Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Julfekar mahu menduda

Bermula sebagai seorang pembantu peribadi, hubungan profesional itu akhirnya berlanjutan hinggalah ke alam percintaan seterusnya melayari badai rumah tangga sebagai pasangan suami isteri. Itulah kisah cinta antara komposer, Julfekar, 49, bersama dengan Min Yasmin, atau nama sebenarnya Nurul Yasmin Abdul Aziz, 26. Mengimbau kembali kenangan percintaan antara mereka berdua, jelas Julfekar, semuanya bermula ketika dia berhasrat untuk mencari seorang pembantu peribadi bagi dirinya. “Masa itu saya kenal dengan ibu Min dan dia pernah bertanya kepada saya ada kekosongan jawatan atau tidak di tempat saya bekerja. “Kebetulan pula, memang saya sedang mencari seorang pembantu peribadi dan itu yang saya ambil Min untuk bekerja dengan saya ketika itu," jelasnya. Bercerita lanjut, jelas Julfekar, semasa Min menjadi pembantu peribadinya, Min turut mengikuti kelas nyanyian yang diadakannya. “Ketika dia mengikuti kelas nyanyian bimbingan saya, apa yang saya lihat dia memang mempunyai bakat untuk menyanyi dan ketika itu banyak peluang menyanyi lagu tema drama dan filem saya berikan kepada dia. “Bermula daripada situ kami mula rapat dan saya pun berkongsi cerita tentang kontroversi yang melanda saya dan akhirnya, selepas empat tahun berkenalan, kami bersetuju untuk berkahwin," jelasnya. Bagi Julfekar sendiri, apa yang membuatkan dia tertarik pada Min adalah kerana keyakinan diri dan sifat mampu berdikari yang dimiliki oleh wanita itu. “Sebenarnya pada awal perkenalan saya tidak pernah terfikir untuk berkahwin dengannya. Saya ambil masa empat tahun untuk mengenali Min sebelum membuat keputusan berkahwin dengannya," ujarnya. Malah, bagi Julfekar sendiri, dia pernah terfikir untuk kekal dengan status duda selama-lamanya kerana enggan berfikir lagi tentang hal rumah tangga setelah gagal dengan perkahwinan sebelum itu. “Bekas isteri dan anak-anak yang minta saya supaya berkahwin kerana anak-anak saya juga sudah menerima Min dengan hati terbuka. “Selamat empat tahun itu saya berfikir sama ada mahu terus membuat keputusan untuk bernikah dengannya atau tidak. “Memang susah nak buat keputusan tetapi mungkin kekuatan untuk berumah tangga semula datang selepas mendapat kekuatan daripada anak-anak. “Itu yang tahun keempat barulah saya buat keputusan untuk bernikah dengan Min. Lagipun, sepanjang saya dihimpit dengan kontroversi, dialah yang banyak membantu dan memberi sokongan kepada saya. “Saya rasa itu juga salah satu faktor yang membuatkan saya rapat dengan dia sehingga akhirnya kami bertemu jodoh atas perancangan tuhan," jelasnya. Menangis depan Julfekar Bercerita tentang pengalaman selepas berkahwin pula, Min teringat satu peristiwa ketika usia perkahwinan mereka baru sebulan di mana dia telah mengalirkan air mata di hadapan suaminya. “Saya menangis sebab tak tahan dengan sikap dia yang cerewet. Ketika itu saya memang tertekan sangat dan itu yang sampai mengalirkan air mata. “Dia cerewet kerana dia pandai memasak. Apatah lagi sudah beberapa tahun hidup menduda, dia sudah biasa melakukan semuanya sendiri termasuk memasak. “Saya ni pula jenis orang yang jarang memasak. Semuanya disediakan oleh ibu dan itulah bila berkahwin, saya rasa tergugat sehingga mendapat komen pedas daripada suami. “Bila dia komen itu yang saya rasa tekanan sangat sehingga mengalirkan air mata. Tetapi sekarang semuanya sudah okey. Julfekar pun banyak puji masakan saya," katanya tersenyum. Ramai yang melihat muka Julfekar sebagai seorang lelaki dengan wajah yang garang. Tetapi bagi Min, sikap garang yang dimiliki Julfekar yang membuatkan dia jatuh hati. “Dia memang seorang yang garang apatah lagi dia jenis yang tegas bersuara. Kalau tidak tahan dengan ketegasannya, memang pedih telinga bila mendengar. “Tetapi di sebalik wajah garangnya itu, dia sebenarnya seorang yang periang dan suka buat lawak. Kadang-kadang dia akan jadi romantik dan itu yang orang tidak tahu tentang dirinya," kata Min. Tambah Min lagi, dia juga suka dengan seorang lelaki yang matang tetapi tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan Julfekar. “Saya pernah terfikir untuk berkahwin dengan orang yang lebih berumur sebab mereka ini lebih berpengalaman dalam mengendalikan kehidupan tetapi tidak menyangka pula akan berkahwin dengan Julfekar. “Status bujang atau tidak itu sebenarnya bukan masalah pada saya kerana apa yang penting ialah sikapnya. Saya menganggap semuanya sebagai satu kebetulan dan takdir yang ditentukan tuhan," jelasnya. Tambah Min, dia juga tidak menyangka yang Julfekar akan berkahwin dengannya kerana tidak mahu bertepuk sebelah tangan ketika itu. “Memang sebagai wanita, saya perasanlah yang ada tindak tanduk Julfekar ini menunjukkan seolah-olah dia minat dengan saya. “Cuma ketika itu saya tidak mahu bertepuk sebelah tangan dan menganggap hubungan kami seperti biasa sahaja. “Tetapi, lama kelamaan kami bertambah rapat. Sebelum berkahwin, memang nampak Julfekar berfikir betul-betul sama ada mahu meneruskan hubungan atau tidak," katanya. Tambahnya, kontroversi yang melanda mereka juga sedikit sebanyak merapatkan lagi hubungan antara mereka berdua. “Ada gosip yang mengatakan kami sudah berkahwin padahal ketika itu belum lagi. Kes-kes ini yang membuatkan kami semakin kerap berjumpa dan akhirnya, bermula dengan gosip, akhirnya kami betul-betul bernikah," katanya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails