Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Nabila Huda Perlahan Kerjaya Untuk Urus Anak

Pelakon Nabila Huda mengambil keputusan untuk memerlahankan kerjaya lakonan pada tahun ini bagi menumpukan perhatian terhadap anak perempuannya Keisha, 5, yang kini sudah memasuki alam persekolahan. Nabila, 31, berkata, dia mahu menguruskan sendiri hal berkaitan persekolahan anaknya itu tanpa mengambil khidmat pembantu rumah. "Saya memang sudah rancang tahun 2015 ini akan perlahankan kerjaya lakonan kerana anak saya, Keisha kini sudah memasuki tadika. "Saya perlu membahagikan masa secukupnya untuk dia dan kerja agak saya ada masa untuk buat sarapan pagi, hantar dan ambil dia balik dari sekolah," katanya kepada mStar Online. Nabila ditemui pada majlis pelancaran filem terbaharunya berjudul Munafik yang diadakan di Restoran Haslam, di sini, malam Rabu. Tambah Nabila, dia enggan mengambil pembantu rumah kerana beberapa pengalaman yang membuatkan dia tidak kurang percaya untuk menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada orang lain. Sementara itu, Nabila berkata, dia hanya memilih untuk mengambil tawaran telefilem dan filem yang tidak memerlukannya menghabiskan masa terlalu lama di lokasi penggambaran. "Saya akan ambil tawaran telefilem atau filem sahaja kerana penggambarannya tidak terlalu lama seperti drama bersiri. "Seperti filem Munafik ini saya sudah rancang yang mana penggambarannya pada malam hari, sementara siang saya boleh bersama anak Keisha. Namun, pada malam itu terpaksa juga saya tinggalkan dia dirumah atuknya sekejap," katanya. Sementara itu, ditanya soal kewangan apabila dia memerlahankan kerjayanya, Nabila berkata, dia tidak pernah memikirkan hal tersebut. Katanya, dia hanya mahu melalui kehidupan sederhana yang membuatkan dia lebih bahagia. "Pasal duit saya tidak fikir sangat kerana saya bukan perempuan yang mahu hidup dengan kemewahan. "Saya lebih selesa hidup sederhana dan dapat menghabiskan masa bersama anak dan keluarga," ujarnya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails