Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Isteri Adi Putra Tepis Gosip Terbaharu Tidak Tinggal Sebumbung

Isteri kepada aktor Adi Putra iaitu Aida Yusof berasa terkejut dengan gosip terbaharu apabila rumah tangganya sekali lagi dikatakan goyah sehingga mereka membuat keputusan untuk tidak tinggal sebumbung. Aida, 38, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan menganggap ia hanya satu gosip kosong yang tidak berfaedah dan sengaja disebarkan untuk memburuk-burukkan keluarganya. "Saya ada baca gosip tersebut dan ia mengarut sama sekali. Kami masih tinggal sebumbung dan Alhamdulillah kami masih lagi bahagia. "Ini pun, saya baru lepas hantar Adi ke KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) untuk dia menunaikan umrah di Mekah. "Pelik rasanya apabila ada pihak yang menyebarkan gosip itu lebih tahu masalah rumah tangga kami berbanding kami sendiri," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Isnin. Sebuah akhbar mingguan pada Ahad menerusi ruangan pojok melaporkan pelakon filem KL Gangster itu tidak tinggal serumah dengan isteri serta anak angkatnya, Zara Adelia Haadi.
Laporan tersebut turut berkata, selain kontroversi skandal dengan wanita berstatus isteri orang pada September lalu, kesibukan kerja dan perniagaan pakej umrah Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 33, turut membuatkan hubungan mereka suami-isteri semakin renggang. Dalam pada itu, Aida berkata, bersempena dengan bulan Ramadan ini, dia enggan menyimpan dendam dan memaafkan individu yang menyebarkan gosip tersebut. "Saya dah lali dengan macam-macam gosip tentang suami saya. Dan sekarang ini isu kami tidak tinggal sebumbung pula. "Bersempena dengan bulan Ramadan ini saya tidak mahu mencari musuh dan sedia memaafkan individu yang menyampaikan fitnah tentang kami. "Saya juga anggap ia sebahagian dugaan dalam rumah tangga kami. Syukur Alhamdulillah, hubungan kami semakin kuat," ujarnya. Sementara itu, selain sibuk menguruskan perniagaan pakej umrah, Aida dan Adi kini sibuk menguruskan perniagaan jualan jubah, kuta dan sampul duit raya di bawah label Malabis.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails