Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Cantik Stacy sekarang

MIZZ LAHAR sempat menonton konsert Akademi Fantasia 2014 minggu pertama dan kali ini bukannya mahu menegur apa-apa yang berkaitan produksi rancangan realiti itu, cuma biji mata Mizz Lahar asyik tak lepas memandang wajah juara Akademi Fantasia musim ke-6, iaitu Stacy. Tiada apa yang tidak kena dengan Stacy, cuma Mizz Lahar terpesona dek rupa paras Stacy yang makin mengancam. Rasanya sejak konsert pembukaan, lain sungguh Mizz Lahar tengok Si Stacy. Sepertinya struktur muka Stacy makin terbentuk, terletak terutama pada bahagian tulang pipinya. Hati kecil Mizz Lahar juga terdetik untuk menyelongkar akaun Instagram Stacy dan Mizz Lahar jadinya semakin kagum dengan perubahan Stacy. Memang bertambah-tambah cantik dan lebih kurus sekarang. Tapi Mizz Lahar tidak mahu meletakkan sebarang anggapan nista kerana zaman sekarang pelbagai teknik solekan wajah sudah berkembang pesat dan jurusolek pun bijak mengenakan produk yang berkualiti untuk menghasilkan karya luar biasa pada wajah bukan? Bak kata orang solekan boleh menutup cacat cela. Mungkin juga seri wajah Stacy bertambah seiring pertambahan usia. Tidak salah pun kalau Stacy punyai pipi bak pauh dilayang, hidung mancung bak seludang dan dagu bak lebah bergantung. Ciri-ciri wanita yang cukup sempurna untuk menambat hati arjuna!

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails