Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Saya Anggap Dia Sebagai Seorang Kakak - Zizan Razak

Pelakon Zizan Razak menjelaskan tiada sebarang hubungan istimewa antara dia dengan Naib Presiden Gen Next Astro, Putri Yasmin Megat Zaharuddin seperti khabar angin yang tersebar. Zizan, 31, berkata, hubungan rapat tersebut hanya berkaitan dengan urusan kerja semata-mata, malah telah menganggap wanita itu sebagai kakaknya sendiri. "Saya tidak tahu bagaimana gosip seperti jni boleh tersebar dan saya anggap ia sebagai sesuatu yang mengarut dan kelakar. "Hubungan kami hanya atas dasar kerja kerana dia pengurus dan bos saya sahaja, malah, juga saya anggap dia sebagai seorang kakak," ujarnya ketika ditemui pada tayangan perdana filem Cicakman 3 di Cathay Cineleisure, di sini, malam Selasa. Zizan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang khabar angin mempunyai hubungan istimewa dengan wanita tersebut. Sementara itu, Zizan berkata, perkara tersebut merupkan fitnah yang membuatkan dia agak tertekan untuk berhadapan dengan media.
Jelasnya, kemesraan mereka telah disalah tafsir oleh pihak tertentu. "Saya tidak tahu ini fitnah jenis apa dan saya tidak mahu ia diperbesarkan lagi. Saya juga harap pihak media memberi saya bernafas untuk menjawab isu ini," ujarnya. Dalam pada itu, ditanya tentang hubungan dengan kekasihnya Emma Maembong, Zizan berkata, dia tidak mahu membuat sebarang kenyataan tentang itu. Sementara itu, ditanya tentang kegagalannya untuk hadir di tayangan media filem Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh pada 26 Februari lalu, Zizan berkata isu itu sudah diselesaikan. Katanya, dia sudah bertemu dan meminta maaf kepada pengarah Mamat Khalid tentang perkara yang berlaku itu. "Perkara itu sudah selesai dan saya sudah bertemu dengan Mamat Khalid untuk meminta maaf kerana tidak dapat hadir pada tayangan itu. "Saya bukan segaja untuk berbuat demikian terutama dalam mempromosi filem lakonan saya sendiri. Ini sahaja sumber rezeki saya dan saya perlu buat yang terbaik. "Bagaimanapun, tentang alasan itu biar saya dan dia sahaja yang tahu," ujarnya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails