Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Tasha terus diganggu - Tasha Shila

Kalau kita lihat dalam media sosial yang melibatkan akaun artis jelita ini, sudah banyak gambar intim mereka yang dirakamkan. Mudah kata, tiada lagi rahsia akan kisah percintaan si manis ini dengan lelaki yang mesra dipanggil Hans, seorang peninju Muay Thai berbangsa Cina yang juga merupakan buah hatinya pada ketika ini. Malah, baru-baru ini timbul lagi satu gosip yang mendakwa mereka dilihat bercumbu-cumbuan mesra di satu lokasi, tetapi pantas dinafikan oleh wanita ini. Peliknya kata Tasha, dalam dia asyik bercerita tentang soal teman lelaki, masih ada lagi lelaki yang berusaha untuk cuba mencuri hatinya. "Memang tidak dinafikan, sampai sekarang walaupun banyak keluar cerita tentang saya dan Hans di media, masih ada lagi lelaki yang cuba untuk mendekati saya. Ada juga yang mahu saya meninggalkan Hans," katanya, dalam ketawa manja. Pun, nekad untuk hanya menjalin hubungan dengan seorang lelaki dalam satu masa, Shila mengambil keputusan untuk tidak terlalu melayan lelaki lain. Dijelaskan dengan baik, bahawa dia perlu menghormati hubungan yang baru terjalin sekarang ini. "Memang terkejut juga sebenarnya tetapi saya beritahulah kepada mereka yang saya sedang mengenali Hans sekarang ini. "Jadi buat masa sekarang, saya tidak mahu mengenali lelaki lain lagi kerana perlu hormat hubungan dengan Hans," katanya tentang lelaki bernama Han Chen Wong, 24 tahun itu. Jodoh tidak ke mana Wanita ini juga mengambil pendirian untuk berkongsi kisah hatinya yang telah dimiliki kerana ia adalah perkara yang benar berlaku dalam kehidupannya hari ini. "Bagi saya, benda betul tidak ada gunanya untuk disorokkan. Namun, tidak bolehlah terlalu berlebih-lebihan bercerita, bimbang orang pun naik muak juga," katanya lagi. Berbalik hubungan dengan Hans juga, bagi Tasha, dia sendiri sudah tidak tahu untuk bercerita apa lagi tentang hubungan mereka sebaliknya hanya menyerahkan kepada jodoh sahaja dalam keadaan sekarang. "Setiap kali orang bertemu dengan saya, pasti soalan yang sama akan diberikan iaitu tentang hubungan saya dengan Hans. "Tetapi saya sebenarnya sudah tidak ada apa yang hendak diceritakan. Cukup saya katakan, kami berdua selesa dengan keadaan sekarang. "Saya pun tidak suka dengan lelaki yang suka mengawal. Setakat ini, kami masih boleh bertolak ansur antara satu sama lain, jadi tiada masalah," katanya. Tentang perancangan seterusnya dalam hubungan, Tasha tanpa rahsia mengaku semestinya mahu berkahwin awal. Sudah sampai masanya untuk hidup berteman, tetapi semua hal itu terserah pada jodoh. "Kalau tanya saya, memang saya nak kahwin awal tetapi bagi saya kita hanya merancang dan Tuhan yang menentukan. "Mungkin jodoh itu belum sampai lagi. Memang betul, apa yang kita lakukan mesti ada matlamat. Begitu juga dalam hubungan kami. "Tetapi manusia merancang, kalau belum tercapai lagi matlamat yang kita kehendaki, kita hanya mampu berserah. Mungkin rezeki belum sampai," jelasnya yang masih lagi dalam proses mengenali hati budi si jejaka yang juga merupakan seorang peninju muda. Berkahwin bukan mudah kerana banyak perkara yang perlu difikirkan. Justeru, Tasha enggan terburu-buru. "Masing-masing sibuk dengan kerjaya, itu yang membuatkan kami membiarkan hubungan ini berjalan dengan sendirinya," jelasnya. Meskipun mengakui sudah masanya untuk dia hidup berkeluarga pada usia 27 sekarang, pun dia tidak meletakkan sebarang sasaran untuk menamatkan zaman bujangnya. Bunyinya agak klise, tetapi realiti itu perlu didepani, sekurang-kurangnya buat masa sekarang ini. "Saya tak letak sasaran dan saya sendiri tidak tahu jodoh saya dengan siapa. Sekarang ini, dengan Hans saya berkawan rapat. Kalau ada jodoh antara saya dengan dia, kami akan berkahwin. Kalau tiada jodoh dengan dia, hidup perlu diteruskan," katanya tersenyum. Tak lari daripada gosip Menyentuh tentang gosip, Tasha kini sedang menjadi pengacara rancangan hiburan yang turut menyiarkan gosip artis tempatan, Galaksi yang disiarkan di sebuah saluran TV swasta. Bagi Tasha, dia berharap tidak ada rakan-rakan artis yang terasa sekiranya dia diberi tanggungjawab untuk berbicara soal gosip tentang diri mereka. "Jika saya di set penggambaran, saya menjadi watak yang diberikan pengarah, begitu juga dengan pengacaraan. Saya menyampaikan apa yang ditugaskan sahaja. "Jika di luar, saya menjadi diri saya sendiri. Cuma di dalam bidang kerja, saya buat kerja," katanya. Tambah Tasha, dia juga bersedia untuk bercerita tentang dirinya andai kata ada gosip melibatkan dirinya. "Dari dulu lagi, saya mengamalkan untuk tidak lari daripada berhadapan dengan mana-mana gosip melibatkan diri saya. "Bagi saya ia adalah cara bagaimana seseorang artis itu menghadapi gosip. Saya sendiri, dari dulu lagi sudah menghadkan setiap perbuatan saya. "Bukan kerana saya hos Galaksi, jadi saya kena jaga tingkah laku untuk mengelak daripada gosip. Jadi hos atau tidak, saya tetap Tasha yang sama," katanya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails