saja demi diri saya, sebab itu saya amat menyayanginya. “Selain itu, dia juga seorang yang sangat rajin, penyayang, memahami. Sifat penyabar, pandai mengambil hati dan sentiasa mengambil berat terhadap diri saya itu yang istimewa. Malah sehingga hari ini, dia masih mengizinkan saya untuk meneruskan bidang lakonan kerana dia tahu ini adalah kerjaya saya. Selain itu, Habib juga seorang yang pendiam dan baik hati. “Jika sesuatu dugaan menimpa dirinya, Habib kuat dan tabah menghadapi apa jua keadaan. Dia seorang yang bijak dan tidak pernah menyalahkan sesiapa sebab itu dia menjadi seorang yang tenang untuk berhadapan dengan apa jua masalah," jelasnya tentang peribadi si suami. Jodoh dan pertemuan mereka diatur oleh Yang Maha Esa, justeru sejak kali pertama memulakan komunikasi, hati Diana sudah terasa sesuatu dan yakin lelaki ini mampu membimbingnya. “Ketika pertemuan pertama dan seterusnya, saya telah menilai keperibadian Habib dan dapat melihat dia mempunyai pengetahuan yang sangat tinggi dalam banyak perkara. Bermula dari situ saya terpikat terhadap kebijaksanaan yang dimiliki olehnya selain mempunyai pengetahuan agama. “Hari ini, sebagai seorang isteri, saya sentiasa memberi sokongan kepada suami untuk mencari pengetahuan ilmu secara mendalam untuk masa hadapan demi keluarga," katanya lagi. Tahun ini Habib menyambung pelajaran di peringkat ijazah Sarjana dan Diana turut memberi sokongan kuat terhadap pelajaran suaminya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Ia adalah demi masa depan mereka bersama. Cinta jarak jauh Menyambung bicara tentang kisah cinta mereka yang pernah menjalin hubungan jarak jauh, petua Diana ialah harus membuang perasaan ragu-ragu dan berfikiran positif terhadap diri pasangan. “Cinta jarak jauh itu bukan menghalang diri kami untuk meneruskan percintaan tetapi yang penting perasaan saling percaya antara satu sama lain dan memahami antara satu sama lain bagi memastikan hubungan berpanjangan," jelas pemilik nama penuh Nurdiyana Amir Hashim ini. Tambah Diana, ketika di alam percintaan, mereka berdua saling berjauhan kerana masing-masing mempunyai karier dan dia sibuk di Kuala Lumpur sebagai seorang pelakon dan Habib pula seorang pensyarah di UiTM Merbok, Kedah. “Walaupun kami berjauhan, ketika itu saya banyak membantu memilih jalan untuk bersatu kerana tidak semestinya sebuah hubungan yang kerap bertemu akan terus ke pelamin," katanya. Disebabkan sibuk dengan urusan masing-masing, jelas Diana, komunikasi Diana dan Habib tidak pernah putus dan sering berhubung antara satu sama lain. “Kepercayaan saya terhadapnya begitu kuat sehingga sekarang. Saya yakin dia tidak akan melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan walaupun berjauhan," beritahu Diana.

Mila berubah

SEORANG demi seorang selebriti tempatan mengambil keputusan untuk berhijrah demi menurut suruhan Allah SWT atas kesedaran diri dan bukan kerana paksaan daripada orang lain. Terbaharu yang melakukan perubahan itu adalah penyanyi Mila Jirin yang sudah menutup auratnya sejak akhir Ramadan lalu. Menurut juara Akademi Fantasia musim kelima, hasrat untuk menutup aurat itu sudah lama terpendam, namun baru-baru ini baru terlaksana. “Semua itu berlaku tiba-tiba sahaja. Satu pagi tu sewaktu menonton televisyen saluran Oasis ada di siar zikir, hati saya terus berkata, kenapa perlu tunggu untuk pakai tudung. Baik aku pakai sekarang. “Bila saya beritahu pada ibu, dia amat gembira dan terus mencari tudung-tudungnya untuk diberi pada saya. Dari situlah bermulanya saya berhijab," ceritanya kepada Hits. Mila yang selesa mengenakan tudung bawal berkata, perubahan imej tidak sedikitpun mengganggu perjalanan kariernya. “Saya ni penyanyi, jadi tidak ada masalah. Kalau pelakon itu mungkinlah kena jaga batasan apabila berlakon, tidak lagi boleh beraksi seperti sebelum berhijab. “Apa pun saya percaya, setiap perubahan (berhijab) yang dilakukan oleh selebriti ada hikmah kerana semua orang ingin mencari keredaan-Nya. Saya percaya setiap orang ada rezeki masing-masing," katanya. Rancak bisnes Selain menyanyi, Mila atau nama sebenarnya Noorsyarmilla Jirin, 27, kini aktif berniaga. Antara bisnes Mila adalah Luvmila Corporation yang memberi tumpuan kepada pengurusan majlis dan video korporat, restoran Embun Urai di Puchong, Biz Milla Trading (menjual pakaian secara online) dan Biz Milla Catering. Jelasnya, sejak membabitkan diri dalam bidang perniagaan secara serius, masa senggangnya agak terbatas, namun dia gembira. “Apa yang saya lakukan sekarang adalah untuk masa hadapan. Lagipun saya suka dengan apa yang saya lakukan. Macam jualan baju, bukan setakat menjual, saya turut terbabit dalam pemilihan dan mereka fesyen. “Kebanyakan kain-kain baju rekaan saya dibeli di China dan dijual pada harga yang berpatutan sekitar RM65 hingga RM200 sebab sasaran saya adalah untuk golongan pelajar dan pekerja biasa," katanya. Jelas Mila, dia memilih untuk menjual baju kurung kerana fesyen itu tidak pernah luput dek zaman dan baju itu boleh dipakai dalam semua acara. Bercerita lebih lanjut tentang perniagaannya, Mila berkata, Biz Milla Catering bukan sekadar menawarkan perkhidmatan katering malah merangkumi pakej perkahwinan yang menyediakan dewan serbaguna di Bukit Jelutong, Shah Alam. “Selalunya bila orang buat majlis perkahwinan, bukan setakat mencari katering, lokasi majlis juga perlu diambil kira. Memandangkan kadang-kadang sukar untuk dapat lokasi, pihak saya turut menyediakan dewan untuk majlis tersebut. “Pihak saya bukan sahaja menyediakan makanan, dewan, malah kami turut menyediakan perkhidmatan video. Kiranya pengantin hanya datang bawa diri sahaja," katanya. Karier macam biasa Bila melihat Mila sibuk dengan bisnes, ramai yang berpendapat pasti dia melupai dunia seni. Mana mungkin Mila meninggalkan bidang yang sudah sebati dengan dirinya. Kata Mila, biar sibuk dengan perniagaan, dia tetap menerima tawaran mengadakan persembahan pentas. Malah di waktu yang sama, Mila juga sedang membuat persiapan untuk tampil dengan lagu baharu, Boneka, ciptaan Kunci Demak dan lagu duet dengan Nubhan, Hampir Jauh, ciptaan Omar K. “Perjalanan karier saya tetap berjalan seperti biasa, mungkin sekarang ini tidak sibuk seperti dulu. Apa pun saya tetap ambil tawaran persembahan kerana dari situ baru orang tahu yang saya ini tidak pernah berhenti menyanyi. Kalau nak harap album memanglah lambat. “Jadi sementara menunggu ada lagu baharu, persembahan pentas tidak pernah saya tolak. Lagipun persembahan begitu tidak ambil masa yang lama. Saya tidak pernah terfikir untuk mengundurkan diri daripada bidang seni, biarpun penampilan saya berubah kerana menyanyi juga adalah punca pendapatan saya," katanya. Bakal suami tidak halang Semua orang sudah tahu yang Mila bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan dengan jejaka pilihan hati yang sudah dikenalinya sejak beberapa tahun lalu. “Memang kami sudah kenal lama dan dia juga tidak pernah menghalang saya untuk bergiat dalam bidang seni atau perniagaan. Dia sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada saya. “Bila saya beritahu akan melangsungkan perkahwinan, ramai yang nak tahu siapa dia. Biarlah rahsia dulu, bila sudah sampai hari yang ditetapkan barulah saya tunjuk wajahnya. Lagipun dia sendiri yang enggan dikenali," cerita Mila tentang kekasihnya yang berusia awal 30-an itu.

Tepis gosip rumah tangga bergolak - Raja Farah

EMPAT tahun lalu, Raja Farah Raja Aziz, 26, membulatkan tekad untuk mengurangkan aktiviti seni dan memberikan sepenuh fokus kepada rumah tangga dan keluarga. Rezeki yang tidak berpihak buat pasangan Raja Farah dan suaminya, Megat Bashirun Qhuyum Datuk Zakaria, 29, untuk menimang cahaya mata sepanjang tempoh itu memaksa pelakon filem Aku Masih Dara itu mempertimbangkan kembali keputusannya sebelum ini. "Sepanjang empat tahun bersama suami, selama itu saya rasa keseorangan. Bukan bermakna kami berdua bermasalah, tetapi impian untuk mempunyai cahaya mata sendiri masih belum kesampaian. "Jadi, timbul idea untuk saya kembali aktif semula berlakon dan dia (suami) pula mengizinkan saya. Namun, masih ada garis panduan yang perlu saya ikuti sebagai seorang wanita yang sudah berkahwin. "Dia pula selalu berada di Pulau Perhentian (Terengganu) bekerja sebagai jurulatih selaman di sana sejak dua tahun lalu memaksa saya untuk mencari alternatif untuk membunuh rasa bosan itu dengan berlakon," katanya yang ditemui pada majlis sidang akhbar Doa Untuk Malaysia di Saloma Bistro, Kuala Lumpur baru-baru ini. Raja Farah percaya apabila dia membuat keputusan untuk kembali aktif dalam bidang seni, pengarah dan produksi sendiri sudah sedia memahami situasi serta batasan dirinya sebagai wanita berhijab yang sudah bersuami. Terkini, dia sedang menjalani penggambaran sebuah drama 13 episod adaptasi novel berjudul, Salju Sakinah terbitan TV Alhijrah bergandingan dengan pelakon Yus Waisar di Johor. Rumah tangga berkocak
RAJA FARAH bersyukur kerana sekadar mengalami kecederaan ringan selepas terbabit dalam kemalangan tempoh hari. Berjauhan dengan suami sejak tahun 2011 atas tuntutan tugas, tidak menjadi bukti sebarang spekulasi yang bertiup kencang kononnya rumah tangga pasangan itu sedang dilanda badai. Dia mengakui, adakalanya perselisihan faham tetap berlaku sebagai pasangan dalam alam rumah tangga. Namun, ia diselesaikan dengan baik dan tegas Raja Farah, tidak timbul sebarang cerita negatif mengenai keharmonian rumah tangganya. "Banyak konklusi boleh dibuat cuma apabila berkaitan peribadi saya lebih suka mendiamkan diri. Kami tiada sebarang masalah besar cuma biasalah kalau bergaduh manja. "Saya akui, tahun lepas adalah waktu paling genting dalam hubungan kami kerana kami sering berjauhan. Dia di Pulau Perhentian dan saya pula sibuk dengan penggambaran program Rasa Halal Antarabangsa di luar negara. "Sehingga ada pada satu ketika, pernah dua bulan kami tidak sempat berjumpa. Dia balik ke Kuala Lumpur, saya pula terbang ke luar negara dan begitulah sebaliknya. "Jadi, orang melihat saya jarang bersama suami dan lebih banyak keluar bersendirian atau ditemani ibu saya sahaja, kemudian timbul macam-macam andaian. Pinta saya, doakan yang terbaik untuk kami sekeluarga," jelasnya. Anak angkat
Penyelesaian terbaik untuk mengelakkan perselisihan faham masyarakat terhadap kebahagiaan Raja Farah dan Megat Bashirun Qhuyum adalah kembali meluangkan lebih masa bersama-sama. "Saya mengambil keputusan untuk berpindah ke Pasir Mas, Kelantan dan tinggal bersama suami di sana sejak bulan Januari lalu. Kebetulan rumah yang kami sewa berdekatan dengan keluarga mentua. "Bukan untuk saya menepis spekulasi yang timbul, sebaliknya mahu meluangkan lebih masa bersama dan berusaha untuk mendapatkan zuriat. "Mungkin selepas ini kami akan kembali menetap di Kuala Lumpur dan suami saya akan mengusahakan perniagaan bersama bapanya," ujarnya. Raja Farah tidak menafikan dakwaan bahawa dia dan suaminya sedang berusaha untuk mendapatkan seorang anak angkat buat penyeri hidup mereka berdua. "Sebelum ini kami hampir mengambil seorang anak angkat lelaki tapi mungkin Allah tidak mengizinkan apabila pada waktu yang sama saya mendapat tawaran berlakon drama di Johor. "Jadi, saya risau tidak mampu memberikan sepenuh tumpuan kepada bayi itu. Tapi sekarang suami saya serius sedang berusaha untuk mendapatkan anak angkat lain untuk kami," tambahnya. Kemalangan Berita yang mengejutkan berlaku kepada pelakon drama Manjalara itu apabila dia dikhabarkan terbabit dengan kemalangan jalan raya di Batu 10, Tangkak, Johor pada lewat malam 15 Julai lalu. Kejadian yang berlaku hanya membabitkan dirinya yang memandu berseorangan untuk pulang ke Johor selepas menghadiri sesi fotografi di Kuala Lumpur pada siang hari yang sama. Menceritakan kembali pengalaman terbabit, kata Raja Farah, dia bersyukur kerana terselamat daripada kemalangan itu walaupun beberapa anggota badannya mengalami lebam-lebam. "Ketika memandu lebih kurang pukul 12 tengah malam saya ternampak kelibat 'benda' tiba-tiba melintas di hadapan kenderaan saya, jadi saya cuba mengelak dan akhirnya terbabas ke kiri jalan. "Akibat membrek secara mengejut saya merempuh benteng simen dan beberapa batang pokok di tepi jalan. Mujurlah kereta saya tidak terhumban ke dalam gaung yang kurang beberapa meter daripada saya. "Dada saya terhentak di stereng kereta, kaki saya tergeliat dan lutut saya juga lebam-lebam kerana kemalangan itu. "Selepas kereta berhenti, saya menanti lebih kurang lima minit sebelum ada kenderaan lain yang datang membantu," katanya. Akibat kemalangan itu, Raja Farah yang memandu kereta jenis Perdana berwarna hitam milik pembantu produksi drama lakonannya kerugian lebih RM10,000.

Aril Pilus Beri Tempoh Hingga Hujung Tahun Kepada Isteri Jadi Pramugari

Penyanyi dan penyampai radio Era FM, Aril Pilus memberi tempoh sehingga hujung tahun ini kepada isterinya Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin, 28, untuk meneruskan kerjayanya sebagai pramugari di Saudi Arabian Airlines. Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 29, berkata, dia membuat keputusan tersebut bagi merancang masa depan sebuah keluarga yang sempurna. "Saya bagi tempoh dia bekerja hingga hujung tahun ini sahaja, saya mahu dia duduk Malaysia dan bekerja di sini sahaja, kalau boleh saya mahu dapat cahaya mata tahun depan. "Selama kami berkahwin memang agak sukar untuk berjumpa kerana dia menetap di Jeddah dan terpaksa mengambil cuti panjang jika ingin balik ke Malaysia," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Era FM, di Restoran Bora Ombak, di sini, Sabtu.
Bagaimanapun, Aril berkata, dia tidak menghalang isterinya untuk terus bekerja dalam bidang pernerbangan. Katanya, dia menghormati minat dan kerjaya isterinya dalam bidang tersebut yang sudah hampir enam tahun dalam industri penerbangan. "Saya tahu dia sangat berminat dengan kerjaya dia sekarang, dia sering bercerita tentang kapal terbang dan apa juga pengetahuannya tentang penerbangan. "Saya tidak menghalang dia untuk terus terlibat dalam bidang tersebut terutama dibahagian tenaga pengajar," ujarnya. Dalam pada itu, ditanya tentang insiden pesawat MH370 dan MH17 yang berlaku kepada Syarikat Penerbangan Malaysian Airlines (MAS), Aril berkata perkara tersebut seringkali menjadi kebimbangan ketika isteri bertugas. Jelasnya, ia merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi dia untuk membuat keputusan tersebut. "Siapa yang tidak bimbang tentang insiden seperti itu, di negara Timur Tengah lebih banyak pergolakkan seperti itu, "Kejadian yang menimpa MH370 dan MH17 membuatkan saya lebih menghormati kerjaya sebagai pramugari, tidak semua orang sanggup bekerja dengan risiko yang tinggi setiap hari," katanya. Sementara itu, Aril berkata, dia tidak membenarkan isterinya menceburi bidang seni selepas berhenti daripada kerjaya pramugari itu nanti. Katanya, jadual sebagai selebriti yang tidak menentu akan menyukarkan untuk membina sebuah keluarga yang sempurna. "Dia pernah berlakon dahulu dan kawan-kawan baik dia juga ramai artis, namun saya rasa biar saya seorang sahaja jadi selebriti," ujarnya.

Wan Sharmila Nafi Nikah September Ini

Pelakon Wan Sharmila terkejut apabila dilaporkan bakal berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya pada September ini. Wan Sharmila, 33, berkata, dia langsung tidak mengetahui mengenai perkara tersebut dan menegaskan tiada sebarang majlis perkahwinan bakal berlangsung dalam masa terdekat ini. "Jujur saya terkejut kerana hanya tahu mengenai perkara ini apabila awak bertanya soalan itu kepada saya dan belum sempat membeli akhbar sebab sekarang ini saya berada di lokasi penggambaran. "Apa-apa pun cerita itu tidak benar dan saya tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad. Menerusi laporan akhbar mingguan pada Ahad, Wan Sharmila dikhabarkan sudah pun membuat persiapan majlis pernikahan dan perkahwinan dan bakal suami pelakon drama bersiri Tari Tirana itu juga dikatakan bukan orang seni sebaliknya bertugas sebagai juruterbang.
Wan Sharmila enggan bercakap mengenai soal peribadi. Dalam pada itu, ditanya adakah benar dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki berkenaan, Wan Sharmila mengambil sikap untuk tidak bercakap mengenai soal peribadi. Jelas Wan Sharmila, dia bimbang kenyataannya akan disalah ertikan oleh sesetengah pihak sehingga menyebabkan masalah lain timbul di kemudian hari. "Maafkan saya kerana tidak boleh menjawab soalan itu kerana saya tidak mahu bercakap soal peribadi," katanya ringkas. Wan Sharmila sebelum ini pernah berkahwin dengan Fazli Baharom pada 2007 sebelum bercerai dengan talak satu pada 23 Oktober 2009 di Mahakamah Rendah Syariah Johor Bahru. Dalam perkembangan lain, Wan Sharmila berkata, dia kini sibuk di lokasi penggambaran beberapa buah drama termasuk Menantu Mak Uteh untuk siaran TV9.

Shiqin Kamal Hanya Mahu Berlakon Filem

Pelakon Shiqin Kamal mengaku dia hanya akan mengambil tawaran untuk berlakon dalam filem sahaja bagi menjaga nilai eksklusifnya sebagai seorang pelakon. Shiqin atau nama sebenarnya Nur Ashiqin Mohd Kamal, 23, berkata, dia tidak mahu masyarakat menjadi bosan apabila terlalu kerap melihat dia muncul dalam drama-drama televisyen tempatan. "Saya sebagai penonton, ada masanya juga berasa bosan apabila melihat kekerapan seseorang artis itu muncul di pelbagai drama. Jadi saya percaya orang juga akan bosan jika melihat saya kerap di televisyen. "Kalau boleh saya ingin menjaga nilai eksklusif sebagai seorang pelakon profesional dengan hanya muncul sekali sekala, tetapi dengan hasil lakonan yang bagus," katanya kepada mStar Online. Tambah Shiqin, dia juga berpendirian demikian kerana ingin memberi fokus sepenuh perhatian dalam perfileman agar lebih mudah menjaga kualiti lakonan yang dibawanya. Sementara itu, beritahu Shiqin, selepas menghabiskan pengajiannya dalam jurusan Sarjana Muda Sains Aktuari di Universiti Teknologi Mara (UiTM), dia juga merancang ingin mengambil kursus lakonan. "Melihatkan ramai pelakon yang masih mencari ilmu di bidang lakonan, membuatkan saya juga bersemangat mahu berbuat demikian. "Mungkin saya akan mengambil kursus jangka pendek di New York Film Academy (NYFA), tetapi bukan dalam masa terdekat ini. Saya ingin membina nama semula selepas sekian lama sepi di industri hiburan tempatan dahulu sebelum menyertai kursus tersebut," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Shiqin bakal membintangi filem Warna Cinta Impian bersama pelakon Awie, Erra Fazira dan Nellydia Senrose dan kini mereka sedang menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Jaipur di India dan Brisbane, Australia.

Ieda Moin Difitnah Pengasas Produk Jamu

Pelakon dan penyanyi Ieda Moin berasa kecewa kerana diperalatkan oleh seorang pengasas produk jamu selepas individu berkenaan gagal menunaikan janji untuk melantiknya sebagai duta. Lebih mengecewakan, Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida Abd Moin, 35, berkata, individu itu turut menabur fitnah kononnya dia seorang artis yang bermasalah. "Sebelum ditawarkan menjadi duta saya mencuba sendiri produk berkenaan dan Alhamdulillah ia menunjukkan hasil positif dan saya berjaya mengurangkan berat badan. "Saya banyak mempromosikan produk itu dalam akhbar dan media sosial atas dasar ingin berkongsi dengan peminat yang ingin menguruskan badan. "Apabila produk tersebut mula dikenali dan pengasasnya sudah ramai kenalan dalam kalangan selebriti, dia mula lupa terhadap janji yang pernah dia buat kepada saya malah memburukkan nama saya kepada orang lain," katanya kepada mStar Online.
Ieda kini hanya mengamalkan senaman dan pemakan sihat bagi mengekalkan berat badan idealnya. Tambah Ieda, dia kesal apabila nama baiknya tercalar kerana dia belum pernah menimbulkan masalah kepada mana-mana pihak. Dalam pada itu, Ieda berkata, dia kini tidak lagi menggunakan produk berkenaan dan hanya mengamalkan pemakanan sihat dan senaman bagi mengekalkan berat badannya. "Alhamdulillah tanpa produk berkenaan pun saya masih mampu menurunkan berat badan sebelum ini iaitu 72 kilogram kepada 48 kilogram dengan melakukan senaman setiap hari dan mengambil pemakanan sihat," jelasnya. Dalam perkembangan lain, Ieda berkata, dia kini sibuk dengan penggambaran beberapa drama selain Selamat Pengantin Madu dan Misiku Kuza sedang ditayangkan.

Ally Iskandar Tinggalkan Isteri Hendak Bersalin Demi Tugas

Tumpuan pengacara dan personaliti TV3, Ally Iskandar terganggu kerana terpaksa meninggalkan isterinya, Nurfarahin Romli atau Farah Lee yang dijangka bakal melahirkan anak pertama mereka pada bila-bila masa demi tuntutan tugas. Ally, 38, berkata, isterinya dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Shah Alam dekat sini pada awal pagi Khamis dan dia terpaksa bergegas ke acara pengumuman pelakon Izzue Islam dan Yana Samsudin sebagai duta produk Super 'The Secret To A Smile' di Cathay Cineplex E@curve di sini yang mana dia bertindak sebagai pengacara majlis. "Sebelum datang ke sini saya menghantar isteri ke hospital terlebih dahulu kerana dia dijangka akan bersalin pada bila-bila masa kerana dia sepatutnya melahirkan anak pertama kami pada 30 Julai lalu. "Tumpuan saya untuk mengacarakan majlis ini terganggu kerana memikirkan keadaan isteri di hospital dan akan bergegas ke sana selepas selesai acara ini," katanya kepada mStar Online. Ally bagaimanapun memaklumkan isterinya selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 9.09 malam Khamis secara normal. Dalam pada itu, Ally berkata, dia teruja bergelar bapa selepas tiga tahun berkahwin dengan Farah dan berharap kehadiran cahaya mata itu nanti akan menyerikan lagi rumah tangga yang dibina.
Ally tidak sabar menanti kehadiran orang baharu dalam keluarganya. Malah kata Ally, kehadiran anak itu nanti akan mengeratkan lagi hubungan mereka yang sebelum ini terpaksa berjauhan ekoran isterinya itu melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Korea Selatan. "Saya tidak mengenali isteri sebelum kami berkahwin dan biarpun sudah beberapa tahun bersama kami masih dalam proses mengenali kerana sering berjauhan sebelum ini. "Alhamdulillah sudah dua tahun dia kembali ke tanah air dan kehadiran cahaya mata sulung ini akan mengeratkan lagi hubungan kami suami-isteri selepas ini," katanya. Sementara itu, Ally berkata, Farah sangat memahami kerjayanya yang sentiasa sibuk dan tidak mengira waktu dan sentiasa memberikan sokongan kepadanya. Malah kata Ally, bagi mengelakkan rasa bosan, isterinya itu berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan membuka sebuah butik pakaian wanita bagi mengisi masa lapang. "Alhamdulillah nampak dia sangat berminat dalam bidang perniagaan dan sebagai suami saya menyokong keputusannya dan menggalakkan terhadap apa yang dilakukannya," katanya. Ally dan Farah Lee bernikah pada 20 Januari 2012 dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu.

Zoey Rahman Masih Dibayangi Imej Kanak-Kanak

Pelakon Zoey mengakui wajah keanak-anakkannya membataskan untuk dia mendapatkan kepercayaan pengarah dalam membawa watak-watak dewasa seiiring dengan umurnya yang kini sudah mencecah 29 tahun. Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman berkata, perkara tersebut juga menyukarkan dia keluar daripada terus dilabel sebagai pelakon kanak-kanak. "Saya akui kerana wajah saya ini saya sukar untuk mendapat watak-watak utama dan serius, hanya beberapa watak terutama pelajar sekolah yang sering ditawarkan kepada saya. "Di luar masih ramai peminat kanak-kanak yang panggil saya abang Zoey, ia mungkin kerana program kanak-kanak yang saya hoskan sebelum ini membuatkan saya terus melekat dengan imej itu," katanya kepada mStar Online.
Zoey berharap terus diberi peluang membawa watak serius. Di sebabkan perkara itu juga, Zoey berkata dia kini lebih memilih watak terutama dalam membuang imej kanak-kanak berkenaan selain lebih selesa dengan penampilan yang lebih dewasa berbanding dahulu. "Saya memang akan fikir banyak kali kalau tawaran menjadikan saya sebagai budak sekolah, kalau boleh memang saya tidak mahu. "Saya juga banyak mengubah penampilan kepada lebih dewasa dan tidak pakai baju-baju yang terlalu terang dan banyak warna," katanya. Zoey mula dikenali menerusi bidang pengacaraan dalam program kanak-kanak Gerak Geri Gasing yang pernah bersiaran di Astro Ceria. Sementara itu, Zoey berkata, program Fear Factor yang disertai tahun lalu memberi peluang kepadanya untuk membuktikan keupayaan melakukan aktiviti lasak. "Selepas program Fear Factor saya dapat banyak tawaran berlakon yang membolehkan saya keluar daripada watak kanak-kanak. Program itu telah membuka mata pengarah bahawa saya sebenarnya seorang yang tahan lasak. "Biarpun hanya sekadar menduduki tempat kedua dalam program itu, namun saya rasa bersyukur ia memberi impak besar dalam kerjaya saya sekarang," katanya. Dalam pada itu, Zoey bakal muncul dalam drama bersiri Plan B yang akan disiarkan di Slot Aksi pukul 10 malam di TV3 bermula pada 19 Ogos ini. Drama arahan Fezor Kadir itu turut mebariskan pelakon seperti Shukri Yahaya, Talha Harith, Risteena, dan Beto Kusyairy.

Izzue Islam Tenang Isteri Dituduh Bersikap 'Queen Control'

Pelakon Izzue Islam sentiasa bersikap tenang apabila ada pihak menuduh isteri yang juga pengurusnya, Nurinafilah Waharudin (Awin) bersikap 'queen control' apabila wanita berkenaan sering dilihat bersamanya ketika berada di lokasi penggambaran. Izzue, 25, berkata, perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana sebelum mereka bergelar suami-isteri, Awin telah menguruskan kerjaya seninya termasuk bertindak sebagai pembantu peribadi. "Saya tidak faham mengapa ia perlu menjadi isu kerana wanita yang saya bawa ke set penggambaran adalah isteri saya malah dia juga adalah pengurus dan pembantu peribadi sejak dari awal pembabitan saya dalam bidang seni. "Sebelum berkahwin perkara ini tidak pernah menjadi isu pun wahal ketika itu Awin sentiasa bersama saya dan sepatutnya sekarang ia lagi tidak patut dijadikan satu masalah kerana hubungan kami sah," katanya kepada mStar Online. Izzue ditemui pada majlis pelantikannya bersama aktres Yana Samsudin sebagai duta produk Super 'The Secret To A Smile' di Cathay Cineplex E@curve di sini pada Khamis.
Izzue dan Yana dilantik sebagai duta jenama Super selama tiga tahun. Dalam pada itu, Izzue berkata, dia tidak pernah berasa terkongkong kerjayanya diuruskan oleh isteri sendiri kerana tanpa sokongan dan kegigihan wanita berkenaan kariernya tidak akan berada pada tahap sekarang. Kata Izzue, dia menganggap gosip yang diperkatakan tentangnya sebagai satu cabaran dalam rumah tangganya bersama Awin yang dibina sejak setahun lalu. "Apa yang orang ingin perkatakan tentang kami ia adalah satu bentuk cabaran dalam hubungan kami malah ia sebenarnya mengeratkan lagi kasih sayang dalam perkahwinan kami. "Awin seorang yang sangat positif dan sporting dalam hal-hal sebegini dan dia banyak memberi semangat kepada saya untuk terus tabah menghadapi dugaan sebagai anak seni," ujarnya. Sementara itu, Awin yang turut mengulas mengenai isu berkenaan berkata, dia tidak pernah mencampur-adukkan soal peribadi dan kerjaya seperti mana diperkatakan sesetengah pihak dan hanya menjalankan tugas sebagai seorang isteri dan pengurus kepada Izzue. "Saya menilai perkara ini dari segi positif dan ia adalah lumrah apabila ada orang yang menyokong dan tidak suka kepada kita," katanya. Dalam perkembangan lain, Izzue teruja dengan kepercayaan diberikan oleh Super Food Marketing Sdn Bhd (Super) yang melantiknya sebagai duta jenama berkenaan selama tiga tahun dan ia adalah antara pencapaian terbesar dalam kerjayanya. Jelas Izzue, selain membantu mempromosikan produk kopi dibawah jenama Super dia dan Yana akan terlibat dalam pelbagai projek termasuk kempen Super Secret To A Smile untuk membantu komuniti yang memerlukan bantuan. "Saya sendiri menggemari kopi keluaran Super dan tidak sangka pula akan mendapat tawaran sebagai duta selama tiga tahun dan ia suatu kepercayaan yang tidak akan saya sia-siakan," jelasnya. Untuk tujuan tersebut kata Izzue, dia telah pun mengosongkan jadualnya sepanjang September dan Oktober bagi membolehkannya menumpukan perhatian kepada peranan baharunya sebagai duta Super. "Selepas ini saya dan Yana akan menjelajah ke seluruh Malaysia untuk mempromosikan produk keluaran Super selain menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat. "Menerusi siri jelajah ini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk bertemu peminat yang banyak memberikan sokongan kepada saya," katanya.

Julia Ziegler Dedah Punca Mengamuk Di Instagram

Pelakon Julia Ziegler memberitahu dia benar-benar berang sehingga mengeluarkan kata-kata kesat di laman Instagram minggu lalu kerana berasa dipermainkan oleh seorang lelaki yang menggunakan wang dan kedudukkan untuk memperdayakan wanita. Julia atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler, 30, berkata, dia kecewa dengan sikap individu tersebut yang cuba menggunakan kemewahan untuk mendekatinya dengan lebih rapat. "Saya muat naik gambar lelaki tersebut kerana saya rasa terlalu geram dengan apa yang telah dia lakukan. Dia bukan teman lelaki saya. Jangan salah faham! Kami hanya berkawan sahaja, cuma ada perkara yang dia lakukan membuatkan saya betul-betul marah. "Saya malas nak panjangkan cerita itu, cukuplah sekadar memberitahu agar orang lain tidak mudah terpedaya dengan lelaki tersebut yang menggunakan harta kekayaannya untuk memperdaya wanita," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.
Antara gambar yang dimuat naik di laman Instagram milik Julia. Julia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang status-statusnya di laman sosial Facebook dan gambar-gambar beberapa orang lelaki dengan kapsyen yang menggambarkan lelaki tersebut sebagai 'buaya darat' yang dimuat naik di Instagram miliknya pada minggu lalu. Bagaimanapun beberapa mesej berkenaan telah pun dipadamkan. Tambah Julia, perkara tersebut turut membuatkan dia bertindak di luar kawalan hingga menulis kata-kata agak kasar dan kesat pada kapsyen-kapsyen gambar yang dimuat naik. "Ramai yang tegur tentang perkara itu, malah ayah saya juga bertanya mengapa saya buat begitu, tetapi ketika itu saya hilang kawalan dan melepaskan geram itu di laman sosial. "Namun saya tahu kalau tegur mereka di laman sosial seperti itu bukan berfaedah pun, lagi menimbulkan kekecohan," katanya. Sementara itu, diminta mengulas tentang gambar daripada mesej aplikasi Whasapp yang dimuat naik pada malam Khamis tentang pendedahannya terhadap seorang lelaki yang membuat pelbagai tawaran lumayan kepadanya, Julia berkata, dia seringkali didekati oleh individu seperti itu.
Mesej daripada aplikasi Whasapp yang dimuat naik di Instagramnya pada Khamis. Katanya, perkara tersebut turut membuatkan dia menukar persepsi terhadap lelaki yang kebanyakkanya mendekati wanita atas kepentingan dan tujuan tertentu. "Saya serik dan tidak mempercayai lelaki buat masa ini, saya pun tidak tahu akhir-akhir ini seringkali didatangi lelaki-lelaki yang tidak berguna sahaja. "Baru-baru ini juga ada yang menawarkan saya untuk jadi duta produk dan saya tidak layan sehingga dia tawarkan untuk beri saya beg berjenama jika saya mahu keluar dengannya. "Perkara tersebut sangat keji dan menjengkelkan kerana mereka fikir wang ringgit itu boleh beli semua perempuan," katanya.

Jihan Musa Anggap Rawatan Pembedahan Muka Membazir

Pelawak Jihan Musa tidak pernah terfikir untuk melakukan sebarang rawatan tertentu mendapatkan wajah yang cantik seperti yang dilakukan kebanyakan selebriti. Jihan, 30, berkata, dia menganggap perkara tersebut sebagai suatu pembaziran dan lebih selesa dengan apa yang dikurniakan secara semula jadi. "Saya tidak pernah dikelilingi oleh mereka yang berbuat begitu, jadi saya tidak tahu di mana tempat mereka melakukan rawatan untuk jadi lebih cantik. "Pada saya tidak penting untuk membuat rawatan atau mengubah wajah kerana ia bukan sahaja berdosa, malah memerlukan kos yang tinggi. "Saya hanya menggunakan pencuci muka berharga kurang daripada RM20 sahaja setiap bulan," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran Super Spontan, di Talent Lounge, di sini, Jumaat. Jihan berkata demikian ketika mengulas tentang perubahan wajahnya yang kini dikatakan lebih berseri-seri berbanding pada awal kemunculanya dalam industri hiburan. Selain itu, gambar-gambar yang dimuat naiknya dalam laman sosial Instagram turut mendapat pujian peminat yang meminta dia untuk berkongsi rahsia kecantikkan.
"Saya masih sama seperti dahulu mungkin kerana usia sudah semakin dewasa dan saya akui lebih menjaga penampilan diri ketika keluar dari rumah. "Sejak jadi artis saya akan bersolek dan pilih pakaian untuk keluar ke tempat awam kerana saya tidak mahu peminat ambil gambar dalam keadaan tidak elok. "Lagi pun apa yang saya muat naik di Instagram itu sudah di edit menjadi lebih cantik," ujarnya. Tambah Jihan, apa yang lebih penting sebagai seorang selebriti ialah penampilan yang kemas dan selesa untuk didekati oleh masyarakat. Sementara itu, Jihan yang turut beraksi untuk program Warna Super Spontan musim ketiga ini juga mengakui teruja untuk bersama-sama terlibat dengan permainan secara spontan yang akan dilakukan bersama selebriti lain. "Ini kali pertama mereka tawarkan saya untuk terlibat, saya terus setuju kerana saya suka permainan secara spontan ini. "Saya tidak sasar untuk menang sebaliknya sekadar untuk berhibur dengan kawan-kawan yang lain," katanya. Warna Super Spontan akan bermula pada 22 Ogos depan secara langsung menerusi Astro Warna saluran 132, pada pukul 10 malam. Antara selebriti lain yang terlibat adalah Johan, Shuib (Sepah), Taukeh, Shahrol (Shiro), Micheal Ang, Achey, Sharifah Sakinah, Abam, Didie Alias, Yus (Jambu), Syuk dan Rahim.
Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails