Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Puteri Sarah Bakal Buka Gedung Pakaian Muslimah

Selepas empat tahun menimba pengalaman bekerja di butik milik orang lain, pelakon Puteri Sarah memberitahu dia dan suaminya Syamsul Yusof sudah bersedia untuk membuka sebuah gedung pakaian muslimah. Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 30, berkata, gedung yang diberi nama Shara Islamic Fashion World yang akan dilancarkan pada September depan kini masih dalam proses pengubahsuaian. "Alhamdulillah, selepas empat tahun bekerja di butik orang saya lebih yakin untuk buat pelaburan dan buka gedung pakaian sendiri, saya gunakan pengalaman menguruskan butik tersebut sebaik mungkin. "Sebenarnya sudah lama Syamsul suruh buka, tetapi saya tidak yakin. Syamsul pun sebelum ini tercari-cari peluang perniagaan lain yang tidak melibatkan dunia seni," ujarnya kepada mStar Online. Puteri Sarah berkata, dia kini dalam proses untuk mencari 30vendor pakaian muslimah yang berminat menempatkan produk mereka di gedung tersebut.
Sementara itu, Sarah mengakui pembukaan gedung itu juga secara tidak langsung merapatkan hubungannya dengan suami. "Ketika Ramadan kami mencari lokasi yang sesuai untuk gedung ini dan selepas itu kami mengerjakan umrah. Kami buat projek ini sama-sama dan hubungan suami isteri itu lebih akrab. "Maklumlah, sebelum ini komitmen berbeza, dia sibuk dengan penggambaran dan saya dengan kerja-kerja di butik," ujarnya. Dalam pada itu, bercerita tentang ibadah umrah yang dilakukan pada Ramadan lalu, Puteri Sarah berkata, ia merupakan niat suaminya yang mahu menunaikan ibadah tersebut setiap kali menjelang Ramadan. Katanya, seperti tahun lalu, dia mengambil kesempatan tersebut untuk berdoa dikurniakan cahaya mata dan dipermudahkan urusan perniagaan yang baharu diceburinya itu. "Syamsul berniat selagi termampu untuk menunaikan umrah setiap kali bulan Ramadan dan berpuasa di sana. Saya juga ambil peluang macam tahun sebelum ini iaitu untuk dikurniakan cahaya mata. "Tahun ini juga saya berdoa agar urusan gedung dan perniagaan kami dipermudahkan dan mendapat keberkatan," ujarnya.

Nourul Wahab Dedah Individu Cuba Burukkannya

Penyanyi Nurul Wahab atau kini dikenali dengan ejaan Nourul Wahab mendedahkan ada pihak cuba memburukkan diri dia di laman blog miliknya. Nourul atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab, 38, berkata, individu yang menggunakan nama samaran sebagai Tasha sering menulis komen negatif yang memburuk-burukkan dia dengan bertindak mendedahkan kisah-kisah lampaunya. "Ada individu yang saya perhatikan sejak kebelakangan ini sering menulis komen negatif dan mendedahkan kisah-kisah saya dahulu di ruangan komen setiap posting di blog saya. "Individu itu menggunakan nama sebagai Tasha dan menulis seperti dia tahu semua tentang kisah hidup saya, walhal apa yang ditulis itu tidak benar sama sekali," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Isnin. Nourul berkata, dia terpaksa menapis semua komen yang ditulis di ruangan yang disediakan di blog tersebut bagi mengelakkan ia terpapar secara automatik dan menimbulkan kontroversi. Dia juga mengakui akan memadam komen berunsur negatif daripada pembaca blog yang dianggap memberi aura negatif kepada pembaca blog lain. "Setiap kali saya post artikel, dia akan komen yang bukan-bukan dan nasib baik juga memang saya tapis setiap komen pembaca sebelum siarkan kepada umum kerana saya tidak mahu ada yang komen negatif. "Walaupun dia tahu komen tersebut tidak disiarkan, dia tetap juga menulis yang menyakitkan hati dan memang ingin saya membaca catatan itu," ujarnya. Tambah Nourul, dia juga sering membalas komen tersebut menerusi tulisan blognya secara khusus menjurus kepada individu tersebut. Sementara itu ditanya tentang ejaan nama baharu iaitu Nourul Wahab, wanita ini berkata dia mahu dikenali dengan ejaan nama tersebut sebagai penjenamaan baharu bagi dirinya. Nourul menambah, ia adalah ejaan bahasa Perancis dengan sebutan yang sama dan sering digunakan oleh suaminya Eric Depp. "Saya mahu dieja dengan ejaan Nourul kerana dalam bahasa Perancis sebutannya tetap Nurul dan sejak saya berkenalan dengan suami saya, dia sering menggunakan ejaan nama sebegitu. "Lagi pula, saya mahu rebranding semula nama itu untuk projek terbaharu saya iaitu lagu bahasa Perancis tidak lama lagi," ujarnya.

Puteri Balqis Tenang Dikutuk Kerana Foto Berbikini

Bapa kepada aktres kanak-kanak Puteri Balqis iaitu Azizi Aziz enggan mengendahkan kritikan segelintir pihak terhadap foto berbikini anak perempuannya yang tersebar luas di laman sosial. Azizi, 37, dalam satu mesej ringkas kepada mStar Online pada Isnin berkata, dia tidak peduli dengan kata-kata dilemparkan kepada anaknya yang berusia lapan tahun itu. "Kami gembira di sini (pulau) malah tidak peduli dengan orang lain. Biarlah mereka membuat penilaian sendiri," katanya menerusi mesej menerusi aplikasi WhatsApp. Terdahulu, gambar Puteri Balqis di sebuah pulau yang memakai bikini di Instagram miliknya mendapat kritikan hebat daripada pengguna laman sosial sehingga ada yang tergamak melebelkannya sebagai pengikut Yahudi.
Malah ada berpendapat gambar berkenaan mampu mengundang kepada kegiatan pedofilia yang menjadi isu baru-baru ini dikalangan anak-anak selebriti. Tambah Azizi berkata, Puteri Balqis membaca kesemua komen-komen negatif mengenai gambar tersebut namun dia tenang terhadap kritikan yang dilemparkan. "Dia digelar dengan pelbagai gelaran tetapi dia tenang membaca semua komen tersebut. Dia okay," katanya. Pada 11 Disember 2014, Puteri Balqis menerima trofi Pelakon Wanita Terbaik di Asian Television Awards 2014 yang berlangsung di Marina Bay Sands, Singapura. Dia juga pernah memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Skrin (ASK) 2014 yang berlangsung pada 7 November 2014.

Bapa Digugurkan Jawatan TPM, Najwa Dapat Sokongan

Anak kepada bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu penyanyi Najwa Mahiaddin mendapat sokongan peminat selepas bapanya digugurkan daripada memegang jawatan dalam kabinet. Najwa yang memuat naik status “Allah knows best” (Allah lebih tahu) di laman sosial Twitter miliknya turut menganggap apa yang berlaku adalah qada dan qadar daripada Allah.
Status berkenaan diumuat naik sejurus selepas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman mengenai senarai baharu barisan kabinetnya pada tengah hari Selasa. Menerusi pengumuman itu, Muhyiddin selaku timbalan perdana menteri digugurkan jawatan dan digantikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Jawatannya sebagai Menteri Pendidikan turut digugurkan. Dalam status Twitter miliknya, Najwa turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang memberikan komen dan melahirkan sokongan kepada bapanya itu.

Nubhan Nikah Doktor Gigi 29 Ogos Depan

Penyanyi Nubhan mengesahkan akan menamatkan zaman bujangnya pada 29 Ogos depan bersama bakal doktor gigi, Afifah Hidayah Taufek, 26, dalam satu majlis di kediaman wanita itu di Seremban. Nubhan, 29, berkata, majlis pernikahan tersebut akan diadakan secara sederhana dengan dihadiri keluarga terdekat, rakan-rakan termasuk pihak media. Majlis akad nikah akan diadakan selepas Zuhur, manakala majlis resepsi pihak perempuan diadakan pada keesokan harinya iaitu 30 Ogos dan pihak lelaki pada 31 Ogos di sebuah dewan di Kuala Pilah. "Alhamdulillah, selepas lebih 10 bulan mengikat tali pertunangan kami memilih untuk disatukan pada tarikh 29 Ogos iaitu pada hari Sabtu di Seremban. "Setakat ini tetamu dianggarkan 2,000 orang termasuk keluarga, rakan-rakan terdekat, pihak media dan kenalan yang mengenali saya," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Selasa. Nubhan berkata, persiapan perkahwinannya sudah 80 peratus siap dan dilakukannya secara sendiri tanpa menggunakan khidmat perunding perkahwinan. Dia juga menerima beberapa penaja yang mahu menaja perkahwinannya secara ikhlas dan mudah untuk berurusan. "Saya dan keluarga buat sendiri perkahwinan ini, memang pada asalnya kami ambil perunding perkahwinan tetapi banyak sangat hal, jadi saya buat sendiri sahaja. "Penaja pun banyak yang saya terpaksa tolak kerana susah nak berurusan, saya tidak kisah sangat siapa yang ingin menaja perkahwinan saya tetapi biarlah orang itu ikhlas dan tidak banyak masalah. "Saya akui ada penaja yang nama-nama besar dalam industri ingin taja tetapi susah betul untuk berurusan dengan mereka, jadi saya batalkan dan bagi sahaja pada orang yang tidak ada nama," ujarnya. Dalam pada itu, Nubhan berkata, dia akan memberi wang hantaran sebanyak RM20,000 kepada pihak perempuan, dengan lima dulang hantaran. Nubhan mengikat tali pertunangan dengan Afifah Hidayah dalam satu majlis di kediaman wanita itu pada 7 Oktober 2014.

Nor Albaniah Jawab Dikutuk Kerana Imej Seksi

Pelakon Nor Albaniah menganggap hinaan pengikut laman sosial terhadap penampilan seksinya kerana mereka tidak mengenali dia sebagai pelakon zaman 90-an yang sudah sinonim berimej sedemikian. Pemilik nama sebenar Nor Albaniah Raffie, 45, berkata, kebanyakan yang mengutuk tentang imejnya itu merupakan generasi baharu. "Apa yang saya lihat mereka yang kutuk-kutuk saya ini adalah budak baru yang tidak kenal saya pun, saya bukan sekarang ni baru nak seksi. Mungkin emak mereka yang kenal saya lebih tahu penampilan seksi saya sejak dulu lagi. "Saya juga bukan perasan untuk jadi muda seperti yang sering mereka katakan sebaliknya saya sudah biasa berpakaian dengan imej sedemikian," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.
Nor Albaniah berkata demikian ketika diminta mengulas apabila terdapat segelintir pihak yang mengecam penampilan seksinya yang dianggap sudah tidak lagi sesuai untuk umurnya yang kini mencecah 40 an. Tambahnya, penampilan tersebut tidaklah keterlaluan dan apa yang lebih penting ialah keselesaannya. "Saya tidak rasa ia seksi kerana dulu pun saya pakai begini tiada pula yang kecam dan pada saya ia normal sahaja. Apa yang saya pakai itu ringkas dan selesa," katanya. Sementara itu, Nor Albaniah berkata, dia tidak pernah mengambil peduli tentang komen-komen negatif pengikut di laman Instagram terhadapnya. Dia hanya membaca dan memadam komen yang dianggap terlalu melampau sehingga boleh menjajaskan maruah. "Saya okey sahaja orang nak kutuk-kutuk kat Instagram, tidak pernah pun layan dan balas komen mereka kerana tidak mahu berbalah. "Tapi kalau ada yang benar-benar melampau saya akan padam kerana tidak mahu orang lain baca dan terpengaruh," katanya. Dalam pada itu, ditanya tentang pasangan hidup, aktres yang sudah 20 tahun bergelar ibu tunggal ini mengakui sukar untuk menerima lelaki dalam hidupnya. Dia sentiasa berhati-hati terhadap lelaki yang cuba mendekatinya dengan niat tertentu. "Saya tidak ada kawan lelaki yang istimewa kerana saya sendiri membataskan diri untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki. "Bagi saya banyak lelaki yang tidak ikhlas untuk berkawan dan ada niat lain yang tidak baik. Lagi pula saya sudah selesa dan boleh berdikari sendiri," ujarnya. Nor Albaniah terkenal dengan filem Adik, Main-Main Hantu dan Kekasih Awal Dan Akhir.

Hanez Suraya Ulas Isu Rumah Tangga Bermasalah

Pelakon Hanez Suraya enggan buka mulut apabila perkahwinannya dengan ahli perniagaan, Romie Razin Adilha Abd Rais yang baru mencecah empat bulan dikatakan sedang bermasalah. Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abdul Aziz, 30, berkata, tiada apa perlu diperjelaskan berhubung dakwaan berkenaan selain dia perlu menghormati suami dan keluarga kedua-dua belah pihak. "Tiada komen. Ini kerana sekarang saya sudah bergelar isteri orang dan tidak elok untuk saya mengulas tentang perkara tersebut secara terbuka," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Selasa. Hanez diminta mengulas perkahwinannya dengan Romie dikatakan sedang dilanda masalah sehingga menyebabkan dia meluahkan perasaan sedih menerusi beberapa perkongsian status bergambar di laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini.
Aktres itu bernikah dengan Romie pada majlis yang diadakan di Masjid Putra, Putrajaya pada 14 Mac lalu. Dalam pada itu, Hanez berkata, dia bimbang sekiranya dia memberi komen berhubung dakwaan berkenaan ia akan disalah anggap oleh sesetengah pihak. Lebih parah kata Hanez, ia akan menyebabkan masalah lain dikemudian hari. "Isu dan kontroversi bukan perkara baharu dalam karier saya dan apa yang saya pelajari dari pengalaman lalu adalah jangan cepat melatah dan ambil sikap berdiam diri.
"Apa yang orang ingin kata tentang saya atau telahan mengenai rumah tangga kami, biarlah," katanya. Tambahnya lagi, fokus dia kini adalah menguruskan rumah tangga, suami dan anak-anak tiri selain menjaga kandungannya yang sudah memasuki empat bulan. Bercakap mengenai kehamilannya, Hanez berkata, kandungannya berada dalam keadaan baik dan berharap peminat mendoakan kesihatan mereka berdua. "Alhamdulillah sudah masuk empat bulan dan keadaan saya sekarang baik-baik sahaja seperti mana wanita mengandung yang lain," ujarnya.

ADIK KENA BULI DENGAN SENIOR - ALMY NADIA LUAH RASA SEDIH

Baru-baru ini, isteri kepada Fizz Fairuz, Almy Nadia telah melahirkan rasa tidak puas hati di laman sosial apabila adiknya yang sedang menuntut di sebuah sekolah berasrama di Pulau Pinang disyaki dipukul oleh empat orang pelajar lelaki tahun akhir. Tindakan beliau memuat naik status tidak berpuas hati dengan tindakan empat orang pelajar itu berjaya mendapat perhatian Kementerian Pendidikan dan mereka sudah membuat tinjauan ke sekolah berasrama terbabit. "Saya begitu sedih apabila dimaklumkan adik saya dipukul oleh senior di sekolahnya. Apabila dimaklumkan, adik saya itu digantung sekolah kerana keluar pada waktu malam tanpa kebenaran, dia telah dimarahi oleh saya terlebih dahulu.
"Namun, dia tidak pula mengadu dipukul oleh empat orang pelajar kerana keluar tanpa kebenaran. Cerita dia dipukul itu, disampaikan oleh kawan ibu saya. "Adik saya telah dibawa pulang namun masih berada dalam keadaan trauma. Dia tidur sepanjang hari dan enggan bercakap dengan sesiapa kerana ketakutan. "Ibu saya telah membawa adik saya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut dan membuat laporan polis," ujar Almy dipetik sebagai berkata. Menurut Almy, beliau sama sekali tidak menyangka kes buli yang semakin menular ini akan terjadi kepada adiknya sendiri. Baginya, tindakan undang-undang perlu diambil bagi membanteras kes ini daripada terus berleluasa. Tambahnya, Kementerian Pendidikan, polis dan sekolah serta ibu bapa pelajar yang terbabit bakal membuat perbincangan pada Isnin ini untuk tindakan selanjutnya. "Selalunya kita melihat cerita sebegini di dada akhbar tetapi tidak sangka pula terjadi pada ahli keluarga kita sendiri. Saya yang meminta agar adik lelaki saya itu dimasukkan ke sekolah yang baik agar dia mendapat pendidikan terbaik untuk masa hadapan. "Pada mulanya, memang saya risau juga kerana ada pelajar sekolah yang memberi komen negatif terhadap status yang saya muat naik di Instagram. Namun negara kita ada undang-undang, mereka tidak boleh bertindak sesuka hati saja," jelasnya.

SYAIFUL ZERO SELAMAT NIKAH

"Alhamdulillah…. selesai majlis akad nikah my bro @syaiful_zero dgn sekali lafaz, semoga berbahagia selalu dan dimurahkan rezki," demikianlah kata Sharif Zero apabila abangnya, Syaiful Zero selamat disatukan dengan wanita pilihannya hatinya, Ashura Rudy, 27, dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Surau Kampung Pantai Bahagia, Kudat, Sabah, kelmarin (24 Julai). Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Daerah Kudat iaitu, Kabil Bin Sazali dengan hanya sekali lafaz. Syaiful atau mesra dipanggil Melati telah menyerahkan mas kahwin berjumlah RM100 dengan wang hantaran sebanyak RM10,000.
Difahamkan, buat masa ini, Syaiful dan pasangannya masih lagi belum menentukan tarikh yang sesuai untuk majlis bersanding. Sebelum ini, Syaiful memberitahu beliau terpaksa menangguhkan tarikh perkahwinan beliau dari bulan Februari kepada Julai kerana ingin fokus kerjaya selain menghantar ibunya menunaikan haji dan membuat rumah baharu di Kudat. Walaubagaimanapun sekitar bulan Jun lalu, rumah mereka di Sabah telah musnah dijilat api dalam satu kebakaran berpunca daripada litar pintas.

GARA-GARA BERBIKINI - PUTERI BALQIS DILABEL PENGIKUT YAHUDI

Nama pelakon cilik berbakat besar, Puteri Balqis tiba-tiba panas gara-gara beberapa keping gambarnya berbikini tersebar di laman sosial. Gambar tersebut mendapat reaksi pelbagai pihak hingga mencetuskan perbalahan antara pengikut di laman Instagram kanak-kanak berusia 7 tahun ini. Ramai memberikan pandangan berbeza terhadap cara pemakaian pemenang anugerah 'Pelakon Wanita Terbaik Asean' ini malah turut dilabel sebagai pengikut Yahudi.
Ada juga yang yang menyifatkan perkara sebegini mampu mengundang kepada kegiatan pedofilia yang sebelum ini telah berlaku kepada anak-anak selebriti terkenal seperti Tomok, Harith Iskander dan juga Erra Fazira dan banyak lagi perbalahan yang akhirnya dipadam pada ruangan komen akaun Instagram selebriti kecil ini. Apa-apa pun, pandangan setiap individu adalah berbeza dan jika dilihat pada beberapa gambar yang dimuat naik di IGnya, Balqis kini sedang menikmati percutiannya dan selaku insan yang waras, janganlah mudah meletakkan penilaian ke atas diri seseorang sebelum melihat diri sendiri.

BERPAKAIAN SEKSI - ZAHIDA RAFIK DIKECAM PEMINAT

Pada bulan Ramadan lalu, para peminat Zahida Rafik melahirkan rasa gembira apabila melihat pelakon ini berjinak-jinak memakai tudung walaupun sekadar untuk menghormati bulan tersebut. Ramai yang mendoakan agar Zahida terus bertudung selepas tamat Ramadhan, atau sekurang-kurangnya tidak lagi tampil seksi. Ternyata harapan hanya tinggal harapan apabila semalam satu gambar yang dimuatnaik oleh Zahida di laman IGnya telah mendapat kritikan netizen.
Melihatkan kepada kapsyen pada gambar yang dimuatnaik, kemungkinan Zahida menghadiri sebuah majlis yang mempertemukan dia dan rakan lama. Selain pelakon ini, gadis yang mengenakan busana gelap di dalam gambarnya itu turut sama dicemuh. Seperti kebiasaan yang kita lihat di bahagian komen IG yang ada perbalahan, pastinya ada pihak yang menyokong dan membantah apa yang dilakukan oleh selebriti ini sehinggakan menjadi satu pertengkaran berpanjangan.

"SAYA MASIH BELUM BERSEDIA BERHIJAB PENUH" - FAZURA

Nur Fazura mengakui dirinya belum lagi bersedia untuk bertudung walaupun sering berselendang ketika Ramadan baru-baru ini. Dalam masa yang sama, Fazura turut menyatakan bahawa perkara tersebut adalah sesuatu yang besar baginya dan bukanlah boleh dibuat main-main lebih-lebih lagi ia melibatkan hubungan dengan Tuhan. "Saya belum lagi bertudung penuh, sebab saya rasa penghijrahan ini adalah satu yang besar. Kalau saya betul2 nak berhirah tu banyak benda yang saya kena fikirkan. Ianya perlu datang dari hati, bukannya saya tak bersedia sepenuhnya.
"Kenapa saya beselendang tu ialah hanya semata-mata untuk menghrormati bulan ramadan. Satu lagi memang saya suka berselendang, saya rasa bila saya pakai first day tu,second day saya rasa nak pakai lagi, third day nak pakai lagi, saya rasa… tak tau, the feeling is very nice. "Kalau nak berhijab penuh tu, kena tunggu dululah. itu antara saya dan Allah. Penghijrahan itu pada saya bukan perkara yang main-main dan perkara diambil ringan. Ia datang dari hati dan ikhlas," ujar Fazura dipetik sebagai berkata. Semoga usaha Fazura untuk berhijab akan terlaksana satu hari nanti, malah peminatnya di Instagram pun sentiasa memuji selebriti ini jika dia memuatnaik gambar bertudung di laman sosial tersebut.

Berat Badan Turun, Abam (Bocey) Berjaya Kawal Nafsu Makan

Pelakon dan pelawak Abam (Bocey) mendedahkan berat badannya mula menunjukkan penyusutan ketara selepas mula mengamalkan diet dan mengambil pemakanan sihat sejak Disember tahun lalu. Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 27, berkata, dia juga telah berhenti daripada mengambil nasi sebagai karbohidrat dan lebih tertumpu kepada sayuran dan buah-buahan. "Pada awalnya memang sukar apabila saya mengambil keputusan untuk tidak lagi mengambil nasi tetapi Alhamdulillah kini saya sudah terbiasa tidak makan nasi. "Diet yang betul dan pemakanan sihat banyak membantu dalam penurunan berat badan selain senaman bersesuaian," katanya kepada mStar Online. Abam memberitahu dia sebelum ini saiz pinggannya berukuran 58 sentimeter dan kini turun kepada 52 sentimeter. Dalam pada itu, Abam berkata, dia juga mengamalkan kiraan kalori bersesuaian setiap kali ingin menikmati sesuatu hidangan. Jelas Abam, dia hanya akan mengambil kalori bersesuaian dengan badannya dan kaedah itu banyak membantunya mengawal nafsu makan. "Pengiraan kalori juga amat penting dalam proses menguruskan badan dan saya memang ada pengetahuan dalam keadah pengiraan kalori yang dibelajar ketika zaman sekolah dahulu. "Alhamdulillah setakat ini saya disiplin dalam memastikan pemakanan yang diambil seimbang dan tidak berlebihan," jelasnya. Tambah Abam, dia juga telah membuang tabiat merokok dan ia turut membantu dalam proses mengurangkan berat badannya. Sementara itu, Abam berkata, dia tidak menyasarkan untuk mendapatkan bentuk tubuh yang langsing sebaliknya ingin menumpukan kepada pemakanan sihat dan kesedaran tentang kesihatan dirinya. "Sebelum ini memang saya akui cepat letih dan sukar bernafas jika terlalu aktif melakukan sesuatu tetapi selepas berdiet dan bersenam saya mula nampak perubahan ketara pada diri saya. "Ini bukan soal untuk kurus tetapi lebih kepada untuk menjaga kesihatan dengan cara yang betul," ujarnya.

Johan As'ari Kongsi Pengalaman Beraya Di India

Pelakon Johan As'ari memberitahu pengalaman sambutan Hari Raya Aidilfitri di India terlalu berbeza dan tidak semeriah seperti disambut di negara ini. Johan atau nama sebenarnya, Johan Arrif As'ari, 29, berkata, dia bersama rakan-rakan berpeluang beraya di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di India pada hari pertama Syawal bersama perantau yang lain. "Pengalaman beraya di India sangat berbeza, mujur saya dijemput untuk solat Aidilfitri bersama di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di India, dapatlah saya makan ketupat dan beraya bersama-sama warga Malaysia dengan berbaju Melayu. "Selepas habis beraya bersama mereka kehidupan seperti biasa, di India sambutan tidak semeriah di Malaysia. Keadaan seperti hari-hari biasa sahaja. Rasa rindu pula untuk beraya di negara sendiri," ujarnya kepada mStar Online.
Johan berada di India sejak Jun lalu bagi mendalami ilmu agama selama empat bulan bersama beberapa orang rakan. Sementara itu, dia juga menganggap Syawal kali ini paling memilukan apabila disambut tanpa insan istimewa iaitu ibunya Allahyarham Firdaus Abdul Kader yang meninggal dunia pada 30 Mei lalu. Katanya, perkara paling mengudang kesedihan apabila terkenang tugas ibunya yang melakukan persiapan baju raya sebelum mereka sekeluarga pergi menunaikan solat sunat Hari Raya. "Perasaan susah untuk digambarkan, sudah tentu saya rasa sedih dan rindu terkenangkan ibu, arwah adalah orang yang paling sibuk ketika Hari Raya. "Sebelum kami ke sembahyang raya, dia akan tengok anak-anak dia punya baju dan persiapan lain agar tiada apa yang kurang," ujarnya.
Tambah Johan, biarpun menyambut lebaran di perantauan, dia tetap menghubungi keluarga bagi memohon keampunan. Katanya, sejak berada di India, dia sentiasa berhubung dengan ahli keluarga lain bagi bertanya khabar. "Alhamdulillah, kehidupan saya baik dan saya sentiasa berhubung dengan ahli keluarga walaupun berada jauh di perantauan. "Perkara terbesar yang saya peroleh di sini ialah berkasih sayang dan mencintai seluruh manusia dan seluruh makhluk di muka bumi ini," ujarnya.

Gelagat Anak-Anak Buatkan Nabil Ahmad Hilang Penat

Pelawak Nabil Ahmad menyifatkan anak-anaknya iaitu Naira Mikayla, 2, dan Leyla Medyna yang berusia empat bulan ibarat seperti pengubat penat setiap kali pulang daripada bekerja. Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 31, berkata, melihat gelagat mereka terutamanya telatah Leyla membuatkan dirinya berasa sangat bahagia dan bersyukur dengan kehadiran dua cahaya mata itu. "Mereka buatkan saya terus hilang penat. Lebih-lebih lagi sejak Leyla hadir dalam kehidupan keluarga kami, Naira sudah menunjukkan sikapnya sebagai seorang kakak.
"Kadang-kala gelagatnya akan membuatkan saya dan isteri ketawa. Mana taknya, kalau awal dua minggu kelahiran Leyla, dia cukup cemburu. "Tetapi tidak lama selepas itu, dia yang melebih-lebih jadi kakak. Bayangkan, bila adik dia menangis, dia pula yang beria angkat baju nak bagi susu. "Ataupun dia akan tanya isteri saya, 'puting mana puting?' jika adiknya menangis," katanya. Tambah Nabil, sikap Naira yang begitu prihatin terhadap adiknya membuatkan dia bersyukur mempunyai seorang anak yang bijak dan matang berbanding usianya. Sementara itu, Nabil berkata, kehadiran dua anaknya itu juga membuatkan rezeki keluarganya semakin murah. "Alhamdulillah, sejak kehadiran mereka dalam kehidupan saya dan isteri, ada saja rezeki yang datang, dalam pelbagai cara. "Malah persiapan menyambut Hari Raya juga tidak perlu nak pening-pening kerana ada pihak yang menaja baju-baju kami," ujarnya.
Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails