Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Eira Syazira Dipandang Serong Kerana Bisnes 'Online'

Pelakon Eira Syazira mengakui pernah dipandang serong oleh segelintir artis ketika mula berjinak-jinak dengan perniagaan secara dalam talian (online) beberapa tahun dahulu. Eira atau nama sebenarnya Syazira Shuhaimi, 30, berkata, dia yang merupakan antara artis terawal menceburi perniagaan dengan kaedah dalam talian pernah dituduh sebagai merendahkan maruah seseorang artis. "Saya artis terawal aktif buat perniagaan secara online dahulu, saya jual macam-macam benda sehinggakan ada artis yang tidak suka saya berbuat demikian. "Dahulu mereka kecam dan kata menjual secara 'online' itu seperti merendahkan status artis tetapi sebaliknya hari ini ramai sahaja artis yang melakukannya," kata Eira kepada mStar Online pada Majlis Tayangan Raya Astro di Hotel Royale Chulan, di sini, malam Rabu. Eira berkata, dia masih lagi menjalankan pelbagai jenis perniagaan secara dalam talian dan perkara tersebut kini menjadi sumber pendapatan terpenting kepada keluarganya. Katanya, dia yang kini mempunyai sebuah bazar di Bangunan Mara merancang untuk membuka sebuah butik tidak lama lagi. Sementara itu, Eira juga mengakui kesal dengan tuduhan sebuah akhbar bahawa dia dan suaminya Azad Jazmin sudah meninggalkan bidang lakonan. Katanya, dia dan Azad hanya berehat sebentar daripada dunia lakonan bagi menumpukan perhatian terhadap perniagaan masing-masing. "Saya dan Azad tidak berhenti berlakon, kami cuma berehat ebberapa bulan sahaja untuk menguruskan perniagaan kami. "Saya akan berlakon semula mungkin lepas raya nanti, sementara Azad sibuk mengembangkan pernigaan multi-level marketing (MLM), Rania Marketing. "Alhamdulillah, perniagaan kami berjalan lancar dan pendapatan bulanan yang kami dapat hasil perniagaan lebih daripada pendapatan di dunia lakonan," katanya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails