Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Ezany Dedah Rahsia Rumah Tangga Goyang Sejak 7 Tahun Lalu

Pelakon Ezany Nizariff mendedahkan rumah tangganya bersama Lizda Nuryanti Abidin, 32, mula bermasalah sejak awal perkahwinan mereka lagi aiitu kira-kira tujuh tahun lalu. Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani @Zohri Mohd Nizariff, 41, berkata, sepanjang tempoh tersebut dia cuba bertahan bagi menyelamatkan perkahwinan tersebut dan menganggap kemelut yang berlaku kini berada di tahap kritikal dan sudah tidak dapat untuk diselamatkan. "Masalah bukan berlaku baru-baru ini tetapi sejak awal perkahwinan kami lagi tetapi sebagai seorang suami saya cuba bertahan untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina. "Sepanjang tempoh itu saya banyak bersabar sehinggalah hadirnya saya ke mahkamah pada hari ini (semalam)," katanya kepada mStar Online. Ezany ditemui selepas sebutan pertama permohonan cerai secara baik yang difailkan Lizda di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling dekat sini pada Isnin. Pada prosiding tersebut, Ezany selaku defendan tidak bersetuju untuk bercerai secara baik sebaliknya membuat permohonan nusyuz terhadap isterinya itu yang difailkan pada pada 22 Julai lalu. Kes bersambung pada 3 September depan. Dalam pada itu, Ezany enggan mendedahkan punca sebenar konflik yang berlaku dalam rumah tangganya kerana khuatir masalah sedia ada akan bertambah buruk sehingga memberi kesan kepada prosiding di mahkamah. Jelas Ezany, cukuplah sekadar beberapa berita mengenai konflik rumah tangganya sebelum ini sudah menjadi perhatian umum dan baginya ia sudah memberi gambaran mengenai apa yang berlaku dalam perkahwinan mereka. "Banyak benda yang tidak boleh saya perkatakan secara terbuka kerana ia terlalu peribadi dan saya juga tidak berniat untuk membuka keaiban mana-mana pihak," ujarnya. Pergolakan rumah tangga pasangan berkenaan tercetus selepas Ezany mengakui isterinya minta diceraikan sebelum dia membuat laporan polis berhubung dakwaan wanita berkenaan dilarikan oleh seorang lelaki dikenali pada 17 Julai lalu. Ezany ketika itu memberitahu dia tidak mempunyai pilihan selain terpaksa membuat laporan di Balai Polis Kinrara, Serdang selepas isterinya tidak pulang ke rumah selama tiga hari. Ezany dan Lizda diijabkabulkan mereka pada 1 Julai 2007 dan mereka dikurniakan dua orang anak.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails