Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Elak Ambil Gula Jadikan Fazley Yaakob Awet Muda

Penyanyi Datuk Fazley Yaakob mendedahkan perubahan diet iaitu mengelak pengambilan gula dalam makanan sejak tiga tahun lalu membuatkan dirinya kini lebih sihat dan cergas. Fazley, 38, berkata, amalan itu juga membuatkan dirinya dilihat lebih awet muda berbanding sebelum ini. "Sebelum ini saya berhenti mengambil gula kerana ingin menurunkan berat badan. Kemudian perubahan lain pula dapat dilihat apabila kulit pada seluruh badan saya lebih sihat dan tidak kusam. "Hanya ini sahaja cara saya menjaga kesihatan dan doktor saya kata pengambilan gula adalah punca utama seseorang itu mendapat penyakit serius," katanya. Terdahulu, Fazley pernah memberitahu pada dua tahun lalu dia berjaya menurunkan berat badannya sehingga 18 kilogram iaitu daripada 90 kilogram kepada 72 kilogram dalam masa sebulan. Sementara itu, kata Fazley, walaupun begitu berjaga-jaga dalam diet pemakanan hariannya, namun dia tidak pernah menyekat sebarang makanan yang diinginkan oleh tiga orang anaknya iaitu Ahmad Fardiz Shah Fazley, 7, Ahmad Fieradz Shah Fazley, 5, dan Ahmad Firudz Shah, 3. Dia juga mahu melihat anak-anak merasai dan menikmati setiap makanan yang ada selain mereka memerlukan banyak nutrisi untuk tumbesaran. "Sebagai kanak-kanak mereka perlukan gula untuk membesar, jadi saya tidak menyekat sebarang makanan yang diinginkan. "Tetapi saya akan memastikan mereka mendapat makanan yang sihat dan bernutrisi di mana makanan itu akan dimasak sendiri oleh isteri saya," ujarnya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails