Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Elfaeza Ul Haq Tidak Ramai Kenalan Di Malaysia

Pelakon Elfaeza Ul Haq mengakui tidak mempunyai ramai kenalan di Malaysia biarpun sudah tiga tahun menetap di negara ini. Elfaeza, 30, berkata, keadaan itu berlaku kerana dia terlalu sibuk dengan aktiviti lakonan sehingga jarang dapat bersosial bagi menambahkan kenalan. "Rasa sunyi itu datang pada waktu seperti ini (Ramadan) kerana saya tidak mempunyai ramai kenalan untuk diajak keluar berbuka atau pun solat Terawih. "Kesibukkan di lokasi membataskan pergaulan saya dan pada masa sama saya ini orangnya sedikit pemalu aapbila bertemu kenalan baharu," katanya. Dalam pada itu, berkongsi pengalamannya berpuasa di negara ini, Elfaeza berkata, tahun ini dia cuba meluangkan masa untuk melakukan solat Terawih di beberapa lokasi berbeza. Kata Elfaeza, dengan cara berkenaan dia dapat memperluaskan pergaulannya selain merasai pengalaman berbeza berbanding di negara asalnya Singapura. "Alhamdulillah biarpun perasaan itu berlainan semasa berpuasa bersama keluarga di Singapura tetapi banyak pengalaman yang saya kutip sepanjang tiga tahun berpuasa di negara ini," katanya. Sementara itu, Elfaeza memberitahu, dia kini terpaksa berulang alik dari Kuala Lumpur ke Singapura bagi menyelesaikan drama bersiri 169 episod terbiran Channel 5 berjudul Tangling. Katanya lagi, bagi memberikan komitmen terhadap drama berkenaan dia terpaksa menolak tawaran di Malaysia buat sementara waktu sehingga penggambaran selesai penghujung Disember nanti. "Alhamdulillah rezeki tetapi terpaksa berkorban buat sementara waktu kerana jadual penggambaran yang agak panjang tetapi saya tetap akan berulang alik ke Kuala Lumpur sepanjang tempoh itu," katanya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails