Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Shaheizy Sam Belajar Cakap Seperti Mamak

Pelakon Shaheizy Sam memberitahu terpaksa belajar bercakap seperti mamak bagi memberi kelainan terhadap lakonannya dalam filem Mamak Cupcake yang bakal ditayangkan bermula 28 Ogos ini. Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 32, berkata, ia bagi membuatkan penonton percaya dengan watak tersebut kerana wajahnya lebih kemelayuan. "Watak mamak ini memberi cabaran kepada saya kerana saya terpaksa membuat kajian tentang keseluruhan skrip yang diberi. Saya terpaksa cari di mana logiknya untuk saya menjadi seorang mamak kerana wajah saya Melayu. "Jadi, saya rasa perlu belajar untuk bercakap seperti seorang mamak, nasib baik pelakon seperti Veerasingam yang menjadi ayah saya dalam filem ini, dan Accapan banyak membantu," ujarnya.
Turut berlakon dalam filem itu ialah Siti Saleha, Faizal Ismail, Maria Farida, Azad Jasmin, Natasha Hudson dan Nur Risteena. Tambah Sam, dia juga terpaksa membuat kajian keseluruhan filem itu bagi memastikan ia tidak sama seperti komedi lain. "Ketika dapat skrip saya fikir macam mana nak beri kelainan dan menjadikan filem ini berbeza daripada filem komedi lain. "Saya buat kajian bagaimana watak saya boleh berada dalam keluarga mamak, saya tidak mahu penonton melihat saya dan filem ini stereotaip sahaja. Alhamdulillah semua pelakon banyak membantu terutamanya Azad Jasmin," ujarnya. Sementara itu, pengarahnya Woo Ming Jin beruntung kerana Shaheizy Sam menyatakan persetujuan untuk membawa watak MJ dalam filem komedi ini. Katanya, Sam merupakan pelakon pertama yang difikirkannya sesuai untuk menjadi peneraju filem ini. "Saya sangat gembira bila Sam bersetuju untuk berlakon dalam filem ini. Manakala bagi watak-watak lain, mereka melalui proses sesi pencarian bakat dan menilai sama ada sesuai atau tidak dengan karaktor yang dicari," katanya. Tambahnya, filem ini merupakan filem ringan yang sesuai untuk ditonton oleh semua golongan masyarakat dan seisi keluarga. Filem terbitan Grand Brilliance ini berkisarkan tentang seorang mamak yang bernama Mohamad Jamaludin atau dikenali sebagai MJ (Shaheizy Sam) yang berdepan dengan konflik dalam menentukan matlamat hidupnya. MJ memilih untuk menceburi bidang pembuatan cupcake sedangkan bapanya mengimpikan untuk dia mengendalikan perniagaan tradisi mereka iaitu kedai mamak. Filem Mamak Cupcake berdurasi 95 minit ini bakal ditayangkan diseluruh pawagam di Malaysia bermula 28 Ogos ini.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails