Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Sangkal dakwaan sudah berkahwin - Zarina Anjoulie

KAHWIN dengan lelaki berkulit hitam. Itu cerita terbaharu yang dikaitkan dengan si jelita seksi menggoda ini. Sememangnya model dan aktres Zarina Anjoulie Lavocah tidak habis-habis dihimpit kontroversi panas, satu demi satu dilondeh ke pengetahuan umum. Sesetengah pihak menggelarkan dirinya seorang yang suka mencari kontroversi murahan dan ada juga yang mengecam sebagai perempuan yang suka berparti liar. Kerjaya lakonannya boleh dikatakan biasa-biasa sahaja, tetapi kisah dia yang suka bersosial lebih banyak diperkatakan, tidak kiralah di dada-dada akhbar dan di laman portal hiburan. Sebab itu apabila ada cerita yang mengatakan dia berkahwin dengan jejaka kulit hitam, ramai yang percaya, ia barangkali ada kebenarannya. Ketika berpeluang menemubual aktres drama Anak Pontianak ini, dia mengulas tentang cerita hangat terbaharu itu. Zarina ditemui di Mutiara Damansara bagi mempromosikan filem Amir dan Loqman Pergi Ke Laut (ADLPKL) arahan Mamat Khalid. Mengulas mengenai perkara tersebut, dia sama sekali menepis semua khabar angin dan menyifatkan itu semua tidak masuk akal. “Saya pun tak faham. Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba orang kata saya bercinta dengan Pak Hitam pula. “Peliklah. Lepas itu keluar pula cerita cakap saya sudah berkahwin. Kalau betul saya dah kahwin, siapa suami saya? Mana dia? Saya pun nak tahu siapa suami saya itu?" katanya tegas. Pelakon berusia 27 tahun ini, sememangnya marah dan berang terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan tuduhan tidak berasas kepada dirinya. “Sewaktu tersebarnya gosip ini, saya tiada pun di Malaysia. Saya sedang berada di Indonesia atas urusan kerja di sana. Memang rasa hendak marah sangat sebab orang pandai bercakap sesuka hati mereka tentang hidup saya. Kenapa macam itu ya?" tanyanya. Apa yang menduga citakan Zarina ialah cerita tidak benar itu turut memberi kesan kepada kawan-kawan baiknya. Mereka tidak berhenti daripada mempersoalkan kenapa tidak dijemput ke majlis perkahwinan bagai yang disebarkan? “Kawan-kawan menghubungi saya, mereka kecil hati dan terkilan. Kata mereka sampai hati tak jemput mereka semua di majlis perkahwinan saya. “Tapi saya tak mudah melatah, selagi kawan-kawan dan keluarga tahu cerita itu tidak benar, itu pun sudah mencukupi bagi saya," ujarnya lagi. Insiden ini membuatkan Zarina mempelajari sesuatu yang baharu dalam kehidupan.Malah Zarina turut tidak menolak sebarang kemungkinan bahawa cerita yang bertebaran itu dikuatkan lagi dengan penglibatan orang-orang terdekat di sekelilingnya. “Saya kini semakin berhati-hati dalam pergaulan seharian, baik dalam hubungan persahabatan, mahu pun dengan peminat. “Sekarang ini saya memang sangat berwaspada termasuklah dengan rakan-rakan di sekeliling. Ada juga kawan yang saya sudah tidak menghubungi lagi. “Saya sudah ‘buang’ mereka kerana tidak mahu lagi mengulangi kesilapan sama. Sekarang ini saya hanya mahu fokus dengan kerjaya sendiri sahaja," tuturnya lagi tatkala ditebak soalan mungkinkah semua ini berlaku disebabkan orang terdekat di sekelilingnya. Ada bisnes sendiri Mengulas mengenai pembabitan yang dilihat agak perlahan, dia mengakui seakan kurang berminat untuk muncul di kaca televisyen dan pawagam. Namun ini bukanlah bermakna dia tidak mahu berlakon lagi. Cuma ketika ini, dia semakin ligat menguruskan perniagaannya selain memberi tumpuan kepada tugas sebagai duta produk. “Lakonan saya dalam filem terbaharu ini bukanlah comeback pun. Cuma, saya sendiri sudah agak lama senyap, jadi tidak salah saya berlakon semula, sesekali. “Kalau dulu saya terpaksa menangguhkan pengajian kerana sibuk dengan penggambaran filem ini, jadi kini tahun untuk saya tumpukan perhatian pada pengajian," ujar pelajar jurusan undang-undang di Brickfields Asia College, Kuala Lumpur. Menolak sebarang anggapan yang mengatakan dirinya terlalu memilih watak, sebaliknya dia akan menerima setiap tawaran yang ditawarkan kepadanya jika dia rasakan berbaloi dan mampu beri sepenuh komitmen. Di samping itu juga, Zarina kini ligat menjadi usahawan kecil demi mempromosikan barangan kecantikan miliknya. “Saya sibuk mengusahakan dua produk kecantikan iaitu krim wangian, Ched Solid Perfume dan bertindak sebagai duta sejak dua tahun lalu. “Selain itu, saya juga ada produk minuman kolagen Ladies Secret Breast Out. Ia untuk kesihatan dalaman wanita bagi mencantikkan payu dara dan kulit," katanya yang bersyukur dengan sambutan yang menggalakkan daripada semua pengguna.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails