Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

"Banyak Hati Perlu Dijaga" - Ibu Amyra Rosli

Ibu kepada pelakon Amyra Rosli iaitu Noor Zaridah Ahmad mahu menjaga hati keluarga Dazrin Kamaruddin apabila membuat keputusan mengunci mulut mengapa perkahwinan anaknya dengan pemuda berkenaan pada Jumaat ini dibatalkan. Noor Zaridah berkata, biarlah pihaknya sekadar membuka mulut bagi memaklumkan majlis berkenaan dibatalkan tanpa menjelaskan sebab-sebabnya. "Maafkan Kak Noor kerana tidak boleh bercerita lanjut mengenai punca pembatalan tersebut kerana tidak mahu isu itu berpanjangan sehingga menimbulkan macam-macam konflik kerana banyak hati yang perlu dijaga. "Cukuplah sekadar pihak kami memaklumkan pernikahan mereka dibatalkan," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa. Majlis pernikahan Dazrin, 26, dan Amyra atau nama sebenarnya Amyra Izzati Rosli, 23, sepatutnya berlangsung di Puchong dekat sini terpaksa dibatalkan pada saat-saat terkahir atas sebab-sebab peribadi. Pasangan berkenaan menjalinkan hubungan sejak Februari tahun lalu sebelum mengikat tali pertunangan pada 25 Ogos tahun yang sama. Dalam pada itu, Noor Zaridah berkata, dia juga ingin menjaga hati keluarga pihak Dazrin yang turut menerima kesan daripada kejadian tersebut.
Dia juga dia tidak mahu butiran mengenai isu tersebut akan mengeruhkan hubungan keluarga kedua-dua belah pihak yang masih kekal baik biarpun pasangan berkenaan tidak jadi berkahwin. "Jika macam-macam cerita keluar pasti akan menjadi lebih keruh dan apa pula kata pihak keluarga sebelah lelaki nanti dan itu yang Kak Noor ingin elakkan daripada berlaku. "Biarlah kami sahaja yang tahu apa tentang sebab sebenar kejadian ini berlaku," jelasnya. Sementara itu, ditanya mengenai persiapan yang telah dilakukan oleh pihak perempuan, Noor Zaridah enggan mengulas mengenai perkara berkenaan. "Apa yang boleh saya ulas persiapan yang dibuat belum sampai tahap kad diedarkan kepada tetamu dan butiran lain saya tidak boleh komen," ujarnya. Ditanya pula mengenai hubungan anaknya dengan Dazrin selepas pernikahan mereka dibatalkan Noor Zaridah sekadar berkata; "Mereka telah membatalkan perkahwinan, jadi...," ujarnya yang seolah-olah menggambarkan pasangan itu juga sudah tidak sehaluan lagi.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails