Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Faezah Elai Selesa Berlakon Bawah Arahan Suami Kerana Berhijab

Pelakon Faezah Elai memberitahu lebih selesa berlakon di bawah arahan suaminya, Heykal Hanifah sejak dia mengambil keputusan untuk berhijab pada Februari lalu. Faezah, 33, berkata, dengan cara itu lebih mudah bagi dia memilih watak yang bersesuaian dengan imejnya sekarang agar boleh menjaga batas wanita bertudung. "Bukan tidak mahu berlakon di bawah pengarah lain tetapi kadang-kadang saya tidak dapat memenuhi kehendak watak diberikan kerana saya kini sudah bertudung dan saya perlu menjaga batasan. "Bagi mengelakkan masalah, lebih baik saya berlakon bawah arahan suami, sekurang-kurannya dia faham jika saya tidak selesa melakukan sesuatu yang tidak bersesuaian dengan imej sekarang," katanya kepada mStar Online. Bagaimanapun kata Faezah, dia masih menerima tawaran daripada produksi lain dan menerima sekiranya ia bersesuaian dengan imejnya kini. Dalam pada itu, Faezah menjelaskan dia enggan mengulas mengenai keputusannya bertudung sejak Februari lalu kerana tidak mahu memperbesarkan hal berkenaan. Sebaliknya Faezah berkata, sudah tiba masanya dia menutup aurat kerana ia bukan sesuatu yang pelik. "Tiada apa yang ingin saya jelaskan berhubung keputusan itu cuma sudah tiba masanya saya berbuat demikian," katanya. Sementara itu, Faezah berkata, selain berlakon dia kini sedang giat mempromosikan produk penjagaan wajah keluarannya iaitu Purest. Jelasnya, inspirasi dalam penghasilan produk berkenaan selepas dia mengalami masalah wajah yang agak teruk sebelum ini. "Buat masa ini saya belum melancarkan produk berkenaan secara rasmi sebaliknya menggunakan medium media sosial untuk menjualnya. "Alhamdulillah selepas saya sendiri amalkan produk berkenaan ia memberi kesan positif dan barulah saya berani menjualnya kepada orang lain. "Insya-Allah sambutan menggalakkan dan berharap dapat melancarkannya secara rasmi nanti," jelasnya. Dalam perkembangan lain, baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Wadi untuk siaran slot Zehra di TV3.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails