Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Gosip Putus Tunang Dugaan Paling Buruk Farhan

Penyanyi Nur Farhan Azizan menganggap dugaan paling buruk sepanjang tempoh dua tahun setengah pertunangannya dengan Ahmad Rashadan Suhaimi, 30, ketika hubungan itu dikhabarkan putus. Farhan, 30, berkata, perkara tersebut terjadi ketika dia dan Ahmad Rashadan berhadapan dengan masalah dan ramai pihak cuba masuk campur dalam hal tersebut. "Ada satu ketika khabar angin mengatakan kami sudah putus ia mungkin ketika saya dilihat pergi ke mana-mana majlis secara bersendirian hingga menyebabkan orang sekeliling beranggapan begitu. "Pada ketika itu juga hubungan kami memang bermasalah masalah dan kami dalam usaha memperbaiki hubungan tersebut. Namun banyak pihak yang campur tangan sehingga keluar cerita-cerita tidak benar," ujarnya ketika ditemui pada sidang media mengumumkan perkahwinannya di Restoran Anggun Fusion, di Plaza Damas, di sini, Rabu. Pasangan ini bakal bernikah di Masjid Sultan Mizan Putrajaya, pada 10 Oktober depan. Manakala, majlis resepsi akan diadakan pada sebelah malam di Dewan Sri Endon dengan bertemakan Melayu Klasik. Farhan berkata, keputusan mendirikan rumah tangga dibuat setelah kedua-dua mereka bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai suami-suami isteri. Katanya, dia tidak mahu ianya dijalankan secara tergesa-gesa bagi memuaskan hati orang sekeliling. "Kami ambil masa lama untuk tempoh bertunang ini, ia agar kami benar-benar dapat memastikan kami berdua bersedia untuk memikul tanggungjawab berat itu. "Kami tidak mahu berkahwin kerana desakan keluarga atau orang di sekeliling, biar semua itu terjadi atas rasa kesedian kami sendiri," katanya. Dalam pada itu, Ahmad Rashadan pula berkata, sepanjang tempoh perkenalan hampir lapan tahun itu, pelbagai dugaan dan rintangan lain yang turut dihadapi bersama. Malah katanya, perkara yang dianggap sebagai dugaan itu sebenarnya menguatkan lagi kasih sayang mereka. "Kami tidak menganggap masalah itu sebagai satu masalah sebaliknya kami sentiasa mencari penyelesaian dengan baik. "Dugaan semasa bercinta pula ketika saya belajar di United Kingdom membuatkan kami terpisah selama tiga tahun dan berhubung hanya melalui e-mel," ujarnya. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 12 Februari 2012, namun mereka mengumumkan penangguhan rancangan perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada akhir tahun lalu atas alasan sibuk dengan kerjaya masing-masing.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails