Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Yantzen Terima Hakikat Sudah Tidak Popular

Penyanyi kelahiran Singapura, Yantzen tidak terkilan jika namanya semakin dilupakan kerana ia adalah lumrah kehidupan sebagai seorang artis. Yantzen atau nama sebenarnya Yantzen Juniwan, 56, berkata, dia menerima hakikat zaman kegemilangannya sudah lama berlalu tambahan pula kehadiran penyanyi-penyanyi baharu yang mewarnai industri hiburan ketika ini yang tidak langsung melenyapkan penyanyi-penyanyi lama. "Saya tak kisah pun sudah tidak popular kerana zaman kegemilangan itu saya sudah rasai dan kini ia digantikan pula dengan wajah-wajah baharu. Tiada apa yang perlu disedihkan kerana sekurang-kurangnya masih ada orang yang ingat pada lagu-lagu nyanyian saya malah undangan membuat persembahan masih banyak biarpun ia tidak mendapat liputan media," katanya kepada mStar Online. Yantzen sebelum ini adalah vokalis kumpulan Rusty Blade akhir 1980 sebelum menyertai kumpulan May pada tahun 1992 dan selepas itu bergerak secara solo. Dalam pada itu, Yantzen berkata, selain memenuhi undangan nyanyian dia kini banyak meluangkan masa dengan melakukan aktiviti amal dalam membantu golongan kurang bernasib baik dan anak-anak yatim.
Jelas Yantzen, dia juga turut menubuhkan sebuah pertubuhan bagi tujuan tersebut dan mengajak golongan belia untuk sama-sama dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Penglibatan golongan belia terutamanya remaja dalam pertubuhan ini bukan sahaja dapat mendidik mereka tentang keperluan membantu sesama manusia tetapi salah satu kaedah supaya mereka menjauhi perkara-perkara yang tidak berfaedah. Alhamdulillah lawatan yang kami lakukan di beberapa lokasi mendapat sambutan baik daripada golongan ini malah mereka juga turut menghulurkan bantuan kewangan biarpun jumlahnya tidak besar tetapi ia menunjukkan semangat mereka untuk membantu," jelasnya. Sementara itu, Yantzen berkata, buat masa ini dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menghasilkan album terbaharu kerana sedar dengan masalah kejatuhan penjualan album yang dihadapi oleh industri muzik tempatan. Kos menjadi faktor utama dan dengan pasaran sekarang bukan mudah untuk menghasilkan sebuah album dan saya sangat realistik terhadap perkara itu," katanya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails