Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Asmidar Mahu Kembangkan 'Murtabak Mat Labu'

Penyanyi Asmidar tidak malu untuk berniaga bagi membantu keluarganya menjual murtabak di bazar Ramadan Wangsa Maju sepanjang bulan Ramadan ni walaupun sudah popular. Asmidar atau nama sebenarnya Nor Hasmidar Ahmad, 28, berkata, gerai yang dikenali sebagai Murtabak Mat Labu itu sudah diusahakan sejak 20 tahun lalu dan kerana hasil titik peluh ibu dan ayahnya itu membuatkan namanya dikenali dalam industri hiburan tempatan. "Popular ke? Haha... Memang sejak kecil lagi saya dibesarkan hasil daripada perniagaan murtabak ibu dan ayah saya. Apabila dewasa, saya pun turut membantu mereka dalam menyambung tradisi perniagaan keluarga itu. "Tiada apa yang perlu dimalukan kerana ia rezeki halal. Kalau tidak berniaga, pastinya saya akan berasa pelik," katanya kepada mStar Online.
Selain itu, Asmidar turut menjual mi rebus dan roti canai di gerai bazaar Ramadan tersebut. Tambah Asmidar, dia bakal menyertai sebuah kursus usahawan muda untuk mengembangkan perniagaannya itu menjadi sebuah francais menjual produk sejuk beku murtabak serta roti canai pada empat tahun akan datang. "Sebagai seorang anak, saya kasihankan ibu dan ayah yang masih bertungkus lumus mencari rezeki berniaga di gerai. "Jadi saya meletakkan tempoh empat tahun untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan menjadikan murtabak dan roti canai ayah saya menjadi produk sejuk beku untuk difrancaiskan. Dalam perkembangan lain, Asmidar yang bernaung di bawah Warner Music Malaysia baru saja muncul dengan single lagu baharu Bila Cinta Ada.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails