Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Eja Bimbang Lepaskan Anak Ke Alam Persekolahan

Pelakon Eja mengakui bimbang dengan keselamatan anak perempuannya Nur Eishal,5, yang bakal memulakan alam persekolahan darjah satu pada September depan di sebuah sekolah swasta. Eja atau nama sebenarnya Siti Shahrizah Saifuddin, 43, berkata, kes-kes berkaitan penculikan dan buli yang sering menjadi tajuk berita akhbar membuatkan dia lebih berhati-hati untuk melepaskan satu-satu cahaya matanya itu. "Dia (Nur Eishal) baru sahja menjalani ujian penilaian untuk menduduki darjah satu di sebuah sekolah swasta dan Insya-Allah kalau lulus dia akan memulakan persekolahan darjah satu pada September ini. "Tipulah kalau kata saya tidak bimbang, melepaskan dia ke alam persekolahan merupakan satu kebimbangan besar buat saya terutama apabila terlalu banyak kes-kes tentang penculikkan dan buli di sekolah," ujarnya kepada mStar Online. Eja berkata, dia memastikan sekolah dan kawasan persekitaran sekolah anaknya itu selamat dari risiko kes penculikan dan buli pelajar. Tambahnya, dia kini meletakkan tanggungjawab terhadap anaknya itu sebagai keutamaan dalam aktiviti kehidupannya. "Banyak aspek yang saya fikirkan sebelum buat keputusan untuk hantar dia di sekolah mana, saya pastikan sekolah itu bagus dan kawasannya selamat. "Anak saya adalah kepentingan utama dan saya tidak akan memilih perkara yang lain selain anak dan saya kembali ke dunia lakonan pun selepas berjanji dengan suami untuk memberi keutamaan pada anak kami," ujarnya. Eja berkata, Nur Eishal merupakan harta yang paling berharga yang diamanahkan kepadanya. Sementara itu, tentang kerjaya lakonan, Eja berkata, dia hanya menerima tawaran berlakon telefilem berbanding drama episod berikutan masa penggambaran yang lebih singkat. Tambahnya, dia juga memilih skrip yang benar-benar sesuai dan memberi kesan kepada masyarakat sahaja.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails