Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Syura Enggan Rujuk, Kes Cerai Yatt Hamzah Tangguh

Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa membenarkan bekas suami Syura, Mohd Fadhly Md Yassin,33, menarik semula permohonan pengesahan lafaz rujuk yang telah dibuat secara lisan pada 10 November tahun lalu. Hakim Syarie, Abdul Halim Muhammad membenarkan permohonan itu selepas Mohd Fadhly menyatakan tidak mahu meneruskan kes tersebut selepas Syura selaku defendan enggan rujuk semula. "Saya tidak mahu kes ini berlanjutan dan hadir ke mahkamah lagi yang mana akan menyusahkan defendan. Oleh itu saya menarik semula permohonan ini bagi memudahkan kedua-dua pihak," ujar Mohd Fadhly. Terdahulu Abdul Halim memberi pilihan kepada plantif sama ada untuk menangguhkan kes atau mendapatkan khidmat guaman sebelum membuat sebarang keputusan. Hal ini berikutan, Fadly kelihatan keliru ketika ditanya mengenai pendiriannya untuk meneruskan kes tersebut atau tidak. "Awak sepatutnya berbincang terlebih dahulu sebelum datang ke mahkamah dan jangan buat keputusan terburu-buru. Kamu juga boleh mendapatkan khidmat peguam supaya lebih jelas dengan perjalanan mahkamah," jelasnya. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 29 Mac 2006 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Mereka disahkan bercerai talak satu pada September lalu.
Yatt Hamzah Kes Perceraian Yatt Hamzah Tangguh 12 Mac Dalam pada itu, di Dewan 11 kompleks mahkamah sama, mahkamah menangguhkan perbicaraan permohonan perceraian yang difailkan oleh pelakon dan pengacara Yatt Hamzah atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 35. Hakim Mohd Saifullah Hamzah membenarkan permohonan tersebut selepas suaminya Abdul Mutalib Abdul Shukor, 35, memaklumkan pihaknya akan melantik peguam untuk meneruskan kes itu. Terdahulu, peguam syarie Noraini Fauzi yang mewakili Yatt selaku plaintif memaklumkan kepada mahkamah, anak guamnya telah memfailkan permohonan untuk bercerai mengikut seksyen 47 undang-undang keluarga islam wilayah-wilayah persekutuan 1984. Tambah Noraini, pihaknya telah menyerahkan saman kepada defenden pada 10 Februari lalu. Sementara itu, Abdul Mutalib memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia mahu menarik semula kes kerana ingin mendapatkan khidmat kaunseling berhubung masalah rumah tangganya. Bagaimanapun, Mohd Saifullah menjelaskan plantif telah pun memfailkan permohonan itu dan kedua-dua pihak perlu berbincang dengan peguam masing-masing bagi meneruskan kes perceraian mereka. Mahkamah seterusnya menetapkan 12 Mac depan untuk sebutan kes dan lantikan peguam. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 29 Mac 2009.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails