Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Isu Dadah: Shah Iskandar Tidak Simpan Dendam

Pelakon Shah Iskandar tidak menyimpan perasaan dendam terhadap pihak yang menabur fitnah kononnya dia terlibat dalam penyalahgunaan dadah sehingga berat badannya menyusut secara mendadak. Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 33, berkata, dia tidak mempunyai sebab untuk berbuat demikian kerana ramai pihak tidak mengetahui cerita sebenar disebalik kehilangan berat badannya memandangkan dia tidak bercakap mengenai hal itu secara terbuka sebelum ini. "Biasalah gosip tetapi saya tidak ambil hati kerana mereka tidak tahu mengenai cerita sebenar disebalik apa yang berlaku. "Jujurnya saya tidak menyimpan dendam pun dengan pihak yang membuat dakwaan tersebut," katanya kepada mStar Online. Terdahulu, Shah menjelaskan penyusutan berat badannya disebabkan oleh jangkitan kuman dalam paru-paru sehingga dia terpaksa dimasukkan ke sebuah hospital selama dua minggu untuk mendapatkan rawatan. Jelasnya, kesan daripada penyakit dan pengambilan ubat-ubatan telah menjadi penyebab utama kepada penurunan berat badannya secara mendadak. Dalam pada itu, Shah memberitahu keadaan kesihatannya kini semakin pulih dan kejadian itu telah membuka matanya untuk lebih peka terhadap penjagaan kesihatan. Katanya, sebelum ini dia terlalu fokus kepada kerjayanya tanpa menghiraukan kesihatan dan kejadian itu memberi pengajaran kepadanya. "Sebelum ini saya tidak begitu peka terhadap penjagaan kesihatan dan apabila sudah jatuh sakit baharulah sedar tentang betapa pentingnya nikmat itu," katanya. Dalam perkembangan lain, Shah berkata, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran dua buah drama bersiri arahan Shuhaimi Lua berjudul BIB dan Nasuha.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails