Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Eina Azman tidak berpakaian terdedah

Suami kepada Eina Azman iaitu Datuk Paduka Gurmet (Gmix) Singh, menasihatkan aktres itu supaya tidak lagi berpakaian terdedah selepas mendirikan rumah tangga pada 31 Ogos lalu. Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman, 19, berkata, suaminya itu begitu peka dengan imej yang dibawakannya lebih-lebih lagi sejak menjadi mualaf pada 31 Julai 2014. "Suami memang ada meminta saya untuk berpakaian sopan selepas kami kahwin. Tidak susah mana pun kerana sebelum ini saya bukannya berpakaian terlalu mendedahkan. "Sebagai seorang wanita yang memegang status isteri juga, saya perlu menjaga nama baik suami dan keluarga," katanya kepada mStar Online. Tambah Eina, dia juga bersyukur melihat perubahan suaminya yang bersungguh-sungguh mahu mendalami agama Islam walaupun baru beberapa bulan bergelar mualaf.
Selain itu, Eina turut bersama-sama dengan suami mempelajari agama sekurang-kurangnya sekali seminggu dengan neneknya. "Saya faham, tidak boleh paksa dia buat macam-macam kerana dia masih lagi baru dalam Islam. Biar satu demi satu dia belajar. "Tetapi apa yang saya lihat, dia yang bersungguh-sungguh apabila membabitkan hal-hal agama. Macam-macam dia tanya kepada nenek dan ayah saya terutamanya tentang solat. "Lebih mengharukan, dengan inisiatif sendiri, dia mengajak ayah saya sembahyang Jumaat bersama-sama. Dan sebagai isteri saya memberi sokongan sepenuhnya selain turut belajar bersama dengan dia," ujarnya. Sementara itu, Eina mengakui, sejak mendirikan rumah tangga, dia mula berubah kepada seorang wanita yang lebih matang. "Mungkin kerana pergaulan saya dengan suami serta rakan-rakannya, membuatkan saya lebih matang. Dan saya pun kena kurangkan sikap kebudak-budakan saya, selari dengan status isteri yang dibawa," tuturnya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails