Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Isteri mengandung, Nabil 'sentap'

"SAYA semakin sensitif. Jangan cakap lebih kurang nanti saya 'sentap'," ujar Nabil ketika ditanya tentang dirinya. Walaupun dia berkata dalam nada bergurau, Nabil tidak menafikan perasaan sensitif dan cepat 'sentap' begitu dirasakan sejak isterinya, Nazirah Ayub disahkan mengandung tiga bulan lalu. Biarpun begitu Nabil ternyata cukup teruja dengan kehamilan tersebut memandangkan anak pertamanya, Naira Mikayla hampir berusia dua tahun. "Apabila isteri mengandung saya memang risau jika dia mengalami sebarang alahan pada peringkat awal kehamilan. Tapi dia okey sahaja, saya tahu dia tak apa-apa. "Cuma saya pelik mengapa saya pula yang sensitif. Kalau ada orang cakap lebih kurang sahaja pasti saya akan marah dan merajuk. Tapi biasanya saya hanya mendiamkan diri. "Masa isteri mengandungkan anak pertama, saya buat tak tahu sahaja. Cakaplah apa sahaja saya akan 'buat bodoh'. Mungkin ini pengalaman buat saya kot," katanya tertawa. Pun begitu Nabil lebih mementing kesihatan Nazira atau lebih mesra disapa dengan nama Zira dan tidak membenarkannya untuk melakukan kerja-kerja berat. Segala-galanya dilakukan oleh Nabil untuk memastikan kandungan selamat dan tidak membebankan isterinya. Mengenai jantina anak pula, Nabil pastinya mengharapkan anak lelaki memandangkan anak pertamanya perempuan. Tapi dia tidak kisah seandainya anak yang bakal dilahirkan perempuan memandangkan itu amanah yang harus dipikul olehnya. Mengenai hal kerjaya pula, dia tidak menafikan terkejut apabila namanya tiba-tiba dikatakan akan disingkirkan daripada mengendalikan program MeleTOP bersama-sama Neelofa. "Masa awal-awal dapat berita saya terkejut juga. Saya hanya diamkan diri dan buat tak tahu sahaja. Bila berita tersebut tersebar saya jadi tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi. "Macam mana orang boleh bercakap begitu kalau tak ada hujung pangkal. Cuma apabila pihak produksi terangkan hal sebenar saya faham dengan apa yang berlaku. "Tak ada isu pun sebenarnya. Cerita nak singkir sesiapa pun tak pernah wujud dan mungkin hanya andaian sesetengah pihak sahaja. Apabila mereka terangkan situasi sebenar baru saya faham apa yang berlaku," jelasnya. Buat masa ini Nabil masih diberikan tanggungjawab untuk mengendalikan program MeleTOP selama setahun lagi dan kontraknya sebagai Artis Eksklusif Astro disambung selama dua tahun.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails