Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

CINTA JARAK JAUH - NUBHAN AF6 BERTUNANG DENGAN BAKAL DOKTOR

Perkenalan sejak enam tahun lalu yang berputik ketika di Pulau Pangkor akhirnya bakal membawa ke jinjang pelamin. Demikianlah halnya dengan bintang Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Nubhan, 28, yang selamat melangsungkan pertunangan 11 pagi semalam dengan Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 25. Pertunangan serba sederhana itu telah diadakan di kediaman keluarga Afifah di Seremban 2, Negeri Sembilan. "Kami rancang bernikah dalam tempoh setahun lagi. Ikutkan lagi cepat lagi elok tapi dalam masa yang sama dia (tunang) perlu melunaskan baki pengajian setahun lagi di Mesir. "Dia bakal doktor gigi dan sepanjang tempoh kenal kami memang melalui cinta jarak jauh," ujar Nubhan sebagai berkata.
Mengenai cinta jarak jauh antara mereka, menurut Nubhan pada mulanya memang cukup perit bercinta sedemikian rupa. Katanya, dia boleh jadi separuh gila kerana cinta jarak jauh ini, namun Alhamdulillah ia semakin dipermudahkan menerusi panggilan video untuk melepas rindu. "Pada mulanya juga dia tak faham kerjaya seni saya. Ambil gambar dengan artis wanita pun dia pernah cemburu. Selalunya boleh jadi gaduh sebab perkara remeh.
"Tapi sekarang dia mula memahami. Selain itu dia cantik dan manja pada mata saya," tambahnya. Untuk info, Nubhan dan Afifah berasal dari tempat yang sama iaitu Kuala Pilah, tetapi hanya berbeza daerah.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails