Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Almy Nadia Tak Suka Bau Nasi

Pelakon Almy Nadia yang kini sedang mengandung 15 minggu mengakui selera makannya yang selama ini gemar dengan masakan kampung kini lebih ke arah makanan ala barat. Almy atau nama sebenar Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, berkata, dia tidak sangka makanan kegemarannya seperti nasi berlaukkan tempoyak tidak lagi menjadi kegemaran sebaliknya dia langsung tidak berselera dengan makanan itu. "Bayangkan nak bau nasi pun saya tak boleh nak terima. Semua makanan kampung tidak memberi selera pada saya. "Tetapi, apabila melihat pelbagai makanan barat, bukan main berselera lagi saya mahu menjamahnya," selorohnya. Tambah Almy, dia juga gemar dengan minuman manis walaupun tahu ia tidak baik untuk kesihatannya serta bayi dalam kandungan. Dalam pada itu dia turut mengakui berat badannya naik mendadak iaitu daripada 55 kilogram (kg) sehingga 63 kg. "Risau juga bila berat badan naik. Tetapi doktor cakap itu benda yang normal sebagai ibu mengandung. "Tambah pula badan mula rasa cepat penat dan mengah. Sebab itu juga saya buat keputusan untuk kurang ambil sebarang tawaran lakonan," tuturnya. Kata Almy, dia hanya akan berada di belakang tabir menguruskan kerjaya suaminya, Fizz Fairuz. Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang. Pasangan itu turut memiliki seorang anak angkat bernama Nur Afrina Darwisya yang kini berusia 4 tahun.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails