Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Kahwin Mac depan? - Sharifah Sakinah

MULA-MULA Aida mahu ucapkan tahniah buat pelakon cantik kita Sharifah Sakinah yang dikatakan bakal melangsungkan majlis pertunangannya hujung bulan ini. Mengenali Sakinah, dia memang seorang yang suka berterus terang sebab itu Aida memang tidak terkejut untuk mendengar kisah dia mahu bertunang ini. Sebelum ini lagi memang Sakinah sudah menjelaskan dia senang menjalinkan hubungan dengan seorang juruterbang. Malah sudah hampir setahun pun mereka berkenalan, memang elok sangatlah kalau sudah buat keputusan untuk bertunang. Menurut kata seseorang, Sakinah akan membuat pengumuman mengenai majlis perkahwinannya pada hujung tahun ini. Tetapi kalau ikut cerita yang didengar pertunangan ini nanti hanya akan mengambil masa enam bulan sahaja sebelum mereka diijabkabulkan pada bulan Mac depan. Tidak lama lagi lah sebenarnya. Menurut kisahnya, kekasih Sakinah ini agak pemalu sebab itu kisah percintaan mereka tidak terlalu digembar-gemburkan. Tetapi mahu buat macam mana kan, memandangkan sudah berkawan dengan artis mahu tidak mahu kenalah terima kenyataan berita-berita sebegini akan sentiasa mendapat tempat di media. Walaupun sibuk dengan Fitness Sakinah nampaknya pelakon ini tetap ada masa mengisi hatinya dengan cinta. Malah pada waktu ini tentunya Sakinah sedang sibuk merangka majlis pertunangannya. Sama ada dia akan menjemput media, Aida tidak tahu, tetapi rasanya tidak payah pun untuk mendapatkan kepastian memandangkan Sakinah ini memang seorang yang mudah memberikan jawapan. Kita doa sahaja majlis Sakinah nanti akan dimudahkan. Cuma Aida musykil lah, mungkinkah akan ada gambar pra perkahwinan Sakinah dan bakal tunang di awan biru nanti.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails