Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Barang Kemas Dipakai Bayi Che Ta Hadiah Peminat

Pelakon Rozita Che Wan menjelaskan sebahagian barangan kemas yang dipakai oleh anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lapan bulan adalah hadiah daripada peminat. Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 41, berkata, seorang wanita dari Kelantan yang juga stokis produk wangian miliknya beria-ia mahu menghadiahkan barangan tersebut kepada anaknya dan dia tidak sampai hati untuk menolak. "Wanita berkenaan pada awalnya menghubungi saya untuk menjadi stokis tetapi dia kemudiannya memberitahu ingin menghadiahkan barangan kemas berupa cincin, rantai tangan dan kaki untuk Aaisyah. "Saya keberatan untuk menerima pada awalnya tetapi dia bersungguh-sungguh mahu menghadiahkan dan sebab itu saya terima," katanya kepada mStar Online. Che Ta berkata demikian sebagai mengulas kritikan daripada peminat kononnya dia terlalu memanjakan anak dengan kemewahan termasuk barangan kemas. "Itu adalah hadiah daripada peminat dan saya pakaikan sebagai menghargai pemberian tersebut tambahan pula kalau disimpan nanti bila dia dah besar tidak muat pula," jelasnya.
Dalam pada itu, Che Ta mengakui, dia obses membelikan pakaian untuk anak perempuannya itu sehingga ada di antaranya tidak dapat dipakai kerana Aaisyah cepat membesar. Disebabkan itu, Che Ta berkata, Aaisyah tidak mengulang pakai baju yang sama kerana bimbang tidak sempat memakai pakaian baharu yang dibeli. "Saya memang suka beli baju untuk dia, biasalah ini kali pertama dapat anak perempuan jadi perasaan teruja itu lebih sikit. "Malah rakan-rakan banyak memberikan hadiah kepada Aaisyah dan masih ada yang belum sempat dipakainya," kata Che Ta. Malah pelakon drama bersiri Kiah Pekasam itu berhasrat untuk mendermakan pakaian tersebut kepada golongan memerlukan terutamanya anak yatim. "Bayi cepat besar jadi banyak baju-bajunya yang sudah tidak boleh dipakai dan masih dalam keadaan elok. Lebih baik saya dermakan sekurang-kurangnya dapat membantu golongan tidak bernasib baik," jelasnya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails