Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Kolaborasi baru Mawi

TIDAK hanya fokus kepada perniagaannya, Unequein, Mawi turut memperkukuhkan nama dalam bidang seni penciptaan lagu dan pengarahan drama. Selepas popular dengan lagu al-Haq Yang Satu berkolaborasi dengan AC Mizal, Mawi kini muncul dengan single terbaru ciptaannya bersama Sheikh Qalam dan Daly Filsuf, al-Nuraa (yang 5 yang 6). Lagu yang menceritakan tentang salah satu nama Allah dalam Asmaul Husna ini dipersembahkan oleh Mawi bersama-sama Daly dan Hazama. "Menariknya lagu ini dihasilkan dalam genre hip hop dan mengisahkan tentang seseorang yang mencari identiti diri sedangkan hati dan akal fikirannya tidak sehaluan dalam memberi jawapan," jelas Mawi. Katanya, single tersebut juga dijadikan lagu runut bunyi bagi telefilem terbaharu arahannya, Rock Sangkut yang disiarkan pada Hari Raya pertama lalu. Sementara itu penyanyi Hazama yang turut berlakon dalam Rock Sangkut memberitahu cukup senang bekerjasama dengan Mawi yang dianggapnya sebagai seorang yang selamba. Daly pula mengakui memang sudah lama menyimpan hasrat untuk berkolaborasi dengan Mawi dan teruja apabila dapat bekerjasama dalam mencipta dan menyanyikan lagu tersebut. "Saya sudah lama berhasrat untuk berkolaborasi bersama Mawi. Cuma tiada lagu yang sesuai. Akhirnya kami mendapat idea untuk mencipta sebuah lagu bergenre hip hop tetapi berkonsepkan ketuhanan," jelas Daly. Mengakui tajuk lagu tersebut mungkin menyukarkan pendengar untuk memahaminya namun kata Daly, lirik lagunya lebih mudah difahami. "Lagu ini memang berat pada tajuk tetapi liriknya mudah difahami malah kolaborasi kami bertiga juga tiada masalah," ujarnya lagi. Berkongsi kisah rayanya pula kata Mawi, seperti biasa dia pulang ke Johor menyambut Syawal bersama keluarga dan keluarga mertuanya. "Kita yang sudah berusia ini tidak ada beria-ia sambut raya macam zaman kanak-kanak dulu. Persiapan sederhana sahaja cuma lebih kepada keperluan dan kelengkapan anak sahaja. "Paling penting sambutan Syawal adalah untuk berhimpun adik beradik serta saudara mara. Itulah yang indahnya Hari Raya," jelas bapa kepada Cahaya Malaika yang kini berusia tiga tahun.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails