Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Melissa Saila Kunci Mulut Isu Burukkan AR Tompel Dalam Saloma

Pengarah drama Melissa Saila enggan memberikan sebarang respons terhadap rasa kesal pelakon Adlin Aman Ramlie yang mendakwa telefilem biopik berjudul Saloma arahannya memaparkan kisah berat sebelah bapa Adlin iaitu, Allahyarham AR Tompel selain terdapat banyak kesalahan fakta. Melissa menerusi pesanan aplikasi WhatsApp kepada mStar Online pada Rabu secara ringkas memberitahu dia tidak mempunyai sebarang komen berhubung dakwaan tersebut. "Maaf, saya tiada komen," katanya.
Terdahulu dalam laporan mStar Online menerusi artikel bertajuk 'Telefilem Saloma Papar Tohmahan Buruk Terhadap AR Tompel', Adlin berkata, telefilem itu memberi impak buruk kepada waris-waris AR Tompel dan peminat setia seniman itu. Malah kata Adlin bapanya telah dieksploitasi oleh pihak penyiar, penulis, penerbit, pengarah dan pelakon dalam pelbagai nada prejudis malah berunsur kecaman yang telah mengaibkan sehingga mampu menjejaskan kredibiliti dan reputasinya. Telefilem yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Mencuri Guruh dan Pandang Kaseh telah disiarkan menerusi saluran Astro First Eksklusif bermula 28 Ogos lalu. Ia menampilkan pelakon Nabila Huda sebagai Saloma, Tony Eusoff (Tan Sri P. Ramlee), Azhan Rani (A.R. Tompel), Sazzy Falak (Mariani) dan Sharifah Amani (Siput Sarawak).
Pihaknya Adlin yang diwakili peguam dari Azam & Co telah pun mengambil tindakan awal menerusi penghantaran notis kepada Astro agar telefilem itu segera dihentikan. Bagaimanapun tiada respons diberikan pihak berkenaan. Satu sidang media akan diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada petang Khamis (esok) bagi mendapat liputan umum berkenaan isu tersebut.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails