Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Dynas Mokhtar terus kunci mulut

KEMELUT yang melanda kehidupan peribadi pengacara tinggi lampai, Dynas Mokhtar seakan tiada akhirnya tatkala sehingga ke hari ni masih ramai lagi pihak yang membuat andaian bahawa dia dan suaminya sudah tidak bersama lagi. Lebih menguatkan lagi gosip yang bertebaran, perkahwinan yang dibina sejak tahun 2008 itu telah musnah setelah Dynas dan suaminya, Hafizy Hafiz, didakwa telah bercerai awal tahun ini. Berikutan itu ramai pihak media cuba untuk dapatkan empunya badan bagi mendapatkan kepastian hal sebenar dari mulut pelakon filem Impak Maksima itu sendiri. Walau bagaimanapun, Dynas masih lagi berteka-teki tentang status sebenar dirinya kepada umum dan usaha pihak media untuk dapatkan dia juga gagal kerana Dynas lebih senang untuk mengunci mulut dan berdiam diri untuk mengulas perkara tersebut. Ada juga yang mengatakan, Dynas terpaksa menangguhkan perceraiannya kerana terikat dengan kontrak dengan sebuah jenama kelengkapan peribadi. Ketika Hits berpeluang bertemu dengan Dynas yang muncul dalam satu majlis di Kuala Lumpur baru-baru ini, tenang menjawab segala persoalan yang ditebak kepadanya. Ikuti perbualan Hits bersama Dynas. Hits: Boleh ceritakan sedikit apa perkembangan terkini Dynas sekarang? Dynas: Saya sekarang sibuk dengan bidang pengacaraan. Sekarang ini saya terlibat sebagai pengacara tetap untuk sebuah program berbentuk medik dan perubatan yang akan disiarkan tidak lama lagi. Sibuk sebagai pengacara, adakah itu membuatkan Dynas sudah tidak minat lagi dalam bidang lakonan yang dahulunya seakan sebati dengan diri Dynas? Dynas: Bukan sudah tidak minat. Saya akui masih minat berlakon,cuma sekarang saya letakkan keutamman kepada pengacaraan. Adakah sebab Dynas terlalu memilih watak menyebabkan Dynas pilih untuk kurang berlakon ? Dynas: Saya bukan terlalu memilih, cumanya saya masih menanti tawaran watak yang bagus dan sesuai dengan jiwa saya. Kebanyakan tawaran yang ditawarkan kepada saya,semuanya kurang menepati cita rasa saya. Selain sibuk mengacara dan menjadi duta beberapa duta produk, boleh berkongsi lebih lanjut tentang perancangan masa hadapan Dynas? Dynas: Selain sibuk dengan jadual kerja yang padat, saya kini mencari peluang untuk kembangkan lagi premis jualan aksesori dan pakaian ibu hamil Dynas Nursing Attire (DNA) di beberapa lokasi. Ada sesetengah pihak menyebarkan khabar angin kononnya Dynas sudah bercerai, adakah benar dakwaan tersebut atau sekadar omong kosong ? Dynas: Maaf, saya tiada komen mengenai perkara ini. Saya hanya boleh katakan, saya akan menjawab semua persoalan ini satu hari nanti dan apa yang pasti tidak dalam masa terdekat ini. Maksudnya Dynas akan mengadakan majlis sidang akhbar untuk umumkan kesahihan isu tersebut ? Dynas: Tidak. Saya tidak rasa akan membuat sidang media untuk jelaskan perkara tersebut. Mungkin satu hari nanti saya buat sesi fotografi atau sesi temu bual secara personal, baru saya beritahu.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails