Persahabatan Mengeratkan Tali Silaturrahim Antara Kita..

Kontroversi Tidak Naikkan Nama Amar Baharin

Pelakon Amar Baharin tidak pernah berpegang kepada pendapat iaitu gosip dan kontroversi mampu melonjakkan nama seseorang artis. Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd Baharin, 30, berkata, ini kerana sepanjang enam tahun bergelar pelakon dia sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi namun kariernya tetap berada di tahap sama. "Jika mendapat perhatian pun mungkin hanya untuk seminggu dan selepas itu ia akan dilupakan begitu sahaja. Saya sendiri sudah melalui beberapa siri kontroversi tetapi ia tidak membantu dalam peningkatan karier pun dan tetap di tahap sama," katanya kepada mStar Online. Dalam pada itu, Amar berkata, dia percaya usaha tanpa mengenal erti putus asa adalah kunci utama untuk mendapat kepercayaan pihak produksi dan peminat.
Bagaimanapun kata Amar, meskipun dia kini mula mendapat perhatian produksi dan peminat namun jauh di sudut hatinya dia tidak pernah berasa dikenali atau pun popular. "Saya masih Amar seperti mana enam tahun dahulu dan masih belum dikenali peminat selain perlu memperbaiki diri pada masa hadapan," ujarnya. Bercakap mengenai Aidilfitri, Amar berkata, dia akan menyambut Hari Raya di Kuala Lumpur sahaja dan akan mengambil kesempatan tersebut untuk menziarahi keluarga dan rakan terdekat. Malah kata Amar, dia akan bertandang ke rumah aktres Amyra Rosli yang dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengannya untuk berhari raya. "Jemput atau tidak jemput saya tetap akan serbu ke rumah saudara dan rakan-rakan untuk menzirahi mereka dan Insya-Allah akan bercuti selama 10 hari," katanya.

No comments:

Translation Services
There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails