Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Gelagat Anak-Anak Buatkan Nabil Ahmad Hilang Penat

Pelawak Nabil Ahmad menyifatkan anak-anaknya iaitu Naira Mikayla, 2, dan Leyla Medyna yang berusia empat bulan ibarat seperti pengubat penat setiap kali pulang daripada bekerja. Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 31, berkata, melihat gelagat mereka terutamanya telatah Leyla membuatkan dirinya berasa sangat bahagia dan bersyukur dengan kehadiran dua cahaya mata itu. "Mereka buatkan saya terus hilang penat. Lebih-lebih lagi sejak Leyla hadir dalam kehidupan keluarga kami, Naira sudah menunjukkan sikapnya sebagai seorang kakak.
"Kadang-kala gelagatnya akan membuatkan saya dan isteri ketawa. Mana taknya, kalau awal dua minggu kelahiran Leyla, dia cukup cemburu. "Tetapi tidak lama selepas itu, dia yang melebih-lebih jadi kakak. Bayangkan, bila adik dia menangis, dia pula yang beria angkat baju nak bagi susu. "Ataupun dia akan tanya isteri saya, 'puting mana puting?' jika adiknya menangis," katanya. Tambah Nabil, sikap Naira yang begitu prihatin terhadap adiknya membuatkan dia bersyukur mempunyai seorang anak yang bijak dan matang berbanding usianya. Sementara itu, Nabil berkata, kehadiran dua anaknya itu juga membuatkan rezeki keluarganya semakin murah. "Alhamdulillah, sejak kehadiran mereka dalam kehidupan saya dan isteri, ada saja rezeki yang datang, dalam pelbagai cara. "Malah persiapan menyambut Hari Raya juga tidak perlu nak pening-pening kerana ada pihak yang menaja baju-baju kami," ujarnya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails