Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Sharnaaz minta Shila jangan ego

PELAKON Sharnaaz Ahmad pernah mendedahkan hubungannya bersama seorang wanita bernama Anis Al-Idrus. Di laman sosial Instagram miliknya, Sharnaaz beberapa kali memuat naik gambar bersama Anis, malah mereka juga dilihat hadir bersama-sama dalam beberapa acara hiburan. Difahamkan, Anis pernah bergelar penyampai berita dan wartawan penyiaran di sebuah stesen televisyen sebelum melebarkan kerjayanya sebagai model dan usahawan tudung. Wanita itu juga pernah membintangi beberapa buah drama seperti Gemersik Kalbu, Walid Walid dan Tangisan Bulan Madu 2. Terbaharu, Sharnaaz dan Anis dilihat hadir bersama-sama ketika majlis ramah mesra dan tayangan perdana filem Dollah Superstar di Mutiara Damansara, Petaling Jaya. Memanjangkan bicara mengenai perkembangan hubungannya dengan wanita itu, Sharnaaz mengakui masih belum mempunyai perancangan khusus. Dia bertegas, hubungan dengan Anis masih dalam fasa mengenali hati budi. Ikuti temu bual berikut. Dalam pada itu, Sharnaaz turut ditanya tentang isu yang mengaitkan krisis bekas kekasihnya, Shila Amzah dengan media Melayu gara-gara konsert penyanyi itu pada 13 September lalu. KOSMO!: Difahamkan anda sudah mempunya teman wanita istimewa bernama Anis, sudikah anda kongsikan sejauh manakah hubungan kalian berdua? SHARNAAZ AHMAD: Alhamdulillah saya sekarang sibuk dengan penggambaran beberapa buah drama dan akan membuka sebuah gimnasium Sharnaaz Ahmad Fitness Centre hujung tahun ini. Buat masa sekarang saya tidak pernah memikirkan sebarang perancangan lanjut bersama dia (Anis) dan itu saja yang boleh saya kongsikan buat masa sekarang. Mungkin anda juga ada mengikuti perkembangan kemelut antara Shila Amzah dan media tempatan. Apakah komen anda? Berbaik-baiklah. Sebab kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain dan saya pun suatu ketika dahulu pernah berdepan masalah sama dengan media. Bagi saya, tidak salah sekiranya kita saling membantu dan harus disedari bahawa media tempatan sebenarnya banyak memberi sokongan sebelum dia ke China. Mungkin dia pun ada betul dan ada salah, tetapi saya melihat semuanya berpunca daripada laman sosial seperti Instagram. Nasihat anda kepada Shila? Bersemuka dan jangan menggunakan laman sosial kerana orang sekeliling boleh tersalah tafsir, tambah pula dalam ruang tersebut terdapat ramai ‘kaki bakar’. Memang sebagai manusia, kita tidak boleh lari daripada kesilapan, sama seperti kejadian yang menimpa saya sebelum ini. Kalau saya buat salah, saya mengaku saya yang silap dan sedia berubah untuk kebaikan. Rendahkan ego masing-masing dan khalayak pun akan lebih menghormati kita. Terbaharu anda juga difahamkan telah menolak tawaran untuk sebuah sesi fotografi. Apakah komen anda? Saya berada dalam industri untuk berkarya dan tanggungjawab terhadap terhadap seni, bukan untuk publisiti tetapi berlakon. Saya fokus kepada kerjaya dan seperti kenyataan saya sebelum ini, saya menjadi pelakon bukan kerana mahu popular. Saya tidak kisah orang benci asalkan saya buat apa yang saya rasa selesa. Ceritakan sedikit tentang watak anda dalam filem Dollah Superstar arahan Kabir Bhatia? Saya melakonkan watak lelaki lembut dan metroseksual bernama Shah Dazzle. Saya banyak membuat rujukan daripada jurusolek dan individu di sekeliling saya. Kabir pula memberikan 11 jenis bahan rujukan berbeza untuk dijadikan panduan.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails