Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Harith Iskander Berusaha Kurus Kerana Usia Meningkat

Pelakon dan pelawak Harith Iskander nekad mengurangkan berat badannya selepas merasakan keperluan menjaga kesihatan ketika usia meningkat. Harith, 43, mengakui, pada usia sekarang dan ditambah dengan berat badan berlebihan turut menyebabkan dia sukar bermain dengan anak-anaknya kerana mudah berasa letih. "Hasrat saya kini hanya satu iaitu ingin kekal sihat selama mana yang boleh supaya dapat melihat anak-anak saya membesar sehingga dewasa. "Sebelum berkahwin saya tidak menjaga diri saya dengan baik tetapi selepas mempunyai anak kesedaran itu timbul dan apa yang saya lakukan ini (menguruskan badan) demi anak-anak," katanya kepada mStar Online.
Harith berkahwin dengan Jezamine Lim pada 2010 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Zander Xayne Iskander yang dua tahun dan Alessandrea Jayne Iskander, 9 bulan. Dalam pada itu, Harith mengakui bukan mudah untuk dia menukar gaya hidupnya namun sokongan daripada membuatkan dia nekad untuk berubah. Jelas Harith usahanya itu semakin menampakkan hasil apabila dia berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 24 kilogram dalam tempoh kurang daripada setahun. "Sebelum ini berat badan saya adalah 122 kilogram dan sekarang hanya 98 kilogram sahaja. Alhamdulillah berkat usaha dan sokongan keluarga saya berjaya.
"Bagaimanapun saya masih belum berpuas hati dengan berat badan sekarang dan menyasarkan untuk turun 18 kilogram lagi," jelasnya. Tambah Harith, dia akan memastikan dapat melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan aktiviti berjoging adalah paling diminatinya. Pelawak yang pernah terkenal menerusi siri Jangan Ketawa itu bakal muncul menerusi filem Despicable Me 2 versi bahasa Malaysia di saluran HBO (Astro 411) pada 28 Julai ini. Harith meminjamkan suaranya untuk watak sebagai Gru dalam filem berkenaan.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails